Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, March 14, 2014

#MH370: SIKAP YANG BUAT BUKAN ISLAM MENYAMPAH PADA KITA.. MEMALUKAN..!

Saya berpendapat, inilah di antara sebab mengapa golongan bukan Islam sering pandang serong pada umat Islam kat Malaysia n. Ada segelintir dari kita ni yang asyik "main tuduh" je sesuka hati...

Yang menuduh tu rasa diri macam bijak, kononnya dia betul, dan kononnya dia seolah-olah dia "tahu semua"nya. Masalahnya, orang yang perfect macam tu tak wujud dalam dunia ni melainkan Rasulullah SAW.. 

Kat bawah ni ada contoh terbaik yang didedahkan media tentang perangai segelintir umat Islam yang saya kira mampu buat golongan bukan Islam menyampah kat kita. Cuba tengok perangai orang kita kat bawah... saya minta maaf..tak semua orang Islam begitu..segelintir saja...


Ada segelintir masyarakat kita ini kadang-kala terlalu fanatik pasal agama sehingga memalukan agama kita sendiri.

Lihat printscreen di atas, tanpa usul periksa, tanpa tahu hujung pangkal, main hujah kepada anak gadis salah seorang anak kapal MH370 untuk pakai tudung sedangkan dia bukan seorang yang beragama Islam.

Cara menegur punyalah kasar… siap nak buat si gadis itu rasa bersalah yang bapak dia tanggung dosa pasal dia tak tutup aurat… tanpa ambik tahu dulu dia muslim atau tidak. Dah dua silap kat situ… satu bahasa yang pada penulis adalah kasar, keduanya tidak melakukan sebarang usul periksa dahulu apa agamanya.

Sangat biadap dan memalukan sikap pemilik akuan twitter yang membuat teguran itu.

Faham tak wahai bahalol yang menegur… dah la dia mesti tengah runsing dan sedih dengan kehilangan bapanya… kau zahirkan kebodohan kau dengan tetiba bagi ceramah salah saluran.

Terpaksa guna istilah bahalol supaya yang guna akaun @xxAZRIxx sedar dari kebodohan dan lain kali tak perlu fanatik sangat.


mynewshub
Nanti orang kata Islam ni agama yang main sondol aje tanpa menghormati perasaan dan situasi orang lain berada.

Jangan nak cerita niat kau baiklah bila kau tanpa usul periksa siap bagitahu dosa Gorgxous ditanggung bapanya…pandai-pandai terus jatuh hukum.

Tolonglah jangan fanatik sangat… tolong la ok… lain kali usul periksa betul-betul sebelum buat teguran. -Mynewshub.my

1 comment:

Anonymous said...

Bukan segelintir....ramai yang macam tu.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!