Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, May 18, 2014

HANGAT..!!! "WOW!" FACTOR PADA DYANA SOFYA DAP...

Baru-baru ni saya ada menonton video ceramah Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Daud, yang merupakan calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan. Dia berceramah di atas pentas PAS Kawasan Teluk Intan...

Mulanya, Dyana mula gagap-gagap...Dia ada ajukan beberapa points dalam ceramahnya tu.. antaranya ialah isu "bikini", umur terlalu muda, isu politik perkauman, Dyana "diperkuda" Kit Siang dan perhatian DAP pada anak muda sepertinya... 

Apa yang Dyana kata pasal isu-isu berkenaan..? Masa jumpa Pak-Pak Lebai PAS, Dyana ni pakai selendang tutup kepala wa cakap luuu... Heh! Saya memang pantang orang hipokrit pasal hukum hakam Islam ni...heh!



Saya nak ulas sikit la pasal isu-isu yang Dyana sentuh tu... bukan apa... points-points dia tu lemah. Patutnya dia sebagai lawyer perlu sedar bahawa points-points dia tu agak lemah untuk dijadikan bahan kempen yang mempunyai "WOW!" factor...

1. Isu "bikini" - Entah saya pun tak tahu sapa punya kerja. Memang bodoh la sapa yang buat ni. Or mungkin jugak ni kerja "black ops" puak Red Bean Army. Isu murahan yang tak patut dijadikan isu... Saya tolak politik sempit macam ni... 
2. Umur terlalu muda? Sapa yang pertikai umur Dyana? Umur bukan isu...lain la kalau baru darjah 6..kan? Jadi, tak perlu diulas...isu langsung tak hangat... 
3. Politik perkauman - Haaaa.. yang ni memang tepat dengan ciri-ciri DAP. Dyana kata DAP tak amal perkauman? Puiii..! Pada dasar saja DAP tak tulis "perkauman" dalam buku perlembagaan depa. Tapi kalau rujuk dan tengok pertadbiran DAP sama ada dalam parti atau kerajaan negeri, memang pekat "chauvinis ultra kiasu". Contoh terbaik ialah pemilihan CEC dan corak pentadbiran Guan Eng! Dyana bukak mata luas-luas boleh tak? 
4. Dyana "diperkuda" Kit Siang - Dyana nafikan. Tapi realistiknya memang betul pun. Tak salah untuk berkhidmat pada rakyat, tapi pilih la pihak yang betul-betul berkhidmat, bukan "retorik" semata-mata. Pilih la yang dasarnya terbukti baik dan berubah ke arah kebaikan, bukan yang tak berubah-ubah macam DAP tu walau dah banyak kali didedahkan kepincangan depa...
Kit Siang tu perjuangkan "Malaysian Malaysia". Dyana tahu ke Malaysian Malaysia tu apa benda? Kalau dengar cerita dari Kit Siang, pandai la dia "spin" kepala otak Dyana. Cuba dapatkan cerita "Malaysian Malaysia dari Tun M or Najib... saya gerenti Dyana akan malu pada diri sendiri.. 
Dyana patut malu berkempen depan orang PAS. Kalau betul orang Melayu Islam patut sokong dan akui keaslian perjuangan DAP dalam perjuangan untuk Islam, Melayu dan Tanah Melayu, kenapa depa tak sertai DAP macam Dyana? Dyana patut ajak orang-orang PAS tu masuk DAP. Apa salahnya? Dyana pun Islam macam orang-orang PAS tu jugak, kan? Berani ke Dyana? 
Itu la buktikan kepala otak Dyana tu dah di "tuned" dan didoktrinkan ikut acuan Kit Siang. Takka itu pun tak boleh faham kot? Sia-sia la buat LLB kat UiTM dulu kalau kepala otak sebengap tu... 
5. Perhatian pada golongan muda - Bukan DAP atau Pakatan Haram saja yang beri perhatian dan hargai golongan muda. UMNO, MCA, MIC dan semua parti kat Malaysia ni memang beri perhatian dan hargai golongan muda ni..  
Dyana sendiri cakap Najib diangkat jadi MB Pahang pada usia yang sangat muda, kan? Masa tu Dyana pun rasanya belum lahir lagi. Maksud saya, UMNO dah lama dah hargai dan beri kepercayaan pada golongan muda untuk digilap menjadi pemimpin. UMNO dah lama dah buat dasar macam tu untuk orang muda. So, apa bezanya sangat dengan DAP? DAP baru buat dasar macam tu la Dyana.. 

Jadi, apa yang "WOW!" pada kempen DAP dan Dyana tu? Alaaa.. cakap je terus terang... Satu-satunya kelebihan yang Dyana ada ialah "kecantikan", kan? Errr...Cantik ke? Heh!

P/s: Kalau cantik sekalipun, tapi dasar dalam diri tu cenderung bantah hukum Allah, khianat perjuangan bangsa dan cuba ancam Tanah Melayu dengan doktrin "Malaysian Malaysia DAP" tu baik tak payahhhh..! Err... sekali lagi... cantik ker??? Heh! Not my taste... heh! 


1 comment:

Anonymous said...

Sokonnng..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!