Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, May 13, 2014

Pasal kenduri kahwin anak pun Mat Said keluar UMNO kaaaa..???!!!

Ni la perangai pemimpin UMNO yang saya tak gemar ni... cakap depan penyokong bukan main lagi.. demi Islam la... demi Melayu la... demi Tanah Melayu la... alif ba ta la... bukan main hebat lagi depa syarah atas pentas... tak cukup atas pentas, bawah pentas pun depa sambung lagi...

Kononnya kalau toreh lengan depa dengan pisau pun, akan mengalir darah UMNO... darah anak jati bangsa... darah pejuang Melayu... darah Mat Kilau, darah Hang Tuah, darah Tok Bahaman... Sapa hina Islam, depa kutuk rapat tak cukup tanah depa perambat...

Tapi bila hilang jawatan MB? Terus sign surat keluar parti... jadi ADUN Bebas... lepas tu kroni-kroni pun ikut sekali letak jawatan... tu la nasib politik di Terengganu sejak malam tadi... Pasal kenduri kahwin anak dia pun nak keluar parti kaaaaa...??? Kecoh satu negeri...politik negeri tak stabil...!!! 

Saya nak tanya sikit la pemimpin-pemimpin UMNO zaman sekarang ni... ada lagi tak spesis macam Ahmad Said dan Ghazali ni? Ada tak? Kalau ada, saya cadangkan supaya letak je la jawatan tu dengan sukarela secara terhormat... keluar parti dan masuk la parti mana pun asalkan tak merosakkan UMNO dari dalam...


Perangai macam ni lebih kurang perangai Anwar Berahim la... kena pecat dari UMNO disebabkan salah sendiri... lepas tu suruh bini tubuh parti baru untuk lawan UMNO... Tu bukan tujuan politik tu... tu niat peribadi nak jadi PM... buruk betul la perangai macam tu... 

Pada saya, biarlah UMNO jadi pembangkang, asalkan UMNO tak dirosakkan oleh golongan-golongan pemimpin yang bersifat gilakan jawatan dan kuasa macam tu... Saya rela UMNO jadi pembangkang asalkan parti kita ni punya pemimpin-pemimpin yang berkualiti dan menjiwai semangat jati diri Melayu, Islam dan Tanah Melayu...

Saya cakap ni bukan kerana saya tak sayangkan pemimpin UMNO. Tapi pada saya, UMNO itu bersih dan jika ia kotor sekalipun, ia dikotorkan oleh spesis-spesis seperti Anwar Berahim tu... UMNO tak salah... tapi attitude segelintir individu dan pemimpin UMNO la yang buat UMNO jadi huru-hara...

Kepada para pemimpin Kedah, saya mohon jasa baik Datuk Seri, Datuk-Datuk dan semua YB-YB yang ada supaya mengambil iktibar atas apa yang berlaku di Terengganu malam tadi. Kita pun lebih kurang Terengganu jugak... menang simple majoriti saja... bukan kuat mana pun....

Jadi, sementara Allah SWT berikan kuasa dan kelebiha pada kita, gunakanlah kurniaan Allah itu sebaik-baiknya dan tolonglah mulakan gerakan yang lebih ampuh dan menyengat sebagaimana masa kita dok jadi pembangkang dulu... takkan "honeymoon" tak abih lagi kot...kan?

Tolonglah. Bukan senang kami blogger-blogger ni berjuang nak dapatkan Kedah kembali dulu. Panjat gunung, keluaq abih duit poket, berkorban masa, tenaga, perah otak sampai tak tidur malam dok pikiaq strategi nak rampas balik Kedah ni dulu... bukan setahun kami buat.. dekat 5 tahun!

Walaupun BN dah berjaya rampas balik Kedah dan peranan blogger macam saya ni tak dapat pengiktirafan sewajarnya, saya puas hati sebab dapat bantu BN kuasai Kedah semula. 

Tapi terus terang saya cakap, saya memang tak puas hati sebab kita hanya dapat simple majoriti dan pada malam kemenangan tu saya dah set dalam minda saya bahawa saya akan berjuang untuk dapatkan majoriti 2/3 pada PRU 14 untuk BN...

Tapi saya dan kawan-kawan hanya mampu berjuang dalam dunia maya saja la.. dunia blog.. Selagi saya terdaya, insyaAllah, saya akan cuba lakukan yang terbaik, beretika dan berpaksikan ajaran Islam yang sebenar di dalam penulisan blog.. kalau saya tersasar, tolonglah ingatkan saya dan saya sanggup mintak maaf secara terbuka... I'm very fair about these terms and conditions...

Tapi kalau saya dan kawan-kawan saja yang dok berjuang, tapi pemimpin dan pihak tertentu di sana masih "honeymoon" lagi, tulis macamana sekali pun dalam blog, kita takkan dapat 2/3 majority... silap-silap boleh kalah balik... ingatlah... kuasa ni milik Allah SWT...kita hanya diberi amanah saja...

Mungkin saya sudah tidak bersama kawan-kawan TMK mahupun KedahTimes lagi.. tapi depa tetap sahabat seperjuangan saya... kami masih berhubung melalui internet sebenarnya, cuma kami agak busy dengan kerjaya masing-masing... 

Tak perlulah pertikai prinsip politik yang saya pegang selama ni... memang jati diri saya bersama UMNO. Offer la apa pun, perjuangan saya tidak mungkin dapat dibeli...Kalau pemimpin UMNO benci saya sekalipun, saya tetap takkan khianat pada perjuangan Islam, Melayu dan Tanah Melayu...


18 comments:

mfjalil muhd said...

aku setuju bro...walaupon aku silent reader...tak suka pemimpin mcm mat said...tak ada jawatan tinggalkan umno..pemimpin apakah dia ni...meruntuhkan kekuatan orang melayu..

Anonymous said...


hang tak tengok ka tu laporan malaysiakini? apa la...

Anonymous said...

Betuii tu.... nak cari mcm arwah pak gaffar dah tak dek dlm umno hari ni.

Anonymous said...

mat said adalah contoh haramjadah pengkhianat UMNO versi moden!

najib patut bubarkan DUN!

buat semula pilihanraya!

kita tengok langit tinggi atau tak untuk mat said babi dan kroni!

Cameron said...

Saya bukan ahli UMNO, juga bukan rakyat Terengganu.
persoalan saya, tak boleh kah Najib bagi tempoh seminggu dua lagi kpd Dato Ahmad Said? Kritikal sangatkah keadaan sampai tak ada timbang rasa drpd seorang PM?

MB boleh letak jawatan bila2 masa, tp kenduri kawin anak tak boleh buat bila2 masa. Berilah pertimbangan sikit untuk rasa dihormati sbg seorang MB utk kawinkan anak.

Anonymous said...

Sedap nya bercakap. Sekurang-kurang nya respect kat Mat Said tunjuk jantan. Habis tu ADUN yang dua dan akan menyusul yg lain tu pun merajuk pasal nak kahwin kan anak ke? Patut nya blog pro BN ni kena sabar dan memujuk dulu, jangan kalut sangat Bro. Bagi masa bertenang dulu. Ada isu yg lebih besar, sengaja hangpa tak tulis.

Anonymous said...

WA SALUTE PENDIRIAN LU BRO!!!

INILAH SEMANGAT BANGSA YANG PATUT ADA DALAM JIWA MELAYU!!!

AKU SAYANG BANGSAKU "MELAYU" WALAUPON AKU BUKAN ORANG MALAYSIA!!!

SEMOGA SEMUA MELAYU/BUMIPUTRA SEDAR DARI MIMPI NGERI INI DAN BERSATU!!

"SANGAT SEDIH DENGAN KEJAFIAN PERPECAHAN MELAYU DI TANAH MELAYU "MALAY"SIA"

Anonymous said...

Semoga tuan tetap istiqamah.saya juga begitu,ingin umno memerintah negara demi agama bangsa dan negara.pas tidak menunjukkan keupayaan baik di kelantan kedah dan selangor.melayu terpinggir..

kesal amat sgt dgn mat said.begitu longgar jatidiri.hilang kuasa, segala keistimewaan dan kebaikan umno dilupakan.apa jenis pemimpin mcm ni.idris jusoh lebih gentleman dan kini masih berjasa
kpd agama dan bangsa melalui mara.

Pengkhianat agama dan bangsa!siap bawak pengikut akibat dendam kesumat kerana diambil semula kuasa yg dipinjamkan...

Anonymous said...

Bkn salah mat saif n adun yg lain yg keluar umnobtu..tindskan mrk bagus...sbbnya saat ganuvada majoriti 2 kerusi kenapa pg buat jeputusan yg bofoh mcm haramjadah tu..patut bg najib bg sojongan pd mat said utk kuatkan umno n pangkah nrk yg burukkan nat said tu.. Itu br betul. Skrg nasu dahvjd bubur...najib harus vertanggungjawab 100% pd tragedi ni...najib sama mcm anwar pikir pakai pungkoq....waktu sesuai muhyiddin ganti najib...ntahb2 klu najib kena cam mat said dia pun keluar parti tak? Apapun satuvkeputusan najib yg plg bodoh dlm abad ni...takxiah umno tahniah pas....buktikan pas lg bagus sejuta kali lg bagus dr umno....blh ganti umnobyg sentiasa rasa bagus dulu jini dan selamanya.

arcadia said...

Bro, kan dia ckp mintak tangguh sampai lepas 17, xkan la 3,4 ari tu pon xleh nak tangguh. Lagi satu, ingat kiterang xtau ke punca trengganu hampir kalah ari tu? Bila dah jadi camni nak salahkan mat said je? Ahjib ngan punahsihat xsalah?

Anonymous said...

Macam mana nak jadi pemimpin kalau benda senang camni pon tak boleh anticipate? Kalau mat said berhenti atau kluar dari umno itu mmg sepatutnya dijangka, dan najbi perlu tahu pelan mitigasinya? Adakah event anticipation ini akan berlaku. Kalau kata tak jangka ianya akan berlaku, mmg kurang cerdik la PM kita ni. Sebab reaction from action yg mat said tunjukkan itu adalah normal human being. Hampir kesemua akan membuat keputusan yg sama.

Anonymous said...

Bukan admin saja yg nasib begitu....ramai lagi di tanah melayu ni yang jadi daun karipulae...masa nak masak gulai tgh ribut pun redah sb tkdak daun karipulae tk jadi kari....bila dah masak...masa nak suap nasi ke mulut....pilih daun karipulae boh tepi pinggan....nasi juga yg masuk mulut....karipulae masuk longkang....

berasiam said...

Ahmad Said mungkin silap tapi pertimbangan Putrajaya pun bukanlah betul sangat. Apa salahnya diberikan waktu beberapa hari untuk disempurnakan majlis perkahwinan yang telah direncanakan sejak sekian lama.

Putrajaya tidak menyatakan dengan jelas kenapa peralihan kepemimpinan negeri perlu dilakukan. Adakah kepentingan negeri Terengganu yang diutamakan dalam percaturan ini atau hanya mahu memenuhi nafsu serakah sekelompok individu yang berkepentingan?

Kalau buruk hasilnya, DSN perlu bertanggung jawab sepenuhnya atas apa yang berlaku. Jika sebaliknya, para penasihatnyalah yang akan meraih hasil. Kepentingan rakyat Terengganu, bagaimana?

kampong lad said...

kad jemputan dah diedar kot? nak di tarik balik & di ganti dgn bekas mb ganu? drop water face la.

Anonymous said...

Bagi aku Najib yang ngok!!

Takkan 2-3 hari punya hal...tak boleh nak delay. Kemaruk sangat ke nak ganti MB yang dah berkhidmat dengan cemerlang.

Bayangkan kalau korang punya anak nak kahwin dah arrange majlis dan kad jemputan dah edarkan... Dalam masa 2-3 hari macam mana nak tukar venue... Dalam 2-3 hari mana nak sempat.

Aku solute Mat Said kerana menutamakan keluarga dalam hal ini.

BODOH punya Najib dok macam lembu cucuk hidung dok ikut PUNAHsihat yang penipu. GERAM aku tengok kat TV3 malam tadi kerana setiausaha UMNO dok gelak sakan...tak sensitive langsung.

Anonymous said...

Come on la bro. Jangan nak bandingkan dengan kes bang non. Bang non tu kena pecat sebab kes salahguna kuasa, homoseksual die. Mat Said ni jadi pawn dalam power play kat Putrajaya tu.

Kalau kita keje kat satu company tu dekat 30 tahun, esok pagi masuk ofis tiba-tiba dapat notis 24 jam diberhentikan. Terkedu tak tau nak kata ape. Lepas tu minta bos consider bagi notis sebulan paling kurang. Untuk buat persediaan cari keje lain, kewangan, sume. Jawapan yang bos bagi "That's not my business".

Apa yang kita rasa time tu? Setakat tangguh 3,4 hari takde masalah pun. Lepas kenduri selamat, nak pecat, pecat la. Timbang la rasa sikit. Bukan orang lain, orang Melayu jugak.

Najib ni dengan cina bukan main lemah gemalai, dengan orang Melayu tegas macam dah xde hari esok. Damage has been done. Both to the party and the state itself. Apa lagi nak cakap?

Bila benda dah huru-hara, pandai pulak suruh Muhyiddin turun. Kalau betul gentleman, Najib turun sendiri ke Ganu. Telor dah hilang ke?

Anonymous said...

Bukan bubar dun saja..... Bubur sekali parlimen.. Ramai- ramai pergi cari MH370.

Lukman Hakim said...

Pemimpin skrng nak jawatan....sebab boley buat bnyk wang....jd kaya raya .....rakyat diabaikan.....tu jer.....dpt proyek billion2.....bagi sama kroni....rakyat duduk bodoh ya diam2....biar pemimpin pulun abes.....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!