Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, March 12, 2014

#MH370: HARAP MENTERI-MENTERI NI HATI-HATI BUAT KENYATAAN MEDIA DI KLIA TU...

Kita semua tahu seluruh dunia sekarang ni sedang menumpukan perhatian mereka ke Malaysia. All eyes memang tengah tengok Malaysia sekarang ni, bukan sebab PRK Kajang, tapi pasal insiden kehilangan pesawat MH370 yang masih "misteri"...

Sejak hari pertama MH370 dilaporkan hilang, memang ramai yang kelam kabut. Antaranya Dato' Seri Hishamuddin dan Dato' Seri Zahid Hamidi, sorang pegang jawatan Menteri Pengangkutan dan sorang lagi pegang KDN... 

Cuma...saya heran la jugak Pak-Pak Menteri kita ni..bila bercakap pasal MH370, diorang tak check dulu ke fakta ke...sedia dengan maklumat-maklumat ke... apa yang berkaitan pasal MH370 tu la... Maklum la.. kat depan tu bukannya ada media tempatan je.. media asing pun berlambak!


Kalau reputasi Pak-Pak Menteri tu macam Tun M, saya tak kisah la. Wartawan media asing nak tanya soalan kat Tun M pun mengeletar tangan pegang pen dan buku catatan... silap tanya, memang kena "makan dalam" la jawabnya...heh!

Hishamuddin misalnya sebelum ni entah penat ke, ngantuk sangat ke, ntah apa pasal, selamba je cakap 4 orang yang disyaki guna passport palsu. Ntah mana dia dapat maklumat tu pun saya tak tahu...

Tapi mujur la Ketua Pengarah DCA, MAS dan agensi terlibat cepat-cepat counter, betulkan balik fakta tu. 2 orang saja la bro... Mana angka 4 tu? Kalau betul mengantuk tak cukup tidur, balik la rumah tidur dan dapatkan rehat yang cukup... jangan malukan Kerajaan Malaysia depan media asing..

Zahid pulak, tiba-tiba saja "temper" kat pegawai imigresen yang check passport penumpang MH370 tu. Selamba dia "balun" kononnya pegawai imigresen tak mampu beza rupa "lelaki asia" dan "eropah". Lepas tu cakap pulak nak ambil tindakan sekiranya didapati cuai dalam tugas...

Lepas tu, mungkin Zahid termakan pulak kenyataan interpol yang kononnya pihak imigresen tak gunakan maklumat "Suspect List" (SL) dalam database interpol. Zahid persoal lagi pulak isu tu pada Jabatan Imigresen...

Pada saya, sepatutnya Zahid perlu pertahankan dulu Jabatan Imigresen. Jabatan tu bawah KDN, kan? Takkan nak malukan KDN depan media antarabangsa? Takkan nak low standardkan penguatkuasaan di Kementerian sendiri?

Semalam dah terbukti. Semua tu salah Interpol sendiri. Depa tak masukkan pun kedua passport lelaki tu dalam database depa. Maknanya, nombor passport tu tak masuk senarai SL pun.. habis tu macamana Jabatan Imigresen nak check? Kalau check pun dah tentu lepas...

Pasal Imigresen lepaskan passport palsu tu, mana-mana negara pun berlaku hal macam tu. US yang paling canggih tu pun ada kes macam tu jugak. Kat Jepun pun sama.. cuma Anwar je la yang "tak lepas" hari tu...kan? Heh!

Orang nak tiru passport ni.. kalau dah memang terer, maka depa boleh buat sebijik macam passport original. Memang payah nak trace. Lagipun, takkan la pegawai imigresen tu "buta" sangat kot tak reti beza lelaki asia dengan eropah...

So pada Dato' Seri Hisham dan Dato' Seri Zahid, saya harap Dato'-Dato' Seri check dulu fakta dan jaga nama baik Kerajaan serta Kementerian masing-masing.. Bukan apa Dato' Seri, satu dunia tengah tengok kita sekarang ni.. tersasul sikit dalam press conference pun boleh jadi isu wooo...heh! 


P/s: Sekadar teguran membina saja Dato'-Dato' Seri... jangan la marah saya... nanti saya belanja roti canai dan ayaq suam kalau mai Kedah...saya sebut pasai saya sayang la tuuu...heheheeee...

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum....
thorbaaaek bro.....

mmg wajar dimaki said...

tu ketua dca kata 5 org x boarding, beg pakaian dah dikeluarkan, tapi kpn kata semuanya boarding.

pening. diaorang takde duduk semeja berbincang dulu ke? buat malu je kena kutuk dalam dan luaq


dan suruh orh lain buat PC, ketua dca tu kelam kabut dan speaking x paham, takkan takde pegawai penerangan yg lebih pandai cakap

Anonymous said...

Kritik yg. PEDAS tapi MEMBINA - bagus sekali Duke!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

DS Hishamuddin tersalah fakta bukan masalah sangat..sbb mungkin juga beliau 'dibekalkan' dengan maklumat yang silap. Tetapi tindakan Zahid amat tidak patut dan memalukan diri sendiri. Tak payah lah nak tunjuk 'garang' pada Imigresen sedangkan agensi itu di bawah kementerian beliau. Orang kata..kalau nak marah anak, jangan depan orang ramai! Macam nak cover kelemahan diri jer..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!