Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, March 15, 2014

#MH370: MEDIA KECOH JUMPA KOTAK TENGAH LAUT...

Saya terima panggilan telefon dari seorang rakan media semalam. Dia terkekeh-kekeh ketawa sambil memberitahu cerita tentang kawan-kawan lain yang terlibat buat liputan misi SAR MH370 di Kelantan semalam...

Menurut kawan saya tu, media memang teruja mula-mula tu... semangat lain macam. Diorang dari malam sebelumnya dah ready... kalau lepak pun, masing-masing cerita pasal persediaan nak turun ke laut nak bantu cari MH370...

Yang buat saya ketawa sama ialah...



Media diberikan teropong untuk meninjau keadaan di laut.. manalah tahu ada ternampak serpihan pesawat ke...kerusi kapal terbang ke apa ke yang boleh bantu misi SAR tu...

Tiba-tiba diorang kecoh! Ada media yang ternampak sesuatu! Sekali tengok macam rakit. Tengok sekali lagi macam jaket keselamatan pun ada...! Kecoh bebbb! 

Biasa laaa.. kalau kita cari sesuatu berhari-hari lamanya dan bila dapat petunjuk, dah tentu la excited semacam, kan? Media pulak tu...dah tentu la suka cerita scoop, eksklusif dan panas macam pisang goreng!

Tapi yang "potong"nya ialah bila diperiksa, benda tu hanyalah kotak terbuang. Adehhh... frust semacam la time tu... 

Apapun, saya ucap syabas pada rakan-rakan media kerana sama-sama turun membantu misi sambil buat liputan. Itu la kelebihan yang ada pada media, "sambil menyelam minum air", sambil bertugas, sempat lagi membantu apa yang boleh...syabas bro..!

Mana la tau kotak tu dari luggage cabin pesawat tu kan? Biasa la orang letak kotak kat check in luggage...
Kotak pun kotak laaaa... tak kisah la.. next time kalau betul nampak apa-apa lagi, boleh la beritahu anggota misi SAR... tak kira la betul ke tidak...asalkan ada "suspect", kita wajar beri perhatian. InsyaAllah, nanti jumpa la tu...

Cerita rakan saya tu disahkan oleh berita di bawah ni...

Ramai wartawan, jurugambar dan kru televisyen yang mengikut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjalankan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), dilaporkan mengalami mabuk laut.

Mengikut laporan akhbar The Malay Mail, seramai 13 anggota media telah dibawa menaiki bot menyusuri kira-kira 25 batu nautika lautan dari pantai Tok Bali, Kelantan semalam.

Bagaimanapun baru 10 minit ikut serta, beberapa anggota media mula berasa pening dan loya. Keadaan diburukkan lagi oleh gelombang kuat disebabkan air pasang.

Tidak lama kemudian, sebilangannya mulai muntah ke dalam beg plastik. Namun seorang jurugambar dikatakan terlalu lemah hingga termuntah ke atas pakaiannya sendiri.

Melihat keadaan ini, wakil APMM segera memindahkan pihak media ke atas dek kapal.

Juru cakap APMM turut memberi tip, salah satu cara anggota maritim mengelak mabuk laut adalah menyibukkan diri mereka di atas dek.

Sepanjang operasi yang memakan masa empat jam semalam, pihak media telah didedahkan tentang cara bagaimana operasi SAR dijalankan di lautan.

Antara yang ditunjukkan termasuklah penggunaan binokular bagi mengesan sebarang petanda berkaitan pesawat MH370.

Suasana dikatakan sempat kecoh seketika apabila salah seorang anggota media mendakwa ternampak objek menyerupai rakit atau jaket keselamatan namun selepas diperiksa, ia rupa-rupanya cuma kotak terbuang.

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!