Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, March 19, 2014

PERUTUSAN KHAS DARI ADMIN...

Memang saya takde mood nak menulis 2-3 hari ni. Mungkin sebab tu saya tak update blog beberapa hari ni. Maaf la yer... saya tak boleh paksa diri kalau takde mood nak menulis...

Lagipun, saya menulis secara sukarela di blog ni. Takde sesiapa pun yang bayar saya untuk menulis di blog picisan ni. Saya bukan penulis hebat... menulis sekadar mengutarakan pandangan saya yang tak seberapa ni...blogger tahap kampung jer...

Saya sebenarnya ada try menulis jugak. Tapi lepas 2 perenggan, saya delete. Baru satu dua ayat, saya padam. Takde feel nak menulis. Idea ada la sikit-sikit...tapi entah la... mood tak sampai...


Penulisan blog ni bukannya boleh dipaksa-paksa. It comes naturally. Kalau dipaksa atau disuruh, maka penulisan tu akan jadi macam "taik". Saya tak mahu dilabel "syok sendiri" dalam dunia blogosphere ni... 

Saya berprinsip dalam bidang penulisan blog. Dari hari ke hari, saya menekankan kualiti berblog. Saya menolak fitnah, termasuk "black ops" macam Red Bean Army dok buat tu. Walaupun saya blogger "anonymous", saya perlu jaga etika penulisan saya supaya terus berkreadibiliti dan adil...

Berbalik pada "saya tak update blog" 2-3 hari ni, saya just nak beritahu...saya letih! Letih kerja satu hal, letih fikir satu hal... Tapi bila fikirkan letih, "perjuangan tak kenal erti letih", ye tak?

Beri la saya sedikit tempoh "bertenang". Tengah kumpul kekuatan balik. "Poket" pun kena jaga. Rezeki untuk keluarga perlu dicari. Biar sikit, asalkan halal... Syukurlah dengan apa yang saya terima... 

Kaya? Ada kawan-kawan kata saya jadi kaya bila Kedah berjaya dirampas BN. Kononnya saya dapat imbuhan lumayan. Hahahahahaaa.. ketawa besar saya dengar. Kaya ke? Roti kaya ke pulut sekaya? Kereta besar, rumah besar... lubang hidung pun besar???

Saya tetap macam dulu. Kereta tetap kecil. Rumah sama kecil macam dulu. Pintu pagar pun masih yang asal macam mula-mula beli rumah dulu, tak tukar pintu pagar harga puluh-puluh ribu macam "bekas orang kana MB" di Sik tu... heh! 

Saya tetap macam dulu... syukurlah...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!