Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, June 1, 2014

FAKTOR KEKALAHAN DYANA SOFYA TERBONGKAR..!!!

Memang benar calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud tewas pada Presiden Gerakan, Dato' Mah Siew Keong pada Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan, sekaligus gagal mengekalkan majoriti lebih 7,000 undi yang dimenangi DAP pada Pilihanraya Umum ke-13 kira-kira setahun lalu.

Agak mengejutkan apabila hanya di dalam tempoh setahun lebih, DAP "hilang" lebih dari 7,000 undi di kawasan yang majoritinya terdiri dari kaum Cina. Apa puncanya parti itu gagal dan tewas pada "calon kitar semula" Barisan Nasional (BN) yang pernah kalah di kerusi yang sama sebelum ini?

Ada pihak yang mendakwa kekalahan DAP di Teluk Intan disebabkan oleh strategi parti itu yang kononnya lewat memperkenalkan Dyana Sofya pada para pengundi di situ dan menggunakan strategi kempen di bandar yang digunakan di kawasan luar bandar.


Fakta dari parti yang kalah itu menunjukan DAP memperoleh tambahan undi sebanyak 3 peratus dari masyarakat Melayu Teluk Intan, namun hilang kira-kira 15 peratus undi dari masyarakat Cina berbanding yang diperoleh pada PRU ke-13 tahun lalu.

Persoalan yang timbul ialah mengapa undi Melayu meningkat pada DAP dan mengapa pula parti itu hilang 15 peratus undi kaum Tiong Hua dari jumlah 66.5 peratus yang keluar mengundi?

Penulis berpandangan bahawa peningkatan sebanyak 3 peratus undi dari bangsa Melayu untuk DAP itu adalah disebabkan oleh faktor calon parti itu yang mengetengahkan Dyana Sofya sebagai calon mereka.

Teluk Intan sebelum ini amat jarang ditandingi oleh calon Melayu ekoran majoriti di kawasan tersebut merupakan kaum Cina dan cubaan DAP untuk "mengorbankan" Dyana Sofya di parlimen itu ternyata berhasil!

DAP sepatutnya sedar dari awal bahawa DAP Teluk Intan dalam diam mengharapkan agar parti mereka mencalonkan salah seorang pemimpin DAP tempatan dari kalangan kaum Cina. Namun kedegilan "penasihat DAP" enggan berbuat demikian.

3 comments:

Anonymous said...

Cuba baca dari perspektif "Art of War". Tidak jadi kerugian bagi pihak Dap untuk buat ujian atau "test-case" guna calon melayu. Satu kerusi hilang tidak ada sebarang impak kepada Dap atau PR. Tapi "lesson learn" amat penting bagi Dap untuk membaca gerak hati dan behavior penggundi cina dan melayu sebagai preparation PRU14. Jadi jangan nak kutuk sangat LKS tu. Otai tak bodoh maa. Korang yang tak baca gerak strategi lah yang bodoh. Dap tak heran hilang satu kerusi.

Anonymous said...

Anon 2:10pm....BN pun tak bodoh. Depa pun akan buat depanya analisis untuk checkmate DAPpigs haran jadah tu....

Anonymous said...

dap tak heran hilang satu kerusi ? ha ha ...lawakkksss

kalau tak penting napa melenting tuduh macam2 , tipulah , kronilah, hantulah , sabotajlah, orang pas tak undilah, cina tak sokonglah, heee ..
yg sebenarnya, dap tercalar dengan kekalahan ini, imej guan eng terkoyak, kit siang termalu, perbezaan pendapat sesama cina pun membesar, undi dap pecah,orang pas berbelah bahagi , hasilnya ..dap kalah!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!