Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 28, 2014

TAK HERAN KALAU DYANA MENIPU PASAL MAK DIA PUN SAMA JA MENIPU...

Semalam kecoh pasal mak Dyana Sofya keluar PERKASA. Yammy Samad yang merupakan Ketua Wanita PERKASA Pertama, isytihar keluar dari pertubuhan tu secara rasmi. Sayugia itu maka gegak gempitalah seluruh alam maya ini dengan pengisytiharan dari "Permaisuri Antah Berantah" itu...

Setiausaha Agung PERKASA kata, apalah sangat kalau mak Dyana keluar PERKASA. Takde effect pun pada PERKASA sebab pertubuhan tu proses 250 keahlian baru setiap hari. Betul ke takde effect? Mungkin jugak... saya bukan Ahli PERKASA pun... heh!

Tapi, kenapa Yammy ambil keputusan keluar dari PERKASA. Katanya, dia keluar PERKASA sebab timbul kontroversi tentang keahliannya dalam pertubuhan tu baru-baru ni dan sebab tu lah dia keluar dari PERKASA... itu je sebabnya?

Pada pandangan saya la kan...


Pertamanya, kalau nak baca kisah Mak Dyana ni keluar PERKASA, boleh baca KAT SINI...

Tindakan Yammy keluar dari PERKASA tu adalah tidak tepat sama sekali dan alasan yang dia bagi tu langsung tak boleh pakai...dia kata dia keluar dari PERKASA untuk tamatkan kontroversi keahlian dia? Heh!

Saya nak tanya la sikit... apa salahnya kalau Yammy kekal jadi Ahli PERKASA? Ikut suka dia la dia nak jadi ahli apa pun. Kalau dia nak jadi ahli parti Likud kat Israel nun pun siapa peduli...kan?

Sebelum ni ada yang pertikai kenapa Dyana tu masuk DAP sedangkan Yammy tu orang kuat dan ahli UMNO. Yammy pertahan Dyana habis-habisan ... dia kata ikut suka anak dia la nak masuk parti mana... kan? 

Cuba beritahu saya... Salah kat mana kalau Yammy tu ahli PERKASA? Dosa tang mana? Kalau dia nak orang terima anak dia tu ahli DAP, jadi dia perlulah suruh orang terima dia tu ahli PERKASA, kan? 

Sebetulnya, alasan yang patut Yammy bagitau kat media ialah dia keluar dari PERKASA sebab dia nak orang Cina sokong anak dia jadi wakil rakyat di Teluk Intan. Dia perlu beritahu bahawa tindakan tu adalah untuk meraih undi orang Cina... 

Yammy juga perlu ikhlas beritahu dia keluar dari PERKASA tu sebab perjuangannya demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu takde la sekuat mana..goyah! Dia perlu beritahu dia sanggup gadai perjuangan demi survival politik DAP anaknya, Dyana Sofya tersayang...kan? Ikhlas la sikit....

Saya tak kisah kalau dia nak keluar PERKASA. Saya sendiri pun bukan ahli PERKASA. Dan saya pun tak kisah kalau Yammy nak keluar dari UMNO walaupun saya ahli UMNO. Pada saya, keikhlasan tu penting kalau nak buat apa pun... 

Maksud saya, kalau saya dipecat dari UMNO sekalipun, saya tetap akan sokong UMNO/BN jugak bila mengundi. Kalau sekadar ahli UMNO, tapi bagi undi kat DAP...nak buat apa, kan? "Kosong"...!

So Yammy, sadly you'd made a wrong decision yesterday by announcing with a wrong reason. Ouch... What a mistake! heh!

1 comment:

Anonymous said...

Bila le bala nak menimpa pada insan ni.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!