Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, June 14, 2014

MAS: ORANG LAIN SEMUA SALAH, MASEU SAJA YANG BETUL... #SelamatkanMAS


MAS rugi RM1.2 bilion tahun lepas dan suku pertama tahun ni rugi lagi, mencecah RM443 juta. Dan yang lebih menyedihkan, kerajaan dah masukkan RM5 billion sejak 10 tahun lalu tapi MAS terus mencatat kerugian. Bukan dua tiga ringgit bebbb... berbilion-bilion! Duit kita tu weiii...

Pakar-pakar penganalisa cakap MAS kena kurang kos dan juga tengok kontrak konsesi bekal makanan dan lain-lain tu...  Tapi MASEU pulak mintak CEO Ahmad Jauhari Yahya serta Zahrah Zaid, Ketua Pembangunan Sumber Manusia dan CEO Aerospace & Engineering, Azhari Mohd Dahlan supaya letak jawatan...

Pada saya, letak la Bill Gates ke, Donald Trumph ke, Robert Kuok ke, Syed Mokhtar ke dan guna la business plan paling hebat dalam dunia sekali pun, tapi kalau human capitalnya hancur, maka hancur la semua. Kita merancang, tapi orang kat bawah asyik bangkang je kerjanya, kalau plan pun depa takmau ikut plan tu.. boleh berjaya ke?


Kalau nak cari salah orang, bukan boleh selesai pun. burukkan keadaan lagi ada la. Tapi yang penting sekarang ni ialah #selamatkanMAS dulu. Ingat tak masa Kerajaan buat plan untuk selamatkan MAS. Sekali, para pekerja MAS ni tak setuju pulakkk.. depa nak Tony Fernandez blah dari MAS. Tony blah dan MASEU menang...

MASEU tu apa? MASEU ini union pekerja MAS la.. Kalau sesapa dalam MAS yang nak tubuhkan union, kena dapat sokongan MASEU.. kalau tidak, union tu akan kena “taruk” cukup-cukup..NUFAM dah kena dah katanya.. Kiranya MASEU ni “taiko” dalam MAS laaa...

Masa MAS share-swap dengan AirAsia, MASEU ni jumpa PM sebab nak suruh batalkan share-swap tu. PM pun batalkan... Bila Tun M cadangkan supaya MAS diswastakan terus, MASEU ni bangkang lagi. Yalah... kalau MAS diswastakan.. silap-silap kerja pun melayangkan.. MAS yang rugi bertahun-tahun ni ada 20,000 pekerja, SIA yang buat untung berbilion tu ada 14,000 pekerja jer tau...


Lepas tu MAS punya management buat plan pemulihan...MASEU ni bangkang lagi! Perghh!!! Kira MASEU ni betul-betul power laaa.. “taiko” besar punya. Semua depa bangkang! PM depa bangkang, Tun M depa bangkang, Management pun depa bangkang!

Patut pun ramai yang kata majoriti pekerja MAS tu memang sokong parti PEMBANGKANG! Heh! Kalau tak caya, cuba tanya “Malaysiaairlinesfamilies”...mana ada penyokong kerajaan eja BN jadi “Bee End”, kan? kan? kan?


Saya tengok lagak MASEU ni macam “yang paling berkuasa” la dalam MAS ni. Power depa “lebih besar” dari PM, Mantan PM, CEO dan top management MAS. Nak tanya sikit, berapa banyak saham yang depa ada dalam MAS? 90% ke?

Kalau nak ikut, setiap union ni dah tentu la hala tujunya nak jaga kepentingan periuk nasi pekerja. Sekarang ni, MAS tengah “nazak”. Kalau MAS hidup, maka periuk nasi MASEU pun hidup la. Tapi kalau MAS nazak, rasanya MASEU perlu la “ikat perut” sekejap nak bagi MAS bernafas semula, kan? Ikat perut tu kira okay lagi la, kalau “bungkus” terus nanti camana???

Sekarang ni mana yang penting? Survival MAS ataupun survival MASEU?? Tak boleh ke MASEU ni utamakan MAS sekarang Atau memang betul MASEU lebih rela tengok MAS dikorbankan berbanding depa yang berkorban sikit?

Khabarnya, Kerajaan pun dah cakap takmau bail out MAS. Dah fed up! Ye laaa.. saya pun setuju... tak payah la bagi peruntukan bilion-bilion lagi kat MAS.. dah bagi banyak sangat dah dulu... semua tu duit rakyat... duit kita yang bayar cukai ni...

Helooo... rakyat biasa yang bertahun-tahun mencurah dana dalam MAS.. nak travel pun berkira duit ade ke tidak.. Ni sebab kerja MAS dapat travel.. bayar pun seciput jer.. bukan jealous tapi dah tahun MAS tu nazak, berkorbanlah sikit... ni asyik-asyik cakap kerajaan berhak tolong MAS!!  Berhak ape???

Bro.. MAS tu bukan "pusat kebajikan masyarakat". MAS perlu profit oriented dah sekarang ni. Kalau rugi, bukan saja kita akan hilang MAS, malah maruah negara pun akan tergadai. Korang sayang MAS ke tidak?


MAS tu duta kita beb... kita perlu kempen #selamatkanMAS..

9 comments:

Anonymous said...

Hairannya kenapa sebahagian besar penerbangan kakitangan GLC dan Kementerian Pendidikan dan lain-lain lagi guna Air Asia untuk tujuan Kursus dan Subsidi tiket dari Sabah.Kenapa tak bantu MAS sebab ianya juga milik Kerajaan juga. Ada sesiapa yang arahkan guna Air Asia untuk kepentingan individu tertentu.

Anonymous said...

KALAU MAS NAK PULIH PERKARA PERTAMA HARUS MEREKA BUAT ADALAH BUBARKAN MASEU..KERANA MESEU AKAN MEMJADI HALANGAN UNTUK MAS BANGKIT DARI KERUGIAN

Anonymous said...

Setuju... MASEU yang patut berubah.

Unknown said...

Masalah MAS yang paling besar ialah persatuan pekerja yang terlalu kuat. Saya pernah buat perbandingan produktiviti MAS dengan SIA, produktiviti MAS rendah daripada SIA. MAS perlu kurangkan pekerja dan tukar budayanya.

Share swap dengan AA adalah satu kesilapan besar yang dibuat kerana AA mempunyai niat yang tak baik dan juga merugikan customers. Malah melakui share swap ini, banyak routes MAS yang menguntungkan telah dipindahkan kepada AA.

Dari segi perbelanjaan, 3 item yang besar belanjanya - maintenance, gaji dan minyak. Minyak adalah belanja yang terbesar sekali.

Bagi saya kejujuran dan keikhlasan key players yang berkait dengan MAS boleh dipertikaikan. Kalau mereka semua jujur dan tiada lagi kuasa union yang terlalu kuat, inshaalah MAS boleh diselamatkan.

Anonymous said...

Setuju, MAS kena kurangkan overhead costs. Selamatkan majikan dulu baru pekerja boleh terselamat.

Anonymous said...

sebagai anak MALAYSIA, klu aku berkuasa atau punya DUIT, akan ku pertahankan malah aku sanggup buat apa saja walaupun kiranya aku dijadikan BENTENG TERAKHIR demi mempertahankan MAS.
aku bersetuju cadangan "SELAMATKAN MAS"...
marilah kita bersama menyelamatkan MAS dari jatuh ke tangan orang luar..

Anonymous said...

Perlu membuat pembersihan elemen-elemen si-kitol, lintah, pengkhianat, pemusnah, free-loaders, ant-kerajaan dalam MAS tidak kira level mana pun, ie dari bawah sampai ke atas. Langkah drastic pengorbanan dan kerjasama dari semua kakitangan demi kelangsungan MAS diperlukan segera. "Isi" dalam MAS sudah lama dipunahkan semasa Ideris Jala buat restructuring dan jual asset-asset untuk tunjuk P&L yang positive......ia lah positive untuk short term. Habis PM dan kerajaan kena tipu. Must go back to fundamental to save MAS.

Anonymous said...

Yang sedihnya, dalam keadaan MAS tengah nazak ada pekerja atau bekas pekerja yang bersungut MAS sudah tak beri bonus kepada pekerja.

Kalau dah rugi nak bagi bonus apa!? Mujur masih dapat gaji pun dah kira okay.

Gaya bersungut gitu macam spoilt brat yang merengek mintak ayah belikan mainan sedangkan si ayah sedang terlantar nazak di katil hospital.

Anonymous said...

MAS perlu berubah. MASEU perlu dibubar. Hidup atas duit rakyat padahal status GLC!!! Sepatutnya GLC yg sumbang hasil pada negara bukan rakyat yang kena suap mulut cai cai kat dalam tu. Vavi. Pertahankan MAS, lebihan kakitangan MAS serapkan ke AA, KLIA/MAB atau mana2 yg berkaitan.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!