Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, June 4, 2014

MARAH BETUL KITA PASAL ISU CADBURY NI KAN..? TAPI...

Uik! Ramai betul la umat Islam yang marah pasal isu Cadbury ni. Dalam seminggu dua ni, sejak tercetus isu Cadbury ada DNA babi hasil penyebaran maklumat awal dari seorang pegawai KKM tu, memang kecoh satu Malaysia.

Antara yang kena teruk dah tentu la Cadbury, kan? Selain tu, antara yang teruk "dibelasah" siang malam oleh NGO-NGO Islam ialah JAKIM dan KKM sendiri. Standard la tu..kan?

Tapi apa hikmah di sebalik apa yang berlaku ni? Ye laaa.. tiba-tiba ja isu produk halal dan haram ni meletop, kan? Bila dah start satu produk tu dicop ada DNA babi, maka produk-produk lain pun mula terbabit. Biasa la... orang Malaysia memang suka macam tu...kan?


Saya ada banyak terima sms la... wassup la... wechat la.. pm inbox kat FB la... sampai kat twitter pun dapat jugak pesanan-pesanan berantai dari kawan-kawan tentang produk-produk yang dikatakan "pun ada DNA babi"... korang ada dapat tak?

Sorry la bro... kalau info-info yang datang dari sumber yang rapuh, saya memang tak sebarkan. Info tu "mati" setakat tu saja dalam handphone saya. Lain la kalau betul dari sumber sahih dan rasmi..kan? 

Ye laaa.. ada ke patut ada info tu kata air zam-zam tu pun diawet dari unsur yang ada DNA babi? Tak ke haru kalau saya forward merata-rata? Dah la tak sahih... boleh terjejas kreadibiliti kita kalau disebarkan tak tentu hala kat orang...kan?

Bercakap mengenai hikmah di sebalik apa yang berlaku, saya sangat bersetuju dengan ulasan kat sini. Fair dan neutral. Apa pun, kita perlu lebih berhati-hati dan cuba sedaya upaya agar tubuh badan kita serta anak isteri kita tidak terbina dari sumber yang haram.

Bukan setakat Cadbury atau sumber yang ada DNA babi saja. Bahkan kita perlu ingat rezeki yang kita dapat tu sama ada ia dari sumber halal atau haram. Kalau rezeki yang kita peroleh tu dari sumber yang haram, sama la macam kita makan Cadbury dan babi...kan?

P/s: Kalau sebut babi, semua takmau makan.. semua nak marah. Tapi kalau sebut pasal duit dari sumber yang haram dan tak berhak, ramai jugak la yang "sebat" semacam je kan? kan? kan? Jawab la dalam kubur masing-masing....

4 comments:

berasiam said...

bila dna babi dikatakan ditemui dalam coklat, heboh satu malaya menghentam pengeluar dan pihak berkuasa yang berkenaan. bayangkan kalau dap berkuasa di negara ini, bukan sahaja dna babi bersepah, malahan babi pun mungkin bersepah dalam pelbagai bentuk produk secara terbuka. siapa lagi nak larang kalau mereka yang berkuasa kan. dalam keadaan tidak berkuasa pun, jalan petaling setiap hari babi dipanggang secara terbuka.

itu pun hikmah isu ini agaknya. pandanglah lebih jauh.

Anonymous said...

Rokok takde halal jakim... takde org kisoh pun.... hisap je...

lpstu.. kuar pulok puting rokok ada salut ngan hemoglobin darah babi...

kalu google jumpe lah... takde perokok2
Kisoh jugok...

tapi bila kena ke jakim... pung pang pung pang dok ngomen... dunia2

SolitaireHunter said...

Setuju dengan pandangan saudara. Tapi jangan kita lupa di jabatan-jabatan kerajaan yang penuh dengan rasuah untuk memberi makan anak isteri. Lihatlah berita-berita tV dan akhbar bagaimana rasuah hinga jutaan ringgit kepada pegawai-pegawai penguatkuasa didarat dan dilaut....

Anonymous said...

Kah!,,,Kah!...mengapa terlalu kecoh sangat?.Pulang saja pada Agama Islam,sekira anda was-was tinggalkan jangan makan.Ini ajaran Islam.habis cerita,tutup saja cerita.Malu saja dok kutuk sana kutuk sini.Ada sembayangkah?.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!