Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, March 12, 2014

#MH370: KISAH ANAK GADIS PRAMUGARA MAS TERSENTUH SIFAT KEIBUAN TUN SITI HASMAH...

Rasanya satu Malaysia mengiktiraf Tun Siti Hasmah Mohd Ali yang begitu kaya dengan sifat keibuan yang tinggi. Meskipun suaminya bukan lagi Perdana Menteri, bonda Siti Hasmah begitu ramai peminat di negara kita sama ada generasi lama mahu pun generasi baru...

Baru-baru ni Tun Siti Hasmah ada melawat keluarga para penumpang dan krew pesawat MH370 di Everly Hotel, Putrajaya. Beliau bertemu dengan salah seorang anak perempuan pramugara pesawat tu, Andrew Nari.

Anak gadis yang dikenali dalam Facebook dengan nickname "Gorgxous" tu begitu tersentuh dengan kehadiran Tun Siti Hasmah... apa pula kisahnya? Ikuti ceritanya di bawah...


SEORANG remaja perempuan yang merupakan anak kepada seorang daripada 12 anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Andrew Nari hari ini menyuarakan kelegaan selepas bertemu dengan isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali semalam.

Remaja itu yang menggunakan tweethandle @Gorgxous_ memegang kata-kata nasihat dari Tun Dr Siti Hasmah yang mahu dia terus tabah dan menunggu khabar terkini berkenaan kehilangan pesawat MH370.

“Apabila Tun Dr Siti Hasmah memeluk saya, dia berkata “Kuatkan diri, dan teruskan berdoa, kenangkanlah saat gembira dalam kehidupan” beliau sungguh cantik,” katanya dalam tweetnya semalam.

Sebaik mengetahui kehilangan pesawat yang turut dinaiki bapanya Andrew yang bertugas, Gorgxous_ tidak henti-henti bertweet kata-kata rindu meminta bapanya agar segera pulang ke rumah ke pangkuannya.

Gadis itu adalah sebahagian daripada ahli keluarga daripada kesemua 239 penumpang MH370 yang juga menanti-nanti khabar berita terkini berkenaan di mana lokasi pesawat berkenaan.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya hadir di Hotel Everly, Putrajaya bertemu keluarga mangsa rakyat Malaysia yang ditempatkan di hotel itu sementara operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Apabila pesawat MH370 ditemui kelak, kesemua ahli keluarga penumpang difahamkan akan dibawa ke lokasi pesawat ditemui untuk proses seterusnya iaitu menyelamat. – MYNEWSHUB.MY

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!