Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, May 22, 2014

GEMPARRR..!!! KISAH "RASUAH" TERBARU NAJIB..???!!!

Jika dilihat keluh kesah sebahagian rakyat yang marahkan kerajaan kerana termakan hasutan, kita tentu percaya bahawa negara ini sudah berada dalam keadaan nazak, daif dan menunggu masa untuk runtuh. Membaca pandangan-pandangan di media sosial pro pembangkang, negara ini seumpama pariah ekonomi dunia.

Boleh dikatakan segala-galanya buruk kepada negara ini. Kesimpulan daripada keluh kesah kumpulan ini ialah rakyat Malaysia hidup tertekan, kos sara hidup yang tinggi dan ekonomi negara berada di tahap yang sangat buruk, sistem pendidikan yang lemah, keselamatan yang terancam dan kerajaan ini adalah kerajaan korup.

Namun pelbagai indeks dunia menyatakan perkara lain....



Terbaru, laporan antarabangsa menyatakan Malaysia memperbaiki kedudukannya dalam daya saing antarabangsa di kalangan ekonomi utama dunia tahun ini apabila meningkat tangga ke-12 daripada tangga ke-15 pada tahun lalu, mengikut laporan Buku Tahunan Keberdayasaingan Dunia (WCY) 2014 yang diterbitkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) berpusat di Switzerland.


dayasaingglobal 

Dengan kedudukan terbaharu itu, Malaysia tergolong dalam negara-negara paling berdaya saing di dunia bersama Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong, Sweden, Jerman, Kanada, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Denmark, Norway, Luxembourg, Taiwan, Belanda dan Ireland.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pencapaian itu merupakan yang terbaik direkodkan dalam masa empat tahun.

Beliau berkata, kedudukan itu juga menunjukkan Malaysia terus mengatasi United Kingdom yang berada di tangga ke-16, Australia (17), Finland (18), New Zealand (20), Jepun (21) dan Korea (26).

“Laporan WCY 2014 mengukur daya saing negara berdasarkan empat faktor daya saing iaitu prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur.

“Walaupun Malaysia kekal di kedudukan ke-15 bagi faktor kecekapan kerajaan, kerajaan komited untuk memperkukuhkan lagi kewangan awam negara bagi memastikan kelestarian fiskal dan menggalakkan kestabilan ekonomi makro jangka panjang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencerminkan komitmen Malaysia untuk mencapai defisit fiskal sebanyak tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan berusaha ke arah mencapai belanjawan berimbang pada 2020.

Beliau berkata, pencapaian Malaysia dalam WCY memberi gambaran terhadap langkah-langkah telah dilaksanakan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“Kita akan terus memperkukuhkan prestasi daya saing Malaysia menerusi usaha-usaha tertumpu untuk meningkatkan persekitaran pelaburan dan menggalakkan polisi yang boleh meningkatkan perdagangan serta memanfaatkan bakat ke arah meningkatkan pertumbuhan produktiviti.

Jika benar Malaysia bakal muflis dan segala sistem negara seperti pendidikan, keselamatan, perundangan dan hak asasi manusia sedang berantakkan seperti yang didakwa Pakatan Rakyat, pastilah ada sesuatu yang tidak kena dengan kedudukan IMD ini.

Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) berpusat di Switzerland merupakan badan kajian pembangunan terkemuka dunia yang diiktiraf di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mahu percaya IMD atau Anwar Ibrahim?

Agaknya, IMD pun dirasuah oleh Mohd Najib Tun Razak supaya mengangkat nama Malaysia?
(Nota kepada yang tiada keboleh berfikir: Soalan ini adalah pertanyaan sinikal! Heh!-Mykmu dgn saya berpisah tiada...)

4 comments:

Anonymous said...

Kalau ada orang berhutang dengan along along dan tidak membayar hutang sudah pasti dah lama tergolek di tepi jalan atau kalau tidak pun dan terjumpa mayat dalam tong tong drum. Tetapi yang menghairankan mengapakah di negera kita ini manusia yang sebenar benar nya pengkhianat kepada bangsa dan negara boleh di biarkan berkeliaran lagi di bumi ini. Beratkah hutang duit dari hutang sebagai pengkhianat.

Anonymous said...

Kalo nak dengo ckp pembangkang ni.... taun 2000 lg nuar kata msia nak bankrup....

Tp ampai hari ni x bankrup2....

Poodahh......

Hanya kaki jubo saja yg suka dgr ckp mat gay...

Anonymous said...

Semoga Allah swt terus memberkati Kepimpinan DS Najib demi bangsa, Agama dan Negara.

Love U DS Najib...Keep up the good work.

Ignore the oppositions, they did nothing for the country because they are good for nothing. The existence is a big mistake to humanity!

Anonymous said...

Sebagai rakyat Malaysia yang menjadi ahli UMNO tegar, tahniah PM DSNAJIB TUN RAZAK. Semoga Allah swt melindungi PM suami isteri dan keluarga dari gangguan dan ancaman mereka2 yang penuh dengan sifat2 dengki dan khianat. Terutamanya musuh dalam selimut, dan Bangsa2 lain yang ingin menjatuhkan Negara kita daripada tangan bangsa kita orang Melayu beragama Islam. Semoga Allah swt melindungi agama kita Islam dan kita orang2 Melayu dinegara kita Semenanjung Tanah Melayu. Ameen.. Semoga orang2 muda kita bangkit menongkah arus mengatasi segala kejahatan dan segala muslihat orang2 kafir terhadap Negara kita. Mereka telah merancang sekian lama untuk memmiliki terus Negara ini. Lihat saudara2ku Negara kita aman sehingga kini dibawah pemerintahan siapa? Orang2 UMNO iaitu 100% orang Melayu. Selama ini mereka bebas hidup dinegara ini tanpa dizalimi. Mereka mengaut segala kekayaan dengan menipu kita secara licik. Pun kita masih tak sedar2 lagi. Sebagai orang awam dan orang biasa yang banyak bergaul dari semua peringkat manusia, banyak rahsia dan pengalaman hidup yang kita tahu tetapi mereka2 yang berada dikedudukan tinggi tidak tahu cerita sebenar yang berlaku disekeliling kami yang berada digolongan bawahan. Sebenarnya idea kami golongan bawahan ini jangan tidak diambilkira kerana kami yang banyak mengharungi hidup dengan kepayahan setiap hari, apabila segala benda dikenakan cukai atau bayaran. Bertambah lagi harga barang2 naik berganda2 sementara tunggu GST. Contohnya setiap tahun Indahwater caj pembentungan rumah kami, yang mesti kena bayar. Sedangkan rumah kami ni jenis lama dimana tangki septic dibuat dirumah masing2 tidak seperti sekarang dibuat kolam besar yang perlu dicuci selalu. Ketika baru2 mendapat tender adalah dua tiga kali dalam 6 bulan mereka datang cuci. Setelah mereka agaknya dapat sambung kontrak kini telah 3 tahun kami tak nanmpak bayang mereka pun. Bekerjalah dengan jujur. Jangan hendak mengaut keuntungan. Haram mendapat hasil tanpa membuat sebarang pekerjaan. Kenapa kami mesti bayar untuk tangki yang dibina oleh pemaju dirumah kami masing2. Ini baru dikatakan kurang adil dan tak cerdik sesiapa yang meluluskan kontrak tersebut tanpa memantau kerja2 mereka selepas kontrak disambung.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!