Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 28, 2014

CADBURY: NAK TUKAR DARAH? AWAT TAK TUKAR DAGING SEKALI..???!

Saya tak faham pasal ada segelintir pihak yang macam ektreme pulak pasal isu telan Cadbury yang ada unsur babi tu. Melampau-lampau sangat marahnya macam orang hilang akal...

Relaks la bro.. orang lain pun termakan Cadbury ada babi tu jugak... tapi takde la sampai kecoh nak tukar darah.. takde la mengamuk sampai batalkan plan nak kerjakan umrah semata-mata pasal tertelan Cadbury babi tuuu...

Setahu saya, kalau umat Islam tak tahu dalam makanan tu ada babi, maka tak jadi hal. Tak perlu samak pun. Yang perlu hanyalah memohon ampun pada Allah dan berazam tak buat lagi perkara macam tu di masa hadapan...


Yang kecoh sangat sampai nak tukar darah tu apahal? Kenapa tak tukar daging diorang sekali? Bukan ke Cadbury babi tu jadi darah daging? Tukar daging sekali laaaa... heh!

Saya pun marah pada cadbury.. sapa kata saya tak marah? Cuma saya takde la sampai nak bakar kilang Cadbury tu... Islam tak suruh pun macam tu... lagipun, kalau buat macam tu akan selesai masalah ke? Agak-agak la bila nak bertindak tuuu...

Bak kata arwah Ustaz Azizan dulu... nak buat sesuatu tu, buat la cara Islam... takkan tu pun tak boleh fikir kot? Sia-sia la Allah bagi akal kat kita...kan? Ishhhhh... dah... pi buat kerja masing-masing...

11 comments:

Anonymous said...

Senang kata, jangan makan atau guna sebarang keluaran dari kilang; kedai dan premis orang kafir. Hasilkan sendiri dan jual sendiri. Tak perlu makan atau guna produk orang kafir, semenjak sekian lama, pasti selamat.

Anonymous said...

Betul tuan...dah biasa mkn duit haram, kerja haram memang tak kesah..

Langkah bijak ialah dok rumah, sengeh sebagai tanda protes...

Kapir akan faham dan tak ulang lagi

Anonymous said...

dia orang ni bro , cerita macam pandai agama tapi baghal !!!!

Jane Duncan said...

itulah padahnya kalau Islam hanya pada emosi dan tiada pemahaman sebenar!

Mae Kuba said...

Allah akan sentiasa memberikan peringatan kepada kita dengan berbagai cara, mengingatkan kita bahawa musuh Islam sentiasa mencari jalan dengan cara nyata dan halus untuk memperdaya dan menyesatkan. Betapa rapuh diri kita terdedah kepada serangan dan tipudaya dalam makanan kita, pekerjaan kita, politik kita, kehidupan/budaya harian kita, pemikiran dan persepsi kita terhadap agama dan bangsa kita.

Semoga ini semua menjadi landasan kepada kita untuk menilai, berwaspada dan melengkapkan diri dengan ilmu dan kejernihan akal dalam berhadapan dengan muslihat musuh yang nyata dan bersembunyi.

Anonymous said...

check juga icecrean yg berlambak di pasaran....cukup lemak cukup sedap...taruk apa ekkk

Anonymous said...

Cara terbaik ialah belilah coklat produk buatan muslim. Selain dari tu jangan dibeli walaupun ada sijil halal sekali pun. Ada sijil halal pon belum tentu sahih. Terlalu banyak coklat di pasaran yang diragui status halalnya.

Inilah masalahnya apabila sijil halal diberi kepada produk buatan non-muslim. Apa yang mereka tau pasal halal haram dan sensitiviti umat Islam ? Selepas ini marilah kita boikot mana-mana produk yang pemilik atau pengusahanya adalah bukan Ialam. Boikot Secret Receipe dan Old Town White Coffee Kopitiam. Kita boikot kerana kita meragui status kehalalannya kerana ownernya adalah bukan Islam.

Anonymous said...

tak solat = Haram
kat shopping complex ramai tak solat, tak kecoh pun.

Anonymous said...

Anutlah Islam itu dengan mencari/mempelajari bukan dengan mengikut orang tua kita saja.Ini boleh memberi banyak faedah dan pendoman dalam perjalanan hidup kita.memberi pandangan dengan tajuk yang tentera diatas.

Anonymous said...

Salam ,
KEJATUHAN Kota BAGHDAD Iraq ketangan Kuffar , apabila Ulamak2 diberikan makanan yang bercampur daging Anjing dan Babi... Doa2 Ulamak ini tidak jadi Mustajab atau makbul... SEJARAH BERULANG LAGI ...Hari ini Umat Islam di Malaysia semakin jauh dari agamanya kerana Makanan berunsur haram telah menjadi darah daging mereka tanpa sedari... SIAPAKAH YANG MERANCANG IN... Sedangkan lemak binatang lain ada yang lebih baik dan berkualiti serta Murah tidak digunakan seperti Lemak Lembu... PUAK KUFFAR DI MALAYSIA TELAH TAHU AKAN KELEMAHAN UMAT iSLAM DAN MEREKA BERJAYA MEMPRAKTIKKAN...

MG schmidt said...

suh diorg sedut lemak sekali ..huhu

Bila Kak Su Bersuara... Heh!