Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, June 10, 2014

UMNO-PAS BERSATU DI KEDAH: ADA YANG TAK PUAS HATI..?

Dah lebih setahun BN ambil alih Kedah. Lebih kurang setahun juga, Mukhriz jadi MB. Saya lihat politik Kedah seolah-olah Aman Makmur, tanpa sebarang kekecohan berlaku. Tidak macam di Penang sampai Rayer berani keluarkan kata-kata "celaka" pada UMNO...

MB dan barisan ADUN BN setahu saya sedang tekun bekerja, mendekati rakyat. PAS dan ADUN-ADUNnya pun nampak "sejuk" saja. Tak banyak isu yang depa timbulkan. Kalau timbul pun, lepas tu lenyap macam tu saja...

Alhamdulillah. Mungkin ini petanda baik. Mungkin PAS dan BN di Kedah mengerti antara satu sama lain dan lebih memilih untuk mengamalkan politik sihat berbanding negeri-negeri lain yang asyik nak perang politik tak habis-habis... habis kerja membangunkan negeri tergendala asyik politik 24 jam...

Baru-baru ni...


Mukhriz ada sebut, mungkin ada pihak yang bimbang UMNO-PAS bersatu di Kedah. Agak-agaknya siapa yang risau sangat kalau UMNO dan PAS bersatu kat Kedah ni? Faham-faham je laaaa..kan? 

Untuk baca kenyataan Mukhriz tu, sila klik kat sini...

Kat situ la uniknya Kedah ni. UMNO dan PAS mampu bersatu. Sama ada di depan, mahupun di belakang, UMNO dan PAS di Kedah sedar bahawa agama kita menyatukan kedua parti tu... kalau nak berpolitik pun, selalunya bertempat dan sihat...

Macam tu la yang kita nak, kan? UMNO perlukan PAS, dan PAS pun perlukan UMNO di Kedah. 

UMNO perlukan PAS supaya menjadi faktor "check & balance" di Kedah. Ya laaa.. BN tak sempurna.. kadang-kadang pun ada jugak salahnya. Jadi PAS diperlukan jugak untuk bantu dan tegur UMNO dalam hal-hal tertentu.. kritikan membina sangat dihargai.. bukan kritikan bermotifkan politik.. tu dah tak ikhlas...

PAS pun perlukan UMNO untuk menerima cadangan dan dasar depa untuk dilaksanakan di Kedah. Macamana nak "pujuk" UMNO/BN untuk laksanakan dasar dan perjuangan PAS tu, terserah la pada kebijaksanaan ADUN-ADUN depa...

Bak kata orang, kalau nak mintak tolong orang, takkan la nak jerit-jerit kutuk orang yang diharapkan tolong kita tu...kan? PAS gunakan la cara Islam... cara yang berhikmah dan menepati akhlak yang diajar Rasulullah SAW... boleh, kan?

Persoalannya, siapa pulak yang tak puas hati tengok UMNO-PAS ni bersatu di Kedah? Heh! Ada la tuuu... takkan tak faham-faham lagi kot...? Kan?

6 comments:

Anak Bukit Jelutong said...

Biduk lalu kiambang bertaut.

Itulah baru politik; politik matang.

Negeri mesti dibangunkan.

Politik bukan mesti 24 jam.

Semoga usaha baik ini dapat diteruskan.

Anonymous said...

yang tak setuju si mampoz tu jer.ehh silap mahpoz 'launching' kelulusan SRP yang berlagak terer agama dan ekonomi tu. padehal kosong.. kosong.. kosong....

kluangman said...

Pilihanraya masih jauh buat apa nak berperang sekarang.

Lebih aman ialah di Kelantan, UMNO langsung tak berbunyi...senyap, cukup aman.

Labu8455 said...

Tapi kenapa blogger mummy rokiah aka mummy jarum selalu memburukkan Mukhriz ? Ada yang tak kena ke dengan blogger mummy jarum ni ?

Anonymous said...

Yang membuat Islam sama Islam tak sehaluan disebabkan orang bukan Islam tak senang lihat orang Islam berbaik sangka.

Anonymous said...

sejuk perut MAK

Bila Kak Su Bersuara... Heh!