Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, May 11, 2014

Apa Punya Teruk..! Pasal Bunga Ros Pun Mau Gaduh kaaaa..???

Aiyyaaaa..! Pasal bunga ros pun mau gaduh kaaaa? Pelik betoi.. dah teruk sangat ka? Sampai pasal benda kecik pun nak gaduh ka? Tak boleh bincang elok-elok? Gaduh depan orang ramai pulak tu.. sampai media pun highlight? 

Desperado sangat nak jadi Ketua Cabang? Tu la perangai orang PKR... kemaruk sangat... PAS pun tak macam tu... kan? kan? kan?

Ni cuba baca cerita kat bawah ni... apa pulak kata korang?


SHAH ALAM – Pemilihan PKR Cabang Shah Alam kecoh apabila Calon Ketua Cabang, menegur lawannya, Rodziah Ismail yang mengedarkan bunga di pintu masuk Dewan Teratai, Seksyen 19, sebentar tadi. 
Yaakob yang juga Adun Kota Anggerik tidak berpuas hati dengan tindakan Rodziah yang disifatkan mengula-gulakan pengundi dengan mengedarkan kuntuman bunga mawar. 
Berlaku sedikit pertikaman lidah antara kedua-dua lawan sekutu itu kerana Rodziah menegaskan bahawa bunga berkenaan adalah sebagai hadiah sempena Hari Ibu dan beliau selaku Adun di kawasan berkenaan (Batu Tiga). 
Yaakob meminta Rodziah berhenti mengedarkan kuntuman bunga berkenaan namun beliau enggan dan segera mendapatkan pengesahan daripada Ahli Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Datuk Johari Abdul. 
Menurut Rodziah, Johari membenarkannya mengedarkan bunga berkenaan dengan syarat diberi kepada pengundi yang selesai mengundi dan kebenaran itu disambut sorakan daripada penyokong beliau. 
Sebelum itu, penyokong Yaakob tidak berpuas hati dengan tindakan Rodziah yang masih berada di dalam dewan mengundi dan didakwa menjalankan kempen di dewan mengundi. 
Bagaimanapun Rodziah menafikan beliau meneruskan kempen di dalam dewan sebaliknya memberi keutamaan kepada pengundi yang kurang upaya dan uzur untuk melakukan pemilihan terlebih dahulu. – Sinar Harian Online

2 comments:

Anonymous said...

Bior di lantak. Malas campur. Not relevant.

Anonymous said...

Hanya melayu pekak dan bahlol saja yang menyokong pkr (parti kelentong rakyat) atau memang melayu bodoh until terus dia perbodohkan oleh manusia yang tak berakhlak, akhirnya inilah alasan Dari Allah SWT.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!