Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, March 13, 2014

#MH370: SHAM KAMIKAZE BURUK SANGKA PADA JAKIM..?

Sham Kamikaze kata, JAKIM hanya keluarkan fatwa menganggap bomoh-bomoh yang menjalankan upacara ritual di KLIA untuk cari pesawat MH370 sebagai melanggar hukum syarak, tapi tak berani mengambil tindakan terhadap depa...

Kalau difikirkan secara tanpa usul periksa, maka mungkin ramai yang setuju dengan kata-kata pemuzik yang dah jadi aktivis PAS tu... Betul la.. JAKIM should take action against the bomohs.. Tapi dah gubal akta ke belum?

Tapi kalau diselidik, dah tentu ramai yang akan kata Sham Kamikaze tersilap dan seolah-olah memfitnah JAKIM dan agensi agama Islam di Selangor. Cuba baca cerita di bawah...



Jais pantau kegiatan bomoh lakukan ritual di KLIA

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan meletakkan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengelakkan bomoh melakukan ritual untuk mengesan kehilangan pesawat penerbangan MH370 sejak Sabtu lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jais, Hardi Mohd Sadali, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan anggota keselamatan di KLIA bagi memantau kegiatan itu daripada terus berulang.

Katanya, pemantauan itu akan dilakukan secara berterusan di lapangan terbang itu.

Sepasukan 15 pegawai dan anggota Jais melakukan pemantauan di Anjung Tinjau, KLIA selepas mendapat maklumat seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, 80, akan melakukan ritual kali kedua, malam ini.

Pasukan penguatkuasa Jais yang tiba kira-kira 9.20 malam, dilihat menunggu kehadiran Ibrahim di Anjung Tinjau sebelum dilihat meninggalkan tempat itu pada jam 10.15 malam.

Tengah hari tadi, Ibrahim yang mendakwa dirinya sebagai "Raja Bomoh", melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' bagi mengesan pesawat penerbangan MH370 yang disertai beberapa lelaki yang memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya.

Pada Isnin lalu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.
Hardi berkata, jika Ibrahim terus melakukan ritual itu di KLIA, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadapnya mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

"Kita akan nasihat beliau supaya tidak melakukan ritual seperti yang dilakukan sebelum  ini. Jika dia (Ibrahim) masih berdegil, kita akan ambil tindakan," katanya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini turut menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari pesawat penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama, 12 Mac, 2014

3 comments:

Anonymous said...

Cerita-cerita dan wawancara tentang bomoh dan hantu/jin ni...terlalu banyak dalam TV.Dah banyak orang yang yakin dan percaya ...tolonglah penerbit TV dan filem jangan terlalu membuat publisiti yang terlajak...rosak akidah rakyat dan umat islam.

Anonymous said...

Banyak perkara dan perbuatan yang dianggap salah tak diambil tindakan tapi jangan tuduh aje. Jangan jadi macam PAS bising aje tapi kosong, kena pula geng dia lagi senyap.

Mr Un Know said...

dah skang ni agama politik... mu terima je la booooooooh...
tapi aku suka insiden ni...(bukan suka mh370 hilang..yg aku nmpak hikmah disebalik)
hikmah yg aku nmpak
bila bab bomoh...puak2 umno&pkr&pas bersatu.. x sokong bomoh... walau berbeza parti.. tetapi agama tetap satu...(gua nangis bro)..

YANG NAMPAK LEMAH... JAMIL KHIR.. "bukan PAS/BN/PKR"....
hanya dia sahaja yg perlu jawab isu ni secara jelas dan nyata..

-----persoalan anak kampung yg buat rumusan kat kedai kopi(wak loro).---

Bila Kak Su Bersuara... Heh!