Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, March 15, 2014

#MH370: PERKEMBANGAN TERKINI HARI KE-7

Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang berita mengenai misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, di Sepang, Selangor hari ini.

“Kini masuk hari ketujuh misi mencari MH370. Pada masa ini, terdapat 57 kapal dan 48 pesawat terbabit dalam misi mencari. Sebanyak 13 negara terbabit.

“Keutamaan kami adalah untuk mencari pesawat ini. Kami menggerakkan usaha mencari berdasarkan semua petunjuk, dan kami terus bekerjasama rapat dengan rakan-rakan antarabangsa kami.

“Kami bersyukur dengan bantuan diberikan rakan-rakan dan jiran-jiran, yang terus membantu kami dengan berkongsi data dan sumber mereka dalam usaha kami mencari MH370.

“Saya bercakap mewakili rakyat Malaysia apabila saya berkata kami setulus hati turut berdoa bersama-sama keluarga dan rakan kepada mereka yang berada dalam pesawat itu”.

Maklumat baharu

“Terdapat banyak spekulasi dalam media hari ini selepas ulasan daripada pegawai AS yang tidak dinamakan mencadangkan pesawat itu mungkin telah terbang untuk tempoh tertentu sebelum terputus hubungan.

“Mengikut prosedur standard, pasukan penyiasat tidak akan mengeluarkan maklumat kepada umum sehingga ia disahkan dan diperakui oleh pihak berkuasa relevan. Kami juga tidak mahu dilibatkan dengan laporan kenyataan pegawai tidak dinamakan itu kepada media.

“Sejak Ahad, kami telah bekerjasama rapat dengan rakan-rakan antarabangsa kami, termasuk pasukan AS, yang pegawai mereka telah berada di sini di Kuala Lumpur.

“Sejak Rabu, pasukan penyiasat Malaysia telah berkongsi lebih banyak maklumat terperinci, sebaik sahaja menerima maklumat itu, untuk pengesahan.

“Pasukan antarabangsa kini sedang berusaha mengesahkan maklumat terperinci itu, tetapi ketika ini tiada apa-apa untuk kami sahkan.


Memperluas Penyiasatan

“Pesawat ini masih hilang, dan kawasan pencarian diperluaskan. Dua hari lepas, kawasan pencarian diperluaskan untuk memasukkan Laut Andaman.

“Bersama-sama dengan rakan-rakan antarabangsa kami, kami kini bergerak lebih jauh ke timur kawasan Laut China Selatan, dan lebih jauh di Lautan Hindi.

“Tiada apa yang lebih kami harapkan selain daripada menemui pesawat ini dengan secepat mungkin. Tetapi keadaan telah memaksa kami untuk memperluaskan kawasan pencarian kami.

“Satu penyiasatan biasa menjadi semakin mengecil mengikut masa, dengan fokus pencarian dibuat berdasarkan maklumat baharu. Tetapi ini bukan penyiasatan biasa. Dalam kes ini, maklumat yang kami ada memaksa kami untuk mencari ke kawasan yang lebih jauh.

“Data Enjin

“Semalam kami menyangkal laporan media yang memetik kenyataan pegawai yang tidak dinamakan bahawa data enjin menunjukkan pesawat itu terus terbang selama beberapa jam selepas membuat hubungan terakhir. Kami menghubungi Boeing dan Rolls Royce, yang menyatakan laporan itu tidak benar.

“Hari ini, Rolls Royce mengeluarkan kenyataan yang menyatakan, dan saya petik, ‘Rolls Royce akan terus memberikan bantuan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan Malaysia Airlines. Rolls Royce mengesahkan kenyataan dibuat pada Khamis 13 Mac oleh Menteri Pengangkutan Malaysia berhubung data pemantauan keadaan enjin yang diterima daripada pesawat itu”.

“Tompokan Minyak”

“Semalam, pihak berkuasa mengesan dua tompokan minyak di Laut China Selatan, 60
batu nautika selatan pada titik terakhir hubungan dengan MH370.

“Tompokan minyak yang pertama telah disiasat dan dianalisis dan didapati mengandungi minyak pesawat pada kadar amat kecil. Tiada serpihan ditemui di kawasan itu. Kami percaya tompokan minyak itu tiada kaitan dengan MH370.

“Sampel daripada tompokan minyak yang kedua juga telah disiasat dan dianalisis dan tidak mengandungi minyak pesawat.

“Kenyataan Rumusan”

“Pasukan penyiasat menggunakan semua petunjuk yang dapat membantu mengesan lokasi pesawat yang hilang itu. Apabila kami menerima maklumat baharu, dan sebaik sahaja ia disahkan, kami akan bertindak. Apabila terdapat sebarang kemungkinan, kami bertanggungjawab untuk menyiasatnya.

“Daripada awal krisis ini, kami telah bekerjasama dengan semua pihak berkuasa relevan, termasuk agensi antarabangsa, pakar dan syarikat pembuat pesawat.

“Kami mengadakan mesyuarat teknikal setiap hari dengan semua pemain utama.

Kami mematuhi protokol ditetapkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Antarabangsa. Kami sentiasa berhubung dengan negara-negara jiran kami. Dan kami mengalu-alukan semua tawaran bantuan antarabangsa. Kami komited kepada satu matlamat: mencari MH370.” — BERNAMA

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!