Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, May 12, 2014

Siri Bercakap Dengan "Jin" PAS Kedah: 20 Perkara – Siri I


Baru-baru ini bekas Pengarah Urusetia Penerangan PAS Kedah, Zulkifli Yahya menulis di laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily, dengan menyenaraikan 20 perkara yang kononnya disifatkan sebagai kegagalan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah mentadbir negeri itu.

Mungkin ketandusan modal untuk menyerang pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Kedah, penulis mengandaikan senarai tersebut boleh disifatkan “separuh masak” dan teguran yang tidak membina sama sekali.

Justeru itu, sewajarnya penulis menjawab satu persatu tentang 20 perkara yang disenaraikan Zulkifli itu secara adil, berfakta dan tanpa rasa prejudis.

1. GAGAL menguruskan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan baik sekalipun kampus induk dan segala kemudahan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu begitu baik sekali. Sekejap arah berpindah ke kampus asal yang sempit di Mergong dan sekejap berpindah balik ke kampus induk. Kakitangan dan pelajar yang jadi mangsa

Di atas adalah perkara pertama yang diajukan Zulkifli dalam cubaannya memburukkan nama Kerajaan BN Negeri Kedah di mata rakyat. Dia memberi fokus terhadap masalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang kononnya tidak ditadbir dengan baik di bawah BN.

Zulkifli mungkin lupa atau pura-pura “hilang ingatan” mengenai beberapa siri demonstrasi yang membabitkan pelajar KUIN atas ketidakpuasan hati mereka dengan urustadbir institusi pengajian tinggi di bawah Kerajaan PAS Kedah dulu. Hasilnya, beberapa orang pelajar dikenakan tindakan disiplin dan ada pula yang digantung pengajiannya. 

Bukan setakat pelajar saja, malah kakitangan KUIN pun turut mengadakan banyak siri demonstrasi dan berceramah siang malam menceritakan kepincangan pentadbiran KUIN di bawah PAS. Memprotes ekoran periuk nasi mereka yang dizalimi, rayuan yang tidak dilayan oleh “boss-boss” Zulkifli dan rasa tersepit, mereka “berpatah arang” serta menghentam Kerajaan PAS Kedah terang-terangan.

Apakah Zulkifli lupa pada “Bersih KUIN”, “BeritaKuin.blogspot.com”, para pelajar dan kakitangan KUIN yang memberontak ketika PAS mentadbir Kedah dulu? Sehingga Pilihanraya Umum ke-13 berlangsung, mereka bertali arus menghentam PAS Kedah. Apakah itu yang dimaksudkan Zulkifli sebagai “PAS meninggalkan KUIN dalam keadaan terbaik”?

Juga jangan lupa dengan hutang RM300 juta peninggalan PAS Kedah kepada Kerajaan BN Kedah untuk membina “kampus tak siap” di Kuala Ketil! Apakah itu akaun terbaik KUIN yang ditinggalkan PAS setelah menjajah Kedah selama 5 tahun kepada BN? 

Rasional para pelajar dan kakitangan KUIN dipindah semula ke kampus asal di Mergong juga disebabkan oleh PAS. Dengan kampus di Kuala Ketil yang hanya Dewan Utama saja yang siap manakala prasarana seperti asrama dan bangunan lain yang “separa siap”, apakah wajar kampus itu memulakan operasi penuh?

PAS secara terburu-buru memaksa pelajar dan kakitangan berpindah ke kampus Kuala Ketil sehinggan menimbulkan kemarahan warga KUIN. Untuk menunjuk-nunjuk kononnya kampus itu gah di mata rakyat, PAS sengaja mengadakan majlis konvokesyen KUIN di dewan utama? Itu taktik PAS Kedah untuk mengaburi mata rakyat? Mana masjid KUIN? Mana asrama pelajar? Apakah semua premis di situ sudah memiliki sijil kebenaran beroperasi dari pihak berkuasa? Tolonglah realistik dalam berhujah...

Dan kini mungkin masalah “kerja separuh siap” PAS itu sudah diatasi Kerajaan BN Kedah. Rugilah jika kampus yang “dipaksa bina” PAS itu tidak digunakan. Berhabis sehingga RM300 juta, tiba-tiba tidak digunakan? Sebab itulah Kerajaan BN meminta warga KUIN berpindah ke sana. Logik semudah itu pun bekas Pengarah Urusetia PAS Kedah tidak mampu fikir?

...SETERUSNYA BACA DI SINI

2 comments:

Anonymous said...

Dia ni belajar Dari anwar until mengalih kesalahannya pada orang lain dan seterusnya memperbodohkan penyokong yang memang dah bodoh, ITU je standard puak ni.

Anonymous said...

Kuin di kuala ketil tu projek pas untuk tarbiah budak2..BN pi sua tengkoq setuju nak smbung..bodo punya MB ngan exco

Bila Kak Su Bersuara... Heh!