Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, June 26, 2014

BILA MUKHRIZ TEGUR TOK IMAM PERALAT MIMBAR MASJID....

Rasanya arwah Ustaz Azizan pun pernah tegur perkara ni dulu. Dan kali ni, Mukhriz pun beri peringatan tentang perkara yang sama kepada Tok-Tok Imam di Kedah ni...

Mungkin ada sebilangan Tok-Tok Imam kita ni yang sokong PAS. Takpa.. itu hak depa. Kita tak boleh marah pasal pilihan depa tu. Demokrasi, kan? 

Dan mungkin juga la ada sebilangan Tok-Tok Imam kita ni yang tak suka baca teks khutbah yang dibekalkan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK). Kononnya terlalu "skema", tak best, boring dan ketinggalan zaman... Ya, mungkin jugak la betul apa yang depa anggapkan tu...


Cuba baca kat sini apa yang Mukhriz tegur tu...

Mungkin penulis khutbah Jumaat kat Kedah ni agak malas untuk menulis teks yang mampu menarik perhatian umat Islam di masjid-masjid. Dan mungkin sebab tu la Tok-Tok Imam ni sesuka hati buat teks khutbah depa sendiri... kan?

Mungkin tak salah bagi sesetengah pihak. Tapi kalau buat teks khutbah sendiri, mungkin Tok Imam tu akan berat sebelah, mengguris hati sesetengah pihak, timbulkan ketidakpuasan hati yang mengakibatkan para jemaah marah dan mewujudkan pepecahan...

Contoh, umat Islam kat Malaysia ni berpecah kerana sokongan politik. Kalau Tok Imam tu asyik dok puji UMNO dan balun PAS atas mimbar, maka penyokong PAS silap-silap akan baling selipar kat Tok Imam yang dok baca khutbah tu, kan? Depa kan suka main baling-baling selipar nihhh...

Dan jika Tok Imam tu dok balun Kerajaan pulak, lepas tu puji PAS...dah tentu la para penyokong UMNO dan kerajaan pun tak puas hati...panas hati... dan mungkin depa akan bangun pi kat Tok Imam tu suruh berhenti berpolitik atas mimbar masjid...kan?

So... walaupun tindakannya tidak sama, tapi kesannya tetap serupa. Habih jahanam khutbah tu, kan? Siapa yang jadi mangsa? Jemaah laaaa... siapa lagi, kan?

Jadi, apa kata kalau Tok-Tok Imam ni pi jumpa MAIK, suruh buat teks khutbah yang best-best sikit. Guna ayat-ayat bombastic, retorik penghayatan Islam dan menaikkan semangat ruh Islam sikit, boleh?

Lagi satu, pilih la topik-topik yang tak boring dan tidak terhad pada tauhid, tafsir, tasawwuf dan bidang agama saja. Varietykan mengikut zaman dalam semua bidang termasuk sains, sukan, ekonomi, automotif, teknologi dan sebagainya.

Contohnya, cuba cerita sikit pasal isu semasa pasal Cadbury ka... kalimah "Allah" ka.. perangai Gen-Y yang makin teruk ka... pasal Galaxy S5 vs. Iphone 5S ka...pasal WorldCup Brazil pemain Ghana, Sully Muntari tu ka... lepas tu kaitkan dengan nilai-nilai agama... tu sekadar contoh la...

Tak pun, cuba khutbah tengok pasal ekonomi... macamana nak handle ekonomi rumahtangga.. macamana nak buat bajet bulanan... macamana nak pastikan rezeki tu halal... perkara-perkara yang menyentuh kehidupan seharian...menarik la sikit... lagipun, ekonomi rumahtangga ni antara punca penceraian yang tertinggi di kalangan umat Islam, kan?

Islam ni setahu saya cukup sempurna dalam semua aspek kehidupan. Universal sifatnya dan relevan sepanjang zaman. Mencakupi segala bidang dan bukan hanya tertumpu pada agama saja...

Tu sekadar pandangan saya saja... tak semestinya betul. Apa pula pandangan anda? Setuju?

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!