Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, June 17, 2014

SORANG ADA KUASA, SORANG PAKAR UNDANG2, TAPI TAK BOLEH PERTAHAN KALIMAH "ALLAH"?

Tak tahulah saya... Antara politik dengan kalimah "Allah" yang mana lebih suci pada Kerajaan Pakatan Haram Selangor...? Agak-agak? 

Mungkin pada kita, kalimah "Allah" tu jauh lebih suci kalau nak dibandingkan dengan politik. Tapi, Khalid Berahim mungkin tak setuju dengan pandangan kita tu.. dia mungkin lebih setuju dengan pendirian DAP dan puak pelampau "Kristian" yang sengaja buat-buat tak faham undang-undang di Selangor...

Khalid bagi alasan, dia bagi arahan sebab Ghani Pata'il kata takdak kes dan kes tu ditutup, kononnya yang dirampas tu ialah kitab-kitab "Taurat", "Zabur" dan "Injil"... Perghhh!!!


Saya nak tanya la sikit kat Khalid Berahim dan Ghani Pata'il... dalam dunia ni ada lagi ke kitab Taurat, Zabur dan Injil? Dua-dua orang ni saya yakin beragama Islam. Belajar tinggi pulak tu. Jawatan dan gaji pun tinggi...kan?

Jadi, tak boleh ke pertahankan kalimah "Allah" tu? Sorang tu MB Selangor. Dia ada kuasa. Sorang lagi tu pakar undang-undang. Dua-dua orang yang ada kuasa penuh dalam Selangor dan pakar undang-undang ni tak boleh cari jalan pertahan kesucian kalimah "Allah" ke???

Saya tau.. mungkin ada kekangan kat situ dan kat sini... tapi takkan la cepat sangat mengalah, tutup kes dan arah semua kitab-kitab "celup" tu dipulangkan? Agak-agak laaaa...

Ni.. cuba baca kat sini... Saya nak tanya.. kenapa ada bantahan yang macam ni pun sekali Khalid Berahim & AG buat tak reti jer? Ni pasal Islam bebbbb... bukan politik!

2 comments:

Anonymous said...

yang bodoh puak puak melayu yang menyokong dap lbgt, tak kira siapa ini lah akibat nya

Anonymous said...

kitab tu dlm bahasa melayu dengan bahasa iban ke waktu tuhan turunkan kepada Nabi Daud dan Nabi Isa ?
Kenapa pula Al Quran tak diturunkan dlm bahasa melayu eh?
Sejak ayat pertama hinggalah ke akhirnya semua bahasa AlQuran dlm bahasa Arab..tak pernah pula Melayu pertikaikan tetapi terus membaca dan menhayati dlm bahasa asal. Jadi kalau la Zabur Taurat dan Injil dlm bahasa asal Hebrew bolih la di kata original...
tak kan Yab Khali dgn AG bangang tak faham benda yg cukup simple macam...AG awak tu dah tak relevan lagi...letaklah jawatan secara terhormat.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!