Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, March 12, 2014

#MH370: TERKINI 82 KAPAL & PESAWAT, 12 BUAH NEGARA LUAR

Cuba perhatikan gambar di atas. Kalau dicampur dengan Perancis yang on the way hantar bantuan misi SAR pesawat MH370, maksudnya sudah genap 12 negara luar turun membantu. Paling menarik, Malaysia ketuai misi mencari dan menyelamat MH370 tu...

Kalau dirujuk pada poster kat atas, semuanya ada 74 buah kapal dan pesawat udara yang terlibat dalam usaha mencari MH370 ni. Tapi update terkini menunjukkan semuanya dah berjumlah 82 buah kapal dan pesawat setelah ditambah bilangannya di hari ke-4, semalam.

Betul, kalau hanya berdoa saja, tapi tak berusaha sedaya upaya cari MH370 tu, sampai kiamat pun payah nak jumpa kecuali Allah SWT izinkan. Dan sebab tu Allah SWT suruh kita berusaha dan berdoa padaNya dalam apa jua masalah yang kita hadapi...



Jadi, saya mintak sama-sama la kit teruskan usaha ke arah yang lebih positif dalam usaha mencari MH370 ni. Mana yang tak mampu turun padang bantu, kita boleh berdoa dan beri sokongan moral dari jauh...

Mana-mana nelayan yang turun memukat di laut tu tengok-tengok la sama..mana la tahu terjumpa sesuatu yang penting, kan?

Sesiapa yang pakar dan berpengalaman tu, tak payah la tunggu jemputan karpet merah untuk membantu beri pandangan. Pergi saja ke KLIA tu kalau betul niat nak bantu... 

Dan hentikan la spekulasi pasal MH370 tu. Tak payah la kusutkan keadaan. Orang dok sebok "rungkai benang yang terbelit", depa sebok pulak "kusutkan lagi benang tu".. ada patut ke?

Satu dunia turun bantu kita cari MH370. Maksudnya, dunia memang respect habis pada Malaysia dan terbukti negara kita memang dihargai serta punya hubungan baik dengan negara luar. Jadi, sebagai warganegara yang baik, kita perlu tunai apa yang kita mampu bantu dalam insiden ni..kan?

Amacam? Setuju? Orang luar sebok bantu, kita pulak yang macam-macam, komplen itu dan ini... bantu tak nak...asyik nak kondem jer? Patut ke Leman weiii..???

5 comments:

Anonymous said...

Elok kalau dihantar leman cari kapal terbang tu....dia ingat laut besau padang bola ke...

AwangLiku said...

Buat baik berpada - pada Buat jahat jangan sekali..

Anonymous said...

setuju..sesama berdoa

Anonymous said...

Setuju.doa bersama.sama...:)

Anonymous said...

kita sememangnya menghargai jasa2 dan usaha negara2 luar untuk membantu dan bekerjasama mencari MH370..Tp dalam masa yg sama kita perlu berhati2..didalam situasi yg genting sebegini,jgan kita terlepas pandang dan perlu berhati2 dengan negara2 luar yg datang keMalaysia..sy tertarik dengan MHI hari ini 14 March..dimana jemputan (tak ingat sape nama)dia mengatakan tidak mustahil 13 negara yg sedang membantu kita ini tidak akan menjadi musuh kita suatu hari nanti (mintak2 tkdela),ini kerana kita sudah berkongsi data (adela sikit,mereka tahu pertahanan kita macamna,laut kita mcamana,dan mungkin mereka tahu serba serbi mengenai ketenteraan kita..mmg kita akui Malaysia antara negara yang hebat dari segi pertahanan..tp kita kena berhati2..bukan untuk kita,tapi demi anak cucu kita..lg2 AS tu ha..risau sy..sudah terbukti apa yg telah mereka lakukan pada negara2 Islam yang lain..jdi sama2 kita berdoa..doa senjata org mukmin..wasalam

Bila Kak Su Bersuara... Heh!