Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, May 13, 2014

TERKINI: APA RASIONAL KEMELUT POLITIK TERENGGANU?

Saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi komen di ruangan blog ini berhubung isu Ahmad Said keluar parti malam tadi. Ada yang sokong tindakan Mat Said tu...jantan katanya. Dan ada juga yang tidak setuju dengan tindakan melulu tidak berfikir panjang Mat Said tu...Biasalah.. saya hormati pandangan-pandangan tersebut...

Terkini, Mat Said & the geng kata walaupun depa ADUN Bebas, depa tetap akan sokong UMNO/BN. Dalam hal ini, kemungkinan PRN mungkin tidak akan berlaku dalam masa terdekat kecuali ada undi tidak percaya pada MB Terengganu sekarang. That's by law...

Dari sudut pandangan saya...


1. Apa perlunya Mat Said & the geng letak jawatan? Sebab anak nak kenduri? Kalau tak jadi MB maka anak tak boleh akad nikah ke? Sejak bila jawatan MB jadi rukun nikah? Abih tu nanti saya perlu jadi MB baru boleh nikahkan anak-anak saya?

2. Bila Mat Said & the geng keluar parti, jadi ADUN Bebas, Kerajaan Negeri jadi tak stabil. Parti pemerintah tak stabil dan tak memiliki majoriti. Dah la sebelum ni pun menang simple majoriti (lemah), dan sekarang ni hampir tidak mempunyai kuasa untuk mengawal kestabilan politik Kerajaan Negeri.

3. Ketidak stabilan Kerajaan Negeri Terengganu bukan disebabkan parti. Ia disebabkan oleh attitude pemimpin itu sendiri. Bila diminta letak jawatan, tak mampu bersikap gentleman macam Idris Jusoh dan beberapa pemimpin lain sebelum ni... 

4. Tidak mampu terima keputusan pucuk pimpinan, sebab tu keluar parti? Kalau dilihat dari sudut Mat Said sendiri, memang la "jantan" buat tindakan keluar parti. Tak setuju dan letak jawatan. Tapi, dari sudut rakyat jelata, ia dilihat sebagai tidak menjaga kestabilan pemerintah (kerajaan), kebudak-budakan, taksub kuasa dan cepat melatah... cool la sikit... chill..

5. Terlalu sayangkan jawatan atau rasa dirinya dianiaya? Apa ada pada jawatan dan kuasa? Semua tu milik Allah SWT. Dia pinjamkan pada kita saja. Bila Allah tarik balik nikmat tu maka tak boleh terima qadha qadar. Yang "sedap-sedap" saja kita nak terima, yang "pahit" tak dapat terima? Dapat yang "pahit" kita jadi marah-marah, keluar parti dan sebagainya? Gentleman ke macam tu? Jantan ke macam tu?

6. Ada yang menyalahkan Putrajaya dan Najib dalam hal ni. Kononnya tak boleh ke tunggu 2-3 hari nak tukar MB? Boleh. Nak tangguhkan sampai PRU 14 pun boleh. Tapi boleh ke selesaikan masalah politik Kerajaan Negeri? Kalau tak silap saya, hanya 5-6 orang ADUN saja yang sokong Mat Said kekal MB. 

ADUN-ADUN lain lebih rasional dan depa lebih tahu tentang kepentingan Kerajaan Negeri dan rakyat Terengganu. Majoriti ADUN-ADUN BN lebih tahu dan rasional berpandangan MB perlu ditukar bagi menyelesaikan kemelut politik dalaman tu untuk terus memerintah dengan sistem yang lebih baik. 

Masa zaman Idris Jusoh dulu pun lebih kurang macam tu jugak. Konflik jugak, tapi takde la sampai keluar parti pun. Menurut seorang "Dr." yang aktif UMNO yang pernah saya temui, dia kata untuk kestabilan politik Terengganu, kena tukar MB. Jangan lantik Idris Jusoh atau Mat Said, lantik orang lain. "Dr." ni orang Idris Jusoh sendiri...

Saya takde la setuju pandangan "Dr." tu 100%. Tapi pandangan dia tu ada kebenaran dan neutral. Dia just nak kemelut politik dalaman UMNO di Terengganu selesai. Rasanya ramai pemerhati politik di Terengganu setuju dengan pandangan ni. Nama Dato' Razif naik tu hanya pilihan terbaik dari calon-calon lain saja...

Jadi, tak wajar la nak salahkan Najib atau Putrajaya dalam hal ni. Kita rasional la sikit... boleh? 

7. Pasal lokasi kenduri anak di Kediaman Rasmi MB? Benda kecik je tu. Boleh je teruskan buat kat situ.. mintak izin la dari MB, Dato' Razif.. lagi pun, saya tak rasa Dato' Razif terus nak angkut anak bini dia masuk kediaman MB tu.. 

8. Ada yang kata ni soal maruah masa kenduri anak Mat Said tu. Malu? Nak malu apa? Sebab dah tak jadi MB maka malu pada sanak saudara dan tetamu? Pada pandangan saya, Mat Said akan dilihat lebih bermaruah jika dia bijak menjawab hal ni.. contohnya, arwah Ust Azizan dulu pernah kata "jawatan MB ni hanya amanah pinjaman saja, kalau Allah takdirkan tukar MB, maka tukarlah.." lebih kurang gitu la arwah sebut. Masa tu PAS Kedah dok tengah kalut nak tukar MB depa... nak jatuhkan Ustaz Azizan...

9. Saya mohon MB dan UMNO Kedah ambil iktibar atas apa yang berlaku di Terengganu. Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Kita kat Kedah ni pun menang "simple majoriti" saja, bukan 2/3 pun. Saya takde kepentingan pun, cuma takmau la Kedah ni dapat balik ke tangan PAS...lingkup rakyat dan negeri ni nanti...

Tapi nampaknya ada sesetengah pemimpin di Kedah yang masih "honeymoon", rasa kuat, confident lebih. Sedangkan ramai yang dah mula "berbunyi" di peringkat bawahan. Nak tegur nanti disalah anggap pulak. Kalau tak tegur, dok rasa kuat pulak..

Macamana nak dapatkan 2/3 pada PRU ke-14 nanti? Fikir sendiri laaaa.. takkan tu pun nak suruh saya pikiaq kotttt...kan? Seteruk-teruk Tok Bashah yang hangpa kata level SPM tu dia la pengemudi UMNO Kedah untuk rampas balik negeri ni dari PAS selama 5 tahun... kena hentam depan belakang pun dulu, dia la jugak yang buat UMNO kembali menerajui Kedah... kan? Jadi, yang rasa level depa lebih dari SPM tu kita harap dapat kembalikan 2/3 majoriti la kan... sekarang 1 tahun dan berlalu... Bak kata gambar kat bawah ni...

8 comments:

tobeng said...

Betul juga tu.Apa kata najib pun letak jawatan sekali sebab majoriti rakyat pun dah tak suka dan tak perform pula dalam pru13 yg lepas.

Apa ada pada jawatan ye tak?Demi perjuangan alif ba ta lah katakan...

Anonymous said...

Kau cakap senang la kalau kena batang hidung sendiri,apa akan jadi?.Tak salah pun kalau bagi dia empat lima hari je lagi yg di minta tu.Sekurang-kurangnya tolak ansur,kalau dia buat hal juga tahu le kita.

Kelemahan Mat Said ni kesannya boleh hilang Terengganu je,tapi probelem persepsi rakyat terhadap isteri Najib lebih teruk padahnya,boleh hanyut Putrajaya.Mengapa Najib tak ambil tindakan pasal itu.

Aku bukan penyokong Mat Said tapi tak berapa berkenan dgn prestasi Najib sejak selepas p.raya lalu.Tak bersemangat langsung.

A Amin said...

Meminta mb terengganu meletak jawatan adalah Satu keputusan yang paling bangang dibuat oleh pm. Kekalahan yg teruk dalam pru13 bukan atas kesalahan mb seorang Tetapi Ada kaitan dengan isu nasional iaitu mantan pm dan menantu.
UMNO dalam keadaan lemah kenapa Nak dipecahkan lagi. Selalunya kita muasabah diri dalam Kekalahan di pru13, semua pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab. Saya adalah ahli UMNO dan tetap meletakkan kesalahan itu pada pm walaupun orang kata pm dapat maklumat yang tidak tepat Dari penasihat Tetapi pm Ada otak untuk berfikir bagi membuat keputusan yang Baik. Sekiranya pm gagal untuk berfikir dengan Baik sepatutnya pm yang perlu meletakkan jawatan dan bukanya mb.

Anonymous said...

4 hari punya delay pon tak boleh ke? Apa kemaruk PM nak urgently tukar MB..Md Said ni teruk sangat ke sampai tak ada sifat kemanusiaan. Mana family value si Najib ni? Md Said ni tak ada jasa ke pada UMNO dan Trengganu. Cakap pasal jasa aku respect Md Said kerana rakyat Trengganu top dalam bidang pelajaran dan sukan. Sekolah dan pelajar mana yg selalu top bila istihar PMR & SPM. Tak ke ni jasa beliau.

Bayangkan kalau anak sendiri nak jadi raja sehari.... kalau aku pon mengamuk.

Anonymous said...

Yang penting.
Baru padan muka Dato Najib.
Nak tunjuk jantan.
Jika bersabar,
segalanya berjalan lancar.

Tindakan Mat Said ada kebenarannya.
Tolong hargai pengorbanannya semasa dalam MB.
Lepas itu, beliau rela melepaskannya.

Gelojoh Dato Najib.
Bahaya ada penasihat macam ROSMAH.

Anonymous said...

Ahmad Said dan rakan2nya mesti telah dibayar oleh UMNO utk terus menyokong BN di T'ganu.
Bijak sungguh mainan mereka ..........735

Anonymous said...

lawak gambaq yg hang boh ni...tp para 7 hang ada silap skit, pasai apa nak minta izin mb baru ? Yg Mat Said nk buat di Kemaman ...rmh dia sendiri bkn di rmh rasmi MB di KT...

Anonymous said...

Pm ada sebabnya.. perjanjian Telah temeterai dan bahaya kalau di langgar.. Ini terpaksa. Semua kita patut faham dgn dokumen2 kerajaan yg telah dimatikan cop mohor. Tidak sewenang2nya di pinda apatah lagi kena mengena dgn jawatan pemimpin tertinggi negeri. Rakan2 dan adik2 semua, belajar lah perkara ini lebih sikit dan kemudian baru komen.
Watikah perlantikan. Amat serious! Jgn main tembak pm ja...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!