Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, April 22, 2014

Dengan rasminya tutup blog?

Sebenarnya saya saja test market. Sengaja tak menulis dalam jangka masa yang agak lama di blog ni. Saja nak tengok respon kawan-kawan. Saja nak "mogok".... hahahahaaa...

Ada yang kata saya takdak idea. Saya jawab, tak jugak. Idea ada, tapi dicurahkan di tempat lain.

Ada yang kata, saya makin malas. Maybe. Mungkin sebab saya rasa ada segelintir pihak yang sebelum ni "take things for granted". Tak semua, tapi ada.

Ada yang tanya, apa dah jadi dengan blog ni? Saya jawab, saja. Saja-saja saya tak update blog. Ni blog saya. Saya punya suka la nak update ke tidak..kan? Heheheeee...

Ada yang mintak saya menulis semula. Saya jawab, insyaAllah...

Ada yang kata kat saya, "tutup blog je lahhhh!". Saya jawab, ikut suka saya la nak tutup ke nak bukak ke.. heheheheeee...

Ada yang kata, "ikut suka haji laaa", saya senyum ja bila kawan-kawan kata lagu ni...

Sebenarnya?



Sebenarnya saya memang busy sangat lately. Ada idea, tapi saya salurkan ditempat lain. Saya mungkin malas sikit nak update blog sejak kebelakangan ni sebab letih. Kerja dari pagi sampai tengah malam. Kadang-kadang sampai pagi...

Memang saya saja tak update blog ni. Saja tak update blog sebab tak cukup jari, tak cukup tangan nak menaip sana sini... Tak macam sesetengah blog yang ramai admin. Memang sebelum ni ada yang volunteer tolong update blog, tapi atas beberapa sebab, saya terpaksa tamatkan perkhidmatan depa...

Tutup blog? Mungkin nanti, tapi tidak dalam tempoh 10 tahun akan datang ni...heheheheee...

Hakikatnya? Ikut suka saya la... kan? kan? kan? Heh! Lagi pun saya tak kejar "hits", saya tak kejar ranking, saya tak kejar glamour dan saya bukan blogger upahan mana-mana pihak. Semuanya ikut suka saya la nak tulis atau tidak...

Tapi jangan risau. As promised, saya akan tetap menulis jugak. Dan yang paling penting, blog saya ni menolak sebarang bentuk fitnah, cerita tipu, bohong dan seumpamanya. Kalau ada silap, boleh tegur dengan niat membina dan secara sihat... saya sanggup mohon maaf kalau saya silap atau salah.. no problem.. 

Yang penting, tulis demi ibadah. Demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu... itu tidak pernah berubah dari dalam hati saya... okay? Sampai ketemu lagi.. wassalam semua...adiossss...

3 comments:

Anonymous said...

Salam tuan haji;
Harap teruskan perjuangan.sukar mencari penulis yg ikhlas,ada yg sekadar ceduk isi cuma tukar headline dan ada yg byk sgt maki hamun tanpa fakta.pru14 semakin hampir.perjuangan semakin sukar dgn golongan muda yg cenderung kpd pembangkang.saya amat berharap umno byk muhasabah agar kekal relevan.says juga harap next pemilihan umno;us fathul bari dan mukhriz akan naik.naik menyampah dgn kesombongan kj serta veteran2 spt jamaluddin jarjis atau yg kurang efektif spt menteri ayam.wake up ler umno.cari ler pelapis muda.yg menyerlah dlm ulamak umno hanya us fathul bari dan us fadlan.ramai lg perlu ditonjolkn.

Anonymous said...

agar di beri rezeki kebaikan kepada anda.

Anonymous said...

Assalam tuan..cerita sikit pasal isu AlBukhari IU yang nak tutup tu..saya masih kabur walaupun duduk diKulim ja..sedih dengar cerita ni..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!