Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, March 19, 2014

#MH370: CUNGKIL CERITA DARI PEGAWAI SKMM...

Baru-baru ni saya ada lepak dengan beberapa pegawai SKMM (MCMC la tuuuu). Diorang tak tahu saya seorang blogger. Saya baru kenal depa dan kami lepak minum bersama di sebuah kantin... ada la 2-3 orang pegawai...

Banyak jugak la yang saya cungkil dari depa. Ada yang boleh cerita, dan ada yang tak boleh cerita (agak sulit dan saya tak sure kesahihannya). Cuma ada beberapa perkara yang menarik pada pandangan saya... tu yang sembang lama dengan depa tuuuu...heh!

Yang menarik perhatian saya ialah...


SKMM ni rupanya tiap-tiap hari terima aduan dari pengguna internet. Setakat aduan kata boyfriend atau girlfriend nak sebar gambar bogel depa tu memang selalu SKMM dapat kes tu. Kebanyakkannya dari budak-budak sekolah yang aktif facebook... teruk betul budak-budak sekarang ni...

Saya ada dapat maklumat dari depa pasal fitnah dan beberapa perkara dari sudut perundangan. Depa kata, takde sapa yang kebal dalam perkara ni. Kalau fitnah dan ada kes, depa akan siasat sampai ke lubang cacing... 

So, pada sesiapa yang suka fitnah dan sebar maklumat tak betul tu berubah la yer... termasuk la pada sesiapa yang suka buat "black ops" macam Red Bean Army tu...Tak kira la pro-kerajaan atau pro-pembangkang, SKMM tak pilih bulu...bagus la gitu.. saya sokong 100%...

Saya ada provoke depa.. kenapa kes pro-kerajaan cepat sangat SKMM selesaikan dan didakwa sedangkan yang pro-pakatan pulak tak selesai-selesai bertahun-tahun siasat? Contoh kes Red Bean Army tu sampai sekarang tak selesai-selesai disiasat...

Depa kata.. ingat senang ke nak selesaikan kes? Kes-kes yang tak kukuh, dummy account, kabur dan "main-main" agak payah nak diselesaikan secara undang-undang. Contohnya, kalau la kita tahu "Atan bin Abu" ni pemilik akaun "Ultraman Taro", kita kena buktikan betul-betul dan ia perlu kukuh. Kalau tak kukuh bukti, Atan akan terlepas walaupun dia benar-benar "Ultraman Taro"...

Itu belum lagi disebut pasal IP, proxy dan sebagainya. Kakitangan SKMM tu sikit je...nak cater beratus ribu kes, memang muntah hijau la bebbbb..! Heh! Tapi nak buat camana... tu tanggungjawab SKMM la kan... depa hanya jalankan tugas yang diamanahkan sedaya mungkin...

Pada saya, semua ni berlaku kerana sikap. Itu pandangan saya. It's all about "ATTITUDE". Kalau pelayar internet tu bersikap adil, rujuk pada Islam, tolak dosa dan jaga akhlak, maka dunia internet ni akan aman damai... maklumat pun semuanya benar-benar belaka...

Tapi kerana "ATTITUDE" yang dirasuk setan, maka sebab tu la hilang etika, hilang agama, hilang moral, takde akhlak dan dunia internet jadi kotor. Kadang-kadang tu saja je buat sebab nak glemer satu dunia... elok la tu... glemer satu dunia sebagai penipu dan tukang fitnah... suka?

Saya tak kata saya betul. Tu pandangan saya saja. Kalau saya silap, saya mohon maaf. Cuma saya kecewa la sikit... internet ni bagus untuk penyebaran maklumat.. tapi malangnya disalahgunakan... 

Maka sebab tu la insiden MH370 tu jadi huru-hara. Saya tengok statement makin konsisten dari pihak kerajaan. Yang huru-hara tu segelintir pihak media asing, penyebar maklumat tidak beretika dan pemimpin pembangkang yang takde modal nak serang kerajaan. Depa la penyumbang pada huru-hara MH370...

Udah-udah laaaa.. hentikan la perangai budak-budak tu... takde faedahnya pun. Ingat sama dosa pahala... kita bukan nak hidup sampai bila-bila... ingat la sama nanti kita akan disoal dalam kubur...tak malu ke kita nak jumpa Allah nanti...kan?

1 comment:

Anonymous said...

Ko ingat red bean army tu nak dengar laaa nasehat engko?!!!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!