Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, March 3, 2014

RAMAI ORANG KEDAH YANG GAJI KECIL LUPA PERKARA NI...

Cuba kira...
Tak ramai yang tahu pasal perkara ni. Mungkin kita terlupa. Tapi baru-baru ni Timbalan Menteri Sumber Manusia ada cakap pasal perkara yang membabitkan kita yang bergaji kecil di Kedah ni...pasal GAJI MINIMUM RM900 sebulan!

Kalau diikutkan, gaji minimum ni patut start last year. Tapi Kerajaan beri peluang kat tauke-tauke syarikat ni buat kiraan semula kos kewangan syarikat masing-masing dan operasi depa. Setahun depa diberi masa untuk selaraskan gaji minimum pekerja...

Tepat pada 1 Januari (bulan lepas) maka dengan rasminya tiada lagi tolak ansur. Gaji minimum RM900 perlu dipatuhi setiap majikan di Malaysia. Maksudnya, kita kat Kedah ni yang gaji bawah RM900 patut dah dapat kenaikan gaji ler...! 



Saya nak tanya... ada tak sesiapa yang masih lagi gaji RM400 - RM899 sebulan di Kedah sekarang? Gaji bulan Januari dan Februari baru-baru ni dah dapat kenaikan ke? Belum? Kalau belum, sila tanya majikan masing-masing dengan segera...

Kalau majikan kata depa tak dapat berikan kenaikan gaji, maka kita boleh laporkan pada pejabat buruh. Tak payah adu melalui union pun takpe.. pergi je terus ke Jabatan Sumber Manusia, bawa slip gaji dan laporkan... kalau ada penyata KWSP lagi baik.. check sekali.. majikan ada carum tak untuk kita?

Setahu saya di Kedah ni memang menyedihkan. Di kilang-kilang kecil, di kedai-kedai, di supermarket, minimarket dan syarikat-syarikat kecil masih lagi yang gajinya dibawah "par". Maksudnya, masih ada lagi yang gajinya dibawah RM850...

Saya masih ingat lagi seorang rakan yang gajinya hanya RM450 sebulan. Dia mengharapkan OT setiap hari.. tu pun gajinya hanya mampu mencecah RM800-RM900 sebulan. Lepas potong KWSP, junam balik pendapatannya... 

Masih ada lagi pengawal-pengawal keselamatan yang gaji basicnya hanya RM450.. depa dipaksa bekerja selama 12 jam sehari, 6 hari seminggu dan lepas campur tolak OT, dapatlah lebih kurang RM1000...berbeza sangat dengan pengawal keselamatan warga asing yang dibayar lebih RM1,000 sebulan gaji basic!

Jadi, saya harap pihak kerajaan pantau la syarikat-syarikat dan majikan-majikan ni semua. Senang sangat nak pantau sebenarnya... boleh check di KWSP.. caruman majikan dan pekerja boleh disemak dan kita boleh dapat agak jumlah gaji bulanan depa tu... 
Sebanyak 100 majikan di seluruh negara bakal dikenakan tindakan tegas jika didapati masih gagal mematuhi pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata pihaknya menerima kira-kira 600 aduan dari pekerja sejak ia dikuatkuasakan 1 Jan 2014.

“Setakat ini kita telah bagi amaran kepada majikan yang terlibat, jika selepas ini mereka masih gagal menjalankan tanggungjawab di bawah perintah tersebut, majikan bakal berdepan tindakan tegas dari kementerian,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya Azam Kerja 1Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas Khas Negeri, Datuk Norul Azali Sulaiman; dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Saripuddin Kasim.

Mengikut Seksyen 43 Akta Majlis Perundangan Gaji Negara 2011, mana-mana majikan yang disabit kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun.

Ismail berkata, semakan semula kadar gaji minimum itu akan dilakukan oleh kerajaan pada 2015.

Dalam pada itu beliau menyeru golongan lepasan ijazah dan penganggur merebut 1,800 peluang pekerjaan yang disediakan kira-kira 30 majikan yang menyertai karnival berkenaan.

Katanya, ada di antara majikan yang menyertai karnival itu menawarkan gaji minimum di antara RM1,000 hingga RM2,500 sebulan, mengikut kelayakan seseorang. – BERNAMA

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!