Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, March 20, 2014

#PRAYFORMH370: CAKAP TUN M PUN TIDAK DIPEDULIKAN LAGI..?

"Media asing memang apa kita buat semua tak kena, kalau kita layan mereka baik sekalipun, mereka tidak berterima kasih.
"Biarlah apa mereka cakap, yang penting kita tahu apa kita buat dan dakwaan mereka tidak betul sama sekali,"


"Kita tidak tahu apa perkara sebenar, juruterbang MH370 pun kita tidak kenal. Saya sendiri tidak boleh cakap sebarangan melainkan ada bukti jelas dan kukuh,

'Jangan buat spekulasi, kasihanlah pada orang juga, keluarga yang menderita dan anda akan memburukkan lagi keadaan yang mereka hadapi,"
Semua yang diatas adalah kenyataan terkini Tun M tentang insiden MH370. Tun M sebut pasal "media asing" dan "jangan buat spekulasi"....

Apa yang saya tahu, Tun M ni banyak peminatnya. Jangankan orang UMNO atau BN, penyokong dan ahli parti pembangkang pun sanjung tinggi mantan PM ni... beliau memang dihormati kawan dan lawan di seluruh dunia...

Cuma...



Saya tertanya-tanya... faham ke apa yang dikatakan Tun M tu? Ada orang dengar kata Tun M tu? Sebagai individu paling berpengalaman mengetuai kerajaan negara kita, saya yakin beliau kaya dengan pengalaman berhadapan media asing dan insiden yang menarik perhatian dunia...

Tun M kata, media asing ni memang suka burukkan Kerajaan Malaysia. Ya, saya setuju. Mungkin menyedari sikap jijik depa maka ada beberapa media asing yang menggigil bila nak tanya soalan pada Tun M di sidang akhbar. 

Memang depa takut nak tanya soalan kat Tun M.. itu fakta.. Takut kerana salah, kan? Jadi, tepat la apa yang Tun M kata tu...

Persoalannya, mengapa ada di kalangan orang kita (UMNO/BN) yang masih lagi rujuk berita dari media asing sedangkan sepatutnya kita rujuk pada sumber rasmi berkenaan MH370? Kononnya depa dengar kata Tun M... betul ke depa dengar kalau macam tu sikap depa?

Tun M kata, jangan sebar spekulasi. Tapi saya tengok penyokong UMNO/BN pun sebok sebarkan spekulasi jugak, kan? Tak payah la tuding jari kat pembangkang, perangai depa memang begitu pun... huduhhhhh...! Tapi takkan la kita ada pemikiran macam depa?

Kita kata kita dengar kata Tun M. Tapi kita sebarkan jugak spekulasi. Betul ke tindakan kita tu? Entah la... fikir-fikirkan sendiri... jangan tuding jari kat orang...kita muhasabah la diri...kan? kan? kan? 
Tun Dr Mahathir Mohamad meminta pihak luar menghormati serta memberi ruang kepada Malaysia dalam menguruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.
Bekas perdana menteri itu berkata pihak luar khususnya media asing sentiasa mencari kesalahan pihak berkuasa yang bertanggungjawab menguruskan operasi SAR yang kini memasuki hari ke 12.

"Media asing memang apa kita buat semua tak kena, kalau kita layan mereka baik sekalipun, mereka tidak berterima kasih.

"Biarlah apa mereka cakap, yang penting kita tahu apa kita buat dan dakwaan mereka tidak betul sama sekali," katanya kepada pemberita selepas memberi ucaptama pada Minggu Kepimpinan Universiti Antarabangsa UNITAR 2014 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kononnya kerajaan Malaysia lambat melaporkan sebarang perkembangan mengenai usaha operasi SAR serta menyembunyikan fakta misteri kehilangan pesawat berkenaan.

Pesawat B777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum hilang daripada radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada tengah malam sebelumnya.

Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Ditanya mengenai pelbagai spekulasi dibuat masyarakat dari dalam dan luar negara serta beberapa dakwaan media, kerajaan cuba menyembunyikan maklumat yang ada, Dr Mahathir berkata: "Jangan buat spekulasi".

"Kita tidak tahu apa perkara sebenar, juruterbang MH370 pun kita tidak kenal. Saya sendiri tidak boleh cakap sebarangan melainkan ada bukti jelas dan kukuh," katanya.

Tambahnya, sebarang perbuatan spekulasi perlu dihentikan segera dan menasihati orang ramai agar menunggu berita rasmi dan sahih sahaja kerana spekulasi hanya akan mengeruhkan keadaan selain menjejaskan operasi SAR.

"Jangan buat spekulasi, kasihanlah pada orang juga, keluarga yang menderita dan anda akan memburukkan lagi keadaan yang mereka hadapi," katanya.

Setakat ini, 26 negara terlibat dalam operasi SAR pesawat MH370 itu dengan menggerakkan aset masing-masing menjejaki pesawat berkenaan di kawasan lautan luas meliputi 2.24 juta batu nautika persegi. - Bernama

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!