Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, March 19, 2014

PBS: ADA CIKGU YANG TAK PUAS HATI LAGI?

Amacam cikgu-cikgu semua? Puas hati ke? Dah takde sistem online. Semuanya offline. So, dah takde alasan lagi "line congested", database lembab dan sebagainya. PBS dah dirombak dan diperbaiki hampir 70%-80% tak menyusahkan cikgu-cikgu semua...

Lagipun, semua wakil-wakil kesatuan guru dah berpuas hati, termasuk NUTP. Bila dah puas hati begitu, nampaknya tak mau la dengar banyak bunyi lagi, kan?

Cuma....



Mungkin lepas ni cikgu-cikgu kita akan nampak beberapa kelemahan lain yang berbangkit. Tapi saya yakin, kelemahan minor saja, tak besar pun masalah tu. Jadi jangan la ngada-ngada nak besarkan masalah kecil..

Lagipun, langkah memperbaiki sistem PBS ni membuktikan Kerajaan dengar suara hati cikgu-cikgu semua. Dan saya yakin, guru-guru pro Pakatan Haram dah takde modal nak buruk-burukkan Kerajaan BN lagi, kan?

Kalau ada lagi cikgu-cikgu Pakatan Haram yang nak bunyi, itu maknanya depa ada agenda politik la kot... Sikit punya hal pun nak kecoh. Kereta dia kena calar pun dia nak salahkan Kerajaan. Agak-agak la cikgu... 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Selasa berkata Kementerian Pendidikan mengambil kira bebanan guru dalam pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). 

Beliau berkata penambahbaikan itu yang akan dilaksanakan 1 April ini antara lain mengambil kira bahawa para guru tidak perlu lagi memasukkan data maklumat pencapaian murid secara dalam talian ke dalam sistem PBS seperti sebelum ini.

“Yang menjadi beban dahulu dikatakan kerana segala data-data yang penting, termasuk eviden dan deskriptor, perlu dimasukkan dalam data berpusat menerusi sistem online.

“Sekarang ini tidak perlu lagi. Bermakna maklumat itu yang memang sudah sedia ada pada guru-guru, disimpan oleh guru dalam sistem offline…ini semua ikut masa, keadaan dan kesesuaian guru. Jadi ini saya fikir akan meringankan dan mengurangkan kira-kira 70 hingga 80 peratus beban yang dikatakan ditanggung guru sekarang,” katanya.

Muhyiddin yang juga menteri pendidikan berkata kementerian akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaan PBS kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.

Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran dan oleh itu kementerian akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kata Muhyiddin pada sidang media di sini.

Sidang media itu turut dihadiri penggiat utama sistem pendidikan negara seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen.

PBS adalah transformasi daripada fokus peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik namun sejak tahun lepas, guru mendakwa kerja-kerja memasukkan data ke dalam talian itu membebankan mereka, tambahan pula dengan sistem komputer yang sering tergendala.

Jemaah Menteri pada 17 Dis 2010 bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan dengan pelaksanaan di sekoleh rendah pada 2011 dan sekolah menengah pada 2012.

Bagaimanapun pada 11 Feb tahun ini kementerian membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.

Muhyiddin menjelaskan bahawa, rekod secara offline itu meliputi penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid, Fail Perkembangan Murid (FPM), Rekod Transit dan perekodan murid melalui Sistem Pengurusan PBS.

Beliau menarik perhatian semua catatan itu menggambarkan perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa.

“Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah,” katanya.
BERNAMA
P/s: kalau tak puas hati jugak, berenti je la jadi cikgu macam cikgu Mala tu.. jadi ahli politik. Ramai lagi nak apply jadi cikgu tu... heh!

1 comment:

Anonymous said...

yang mengajar di sekolah adalah cikgu2....yang melaksanakan berbagai sistem di sekolah adalah cikgu2...yang kena hentam jika keputusan peperiksaan merosot pun cikgu2 juga...golongan bukan cikgu memang senang bagi komen...PBS hanya sebahagian drpd banyak lagi sistem data online yg perlu dibuat oleh cikgu2 di sekolah...andaikan anda seorang cikgu, yg mengajar di sekolah pedalaman...dgn kemudahan yg kurang tapi kena siapkan juga pelbagai tugasan online yg diarahkan...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!