Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, March 3, 2014

PEPAGI LAGI KHALID CUBA BUAT ANWAR MARAH..??!!!

Nampaknya PKR macam diperbodohkan Khalid Berahim. Menteri Besar Selangor tu kata, dia tak maklumkan pasal MoU penstrukturan air di Selangor pada PKR sebab kononnya undang-undang tak benarkan dia buat begitu...

Sebelum ni memang ramai pemimpin PKR bising pasal Khalid tak beritahu apa-apa kat depa pasal MoU tu, termasuk Anwar Berahim, selaku "boss Khalid" merangkap "punahsihat" ekonomi Selangor...

Korang rasa macamana? Logik tak alasan yang Khalid berikan tu? Kononnya dia tak leh bagitahu kepimpinan PKR sebab undang-undang tak benarkan..kononnya pengambil alihan syarikat tersenarai di Bursa Saham tak boleh diberitahu pada "umum"...Anwar dan PKR boleh terima ke alasan tu


Okaylah.. saya cuba letakkan diri sebagai "penasihat ekonomi" Kerajaan Negeri Selangor. MB nak beli 4 syarikat konsesi air yang melibatkan lebih RM9 bilion dan dapat suntikan dana dari Kerajaan BN Pusat sebanyak RM2 bilion...

Transaksi tu melibatkan duit yang banyak dan pelaburan Kerajaan Negeri bagi jangkamasa panjang yang juga melibatkan pengurusan kewangan yang memang tinggi nilainya. Saya nak tanya, apakah "penasihat ekonomi" tak patut diberitahu langsung tentang urusniaga tu?

Saya nak tanya Khalid.. kalau PKNS nak beli Guthrie, apakah Ketua Pengarahnya tak payah nak beritahu Khalid selaku Pengerusi PKNK disebabkan "kekangan undang-undang" yang dikatakan Khalid tu? 

Contoh terbaik...apahal masa Khalid nak beli Talam Corp dulu dia kecoh sampai satu dunia tahu? PKR tahu, PAS tahu, DAP pun tahu...malah UMNO pun tahu! Tapi berbeza dengan 4 syarikat konsesi dan penstrukturan air tu, Khalid tak mahu beritahu pulak? 

Apa sebab Khalid tak mau beritahu? Ada udang di sebalik mee udang? Di sebalik mee udang selalunya ada udang besar! Tak payah sembunyi pun orang tahu la Khalid...heh! Lid... hang gaduh dengan Anwar dan Azmin, kan? Alaaa... itu pun nak sembunyi, ke? Sebab tu tak beritahu, kan?
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakannya tidak memaklumkan Perjanjian Persefahaman (MoU) kerajaan negeri itu dengan kerajaan pusat berkaitan penstrukturan semula industri air di Selangor kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah disebabkan terikat dengan undang-undang.

Beliau berkata peruntukan undang-undang melarangnya membuat kenyataan
berhubung perkara itu, dan jika perlu, hendaklah dilakukan secara tertib bagi
mengelak syarikat yang mengendali air di Selangor, terjejas di pasaran saham.


“Syarikat yang mengendalikan air di Selangor tersenarai di pasaran saham dan tidak boleh dibincang secara terbuka kepada umum,” katanya kepada pemberita
selepas majlis menandatangani MoU dengan kerajaan negeri Kelantan hari ini.


Abdul Khalid diminta mengulas dakwaan pemimpin PKR bahawa beliau tidak
memaklumkan perkara itu terlebih dahulu sebelum memeterai MoU dengan kerajaan
pusat berhubung penstrukturan semula industri air di Selangor.


Pada 26 Feb lepas, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor menandatangani
MoU untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang berlanjutan sejak
2008.


MoU antara Kelantan dan Selangor ialah bagi kerjasama kepakaran membabitkan
tujuh perkara iaitu Pendidikan, sistem gadaian Islam Ar Rahn, Pusat Makanan
Halal, Perundangan, Pembangunan Siber, Pemasaran Produk dan Air.


Kelantan diwakili Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob manakala Selangor oleh
Abdul Khalid.– BERNAMA

1 comment:

usin said...

itu la pasal, jangan ingat khalid ni bodoh dan lembab. dia saja tunjuk stail 'slow' supaya org tak tahu dia jenis oportunis. mana ada peluang dia baham. sebelum anwar/azmin baham dia, baik dia 'ngap' dulu. baru padan muka...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!