Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, July 17, 2014

ADA PULAK YANG CUBA POLITIKKAN PEUGEOT PUTIH CDM25..?! #PoyoLebih

Dah 2-3 hari dah kecoh pasal budak pompuan pakai Peugeot Putih CDM 25 tu. Teruk gak la budak tu kena.. sampai nangis-nangisss... tu laaa... lain kali sebelum buat apa-apa tu pikir dulu... 

Bulan Ramadhan ni kawal la nafsu tu secara intensif sikit... sekolahkan balik "nafsu" kita yang sebelum ni terikut-ikut dengan setan tu...

Peliknya, ada pulak yang mengaku depa tu mewakili suara kita semua dan cuba ambik kesempatan pulak dari kes budak pompuan Peugeot Putih tuuu... ni cuba tengok kat bawah ni...

Apa? "Suara Rakyat"? Saya pun rakyat jugak... dan saya yakin ramai lagi rakyat yang tak setuju dengan depa yang kononnya "Suara Rakyat" ni... heh! Poyo tahap gaban...


Saya sebetulnya tak kisah langsung budak pompuan tu parti apa. Dia sokong UMNO ke, PAS ke, PKR ke, DAP ke, parti Likud kat Israel tu ke... saya tak peduli pun. Stand saya ialah budak pompuan ni perlu mintak maaf kat uncle tu...termasuk seluruh keluarga uncle tu...

Uncle tu dah maafkan Kiki. Tapi saya tak tahu la sama ada anak isteri cucu cicit uncle tu dah maafkan pompuan tu ke tidak. Standard la... kalau ada orang maki mak bapak kita macam tu, apa kita rasa? Kalau takleh kawal temper, mahu kita usung parang cari budak tu, kan? 

Tapi mujur la blom lagi ada yang cuba nak cetuskan isu rasis dalam hal ni.. Orang Melayu majoritinya malu dengan perangai Kiki.. tu menunjukkan tiada budaya rasis kat Malaysia ni..itu antara hikmahnya di sebalik insiden Peugeot Putih tu...

Tapi saya tak jamin la lepas ni... mana la tahu ada pulak yang nak amik kesempatan me"rasis"kan isu ni pulak.. kita taruk puak tu habis-habisan... Try la buat... kita desak KDN sumbat dalam penjara...

Satu lagi hikmahnya, kita pun lepas ni kena hati-hati dalam sikap kita, terumata di khayalak umum. Sekarang ni serba canggih.. pantang silap sikit, ada yang yang rakam video...budak Kiki tu sampai rumah dia pun diorang amik gambar.. adehhhh... tu la penangan "terlajak perahu" Kiki... heh!

Sama-sama la kita amik iktibar...kan?



1 comment:

Zassi Zass said...

nasib ko la kiki, sape suruh jadi melayu, ingat skit kat malaysia ni orang cina je yang boleh kurang ajar tau, kau melayu kan dah kena tangkap. syabas

Bila Kak Su Bersuara... Heh!