Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, May 12, 2014

Siri Bercakap Dengan "Jin" PAS Kedah: 20 Perkara – Siri II


Ini contoh hiburan di zaman Kerajaan PAS untuk rakyat Kedah?

Merujuk kepada “siri bercakap dengan PAS Kedah”, artikel ini merupakan jawapan dari sudut pandangan penulis KedahNews.com yang juga merupakan rakyat negeri Kedah berhubung pertikaian bekas Ketua Urusetia Penerangan PAS Kedah, Zulkifli Yahya, yang melibatkan 20 perkara yang kononnya disifatkan sebagai “kegagalan” Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah.

Berikut adalah sambungan artikel tersebut.

6. GAGAL mengawal nafsu untuk memiliki kereta rasmi Exco yang baharu. Mereka menukar kereta rasmi dari Camry ke Perdana baharu, walaupun kereta yang ditinggalkan Exco terdahulu masih elok. Walhal sewaktu kerajaan dahulu menukar kereta baharu akibat kereta lama sudah terlalu uzur, BN sebagai pembangkang di kala itu menentang keras.

Persoalan sebenar yang perlu diberikan berkenaan tohmahan ke-6 ini ialah “siapakah yang sepatutnya mengawal nafsu untuk memiliki kereta rasmi Exco yang baharu?”. Sekiranya dirujuk kembali tentang pihak yang “kemaruk” kereta baru, pandangan penulis sebagai rakyat negeri Keda lebih tertumpu kepada Exco-Exco Kerajaan PAS Kedah yang terdahulu.

Ini adalah kerana merekalah yang memutuskan untuk membeli kenderaan mewah model Toyota Camry setelah berkuasa sebagai Kerajaan Negeri sebelum ini menggantikan kenderaan rasmi lama, model Proton Perdana Executive.

Meskipun tindakan tersebut dianggap kontroversi ekoran kedudukan Kerajaan PAS Kedah ketika itu yang tidak bijak mencari wang untuk perbendaharaan Kerajaan Negeri, mereka tetap mempertahan keputusan pembelian kenderaan-kenderaan mewah itu untuk kegunaan Exco-Exco.

Kini setelah tidak lagi menjadi Exco, desas-desus dari Wisma Darul Aman menjelaskan bahawa bekas-bekas Exco itu memohon untuk membeli kereta-kereta Toyota Camry yang pernah mereka gunakan itu sebagaimana “privillage” yang mereka nikmati sebagai “bekas Exco”.

Pada penulis, Exco-Exco Kerajaan BN Kedah tidaklah kemarukkan kemewahan apabila sanggup untuk memenuhi nafsu serakah bekas-bekas Exco PAS untuk memiliki kereta-kereta mewah yang pernah menjadi “milik sementara” mereka dulu. 

Jadi, sebelum kereta-kereta Toyota Camry itu dijual pada bekas-bekas Exco PAS itu, apalah salahnya jika Kerajaan BN Negeri Kedah bersedia dengan kenderaan baru untuk kegunaan Exco-Exco BN itu? Lagipun, kenderaan baru yang digunakan itu ditempah dari syarikat GLC milik Kerajaan, Proton. 

Salahkah tindakan itu? Dan wajarkah Zulkifli mempertikai pembelian kenderaan-kenderaan baru, Proton Perdana yang dimomokkan sebagai “Hondana” itu? Takkan nak suruh Exco Kerajaan BN Kedah jalan kaki keliling negeri sedangkan bekas Exco PAS gah bersama Toyota Camry?

UNTUK MEMBACA SETERUSNYA, SILA KLIK DI SINI...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!