Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, March 11, 2014

#MH370: PUISI INDAH BUAT MH370, PENUMPANG & KREW YANG HILANG....

DI MANA KAMU MH370

Wahai MH370
Siang bertukar menjadi malam,
Malam sudah bertukar menjadi siang,
Beratus-ratus tentera dikerahkan,peralatan terhebat digunakan,
Tetapi sehingga ke hari ini tiada hasil,
DI MANAKAH KAMU WAHAI MH370….

Wahai MH370
Di sini kami semua menantimu,
Tidak kira bangsa,
Tidak kira pegangan agama,
Mahupon politik,
Kami semua bersatu padu,bekerjasama,dan saling mendoakan,
Semua nya itu kerana mahukan kamu kembali..


Wahai MH370
Sehebat dan secanggih mana pun kamu,
Sehebat mana pun jurumudi kamu,
JIka ALLAH dah berkata,KUNFAYAKUN (JADILAH,MAKA JADILAH IA),
Tiada benda yang boleh menghalangnya,
Perancangan ALLAH mengatasi segala kehebatan manusia..

Wahai MH370
Muncullah kamu,
Di sini kami merindukanmu,
Di sini kami menantikanmu,
Tidak kira selamat atau tidak,
Kami semua akan menerimanya dengan redha..

Wahai MH370
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,
Sesungguhnya di langit dan di bumi ini milikmu,
Semua ini berlaku kerana kehendakmu,
Kami mohon kasih sayangMU YA ALLAH,
Lindungilah mereka semua YA ALLAH..

Wahai MH370
YA ALLAH YA RABBI,Tunjukkanlah kekuasaanmu dan kehebatanmu,
Agar semua terhenti, Agar semua bisa memahami,
YA ALLAH YA RAHMAN,
Kami merancang Engkau juga merancang,
Kami sudah lakukan yang terbaik mungkin,
Namun Engkau jauh lebih baik dari kami..

Wahai MH370
Di sini pelbagai pihak ,bermacam2 bantuan datang semata-mata untuk mencari mu
bersekang mata berhari-hari,
berpenat lelah,bertungkus lumus,
Dan terlalu banyak air mata yang telah mengalir kerana untuk mencari mu,
KEMBALILAH kepada kami..

Wahai MH370
YA ALLAH Hanya ENgkau yang MAHA BERKUASA,
Bantulah kami YA ALLAH,
Jika ia masih di Langit Engkau turunkanlah ia,
Jika ia di dasar lautan Engkau timbulkanlah ia,
Jika ia di daratan Engkau buka kanlah mata kami,
Bantu kami YA ALLAH,
Tanpa bantuanMu,kami hilang arah untuk mencarinya,
Bantulah kami YA ALLAH.

Wahai MH370
Kawan-kawanku, dan kepada semua,
Hentikanlah berita-berita yang tidak benar, kerana ia akan lebih menyakitkan dan menyedihkan hati keluarga mangsa..
Seharusnya kita berdoa,berdoa dan terus berdoa,
Hanya itu sahaja yang mampu kita lakukan,
Jangan cepat mengalah dan jangan cepat menyerah…

#PrayForMH370
#pray4MH370
*ikhlas dari syaza (-Fan Mynewshub.my)

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!