Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, March 2, 2014

UAI KATA BR1M TAK CUKUP... SAYA "SETUJU"..!!!

Di bawah adalah petikan ceramah Ustaz Azhar Idrus di Medan Ilmu, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ni... Saya petik dari Sinar Harian yang kini semakin condong ke arah Pakatan Haram, seolah-olah dah jadi "blogger" depa pulak... 
KOTA BHARU – Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh kerajaan kepada rakyat di negara ini tidak setimpal jika dibandingkan dengan jumlah yang selayaknya mereka peroleh, dakwa penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Menurutnya, ia adalah hak rakyat yang perlu dipulangkan sebagaimana pembayaran melalui cukai-cukai yang dikenakan sebelum ini.

“Kita lantik kerajaan hari ini kerana Malaysia ada harta, malah wakil yang dipanggil kerajaan perlu menguruskannya, tidak mengira negeri mana sekalipun, harta kekayaan Malaysia mesti dapat sama rata, ia jadi kewajipan bagi kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia, bukan hanya beri BR1M semata-mata,” katanya.


“Kita (rakyat) dikenakan pelbagai jenis bayaran seperti cukai jalan, cukai kereta, beribu-ribu rakyat bayar, tapi kerajaan bagi balik kira-kira RM600 sahaja, betul ke cara macam itu?,” katanya ketika berceramah di kuliah mingguan Medan Ilmu di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan tersebut bagi menjawab pertanyaan yang diajukan orang ramai yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mengendalikan kuliah sesi pertama semalam. -Sinar Harian
Betul! Saya setuju dengan UAI kali ni...  memang benar kata-kata UAI ni.. Memang betul rakyat Malaysia patutnya dapat lebih dari RM600 atau RM650 setahun... Kalau dapat BR1M RM1,200 setahun pun masih belum cukup...Kerajaan BN memang "tak patut"...

Sepatutnya, setiap rakyat kat Malaysia ni patut dapat RM1 juta bagi satu isi rumah. RM1 juta baru la cukup. Sebab UAI kata Malaysia ni negara "ada harta"... Bila BN dah jadi Kerajaan, maka wajib la bagi keselesaan kepada rakyat Malaysia... 

Jadi, dapat RM1 juta baru la selesa.. apa barang dapat RM600 - RM650..??? Kalau dapat RM600, tak boleh la beli ferrari ke.. motor besar ke.. nak langgar lampu isyarat merah pun tak boleh. Apatah lagi nak langgar orang sampai mati..kan? Kerajaan patut bagi RM1 juta... betul la kata UAI..RM600 tu tak cukup tuuuu...

UAI cakap pasal cukai... maksudnya kalau kita bayar cukai kat Kerajaan, maka Kerajaan perlu pulangkan balik duit tu pada kita 100 kali ganda? Gitu ke Ustaz? Maksudnya kalau bayar cukai pintu RM100, maka kerajaan perlu pulangkan balik RM10,000 kat kita? Oooo.. itu baru cara Islam kot..?

Errr.. duit subsidi yang kita terima hari-hari tu camana pulak UAI? Tak kira ke? Oooo... kalau gitu tak kira pulak yer? Kiranya Kerajaan je yang wajib bagi kat kita... Oooo.. gitu ajaran mazhab UAI...

Saya ni takde la belajar agama tinggi macam UAI kita ni... saya tak dapat pun BR1M selama ni sebab pendapatan saya lebih sikit je dari yang layak... saya ada bayar cukai jugak... tapi saya halalkan cukai saya tu sebagai tanggungjawab saya pada negara...

Saya bersyukur dengan apa yang ada.. walau tak dapat BR1M pun saya syukur jugak... bukan la sebab saya ni baik sangat.. tapi ustaz saya ajar... kalau kita bersyukur, Allah akan tambah rezeki kita... kerajaan tu hanya "penyampai" rezeki saja...kan? 

Err..nak tanya sikit... ada negara yang bagi duit elaun tiap-tiap bulan pada warganegara negara tu... tapi cuba check balik kadar cukai yang depa kena bayar... orang miskin tegar pun kena bayar cukai... tapi depa takde kecoh pun...kalau UAI jadi warganegara kat situ, apa agaknya yang dia ceramahkan yer? heh!

P/s: Kalau dia jadi warganegara kat negara tu...alamatnya teruk la negara tu kena "balun" dek UAI tiap-tiap hari...heh!

4 comments:

Anonymous said...

Si binatang ni sajak di gelar Ustaz Kebabai!!

Anonymous said...

Kerajaan Kelantan pun kutip cukai dan duit daripada rakyat tapi jantan puaka berjanggut ni tak kata apa pun. Lidah bercabang, suruh orang lain nikah ibu tunggal, janda, diri sendiri cari orangbujang!

assaad said...

Salam. Ini masalah Ustaz ni. Nampak macam berilmu tetapi tak tahu pulak cakap melalut-lalut. Nak komen banyak-banyak pun takut nanti kena belasah pengikut taksub.

Tepuk dada tanya hati. Fikir-fikirkanlah.....

Saat Jais
www.treat-cure.com
http://saatjais.wordpress.com

Anonymous said...

Oooo si stat bodo natang berok

Bila Kak Su Bersuara... Heh!