Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, March 12, 2014

#MH370: CERITA HARI KE-4, SEMOGA CAHAYA ITU BAWA KITA PADA PESAWAT...

Semalam hari ke-4 negara kita mengetuai misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370. Tak banyak maklumat yang diperoleh. Namun semalam kita digemparkan dengan laporan polis dari sekumpulan pemuda di Terengganu...

Menurut laporan media, depa ni semua 8 orang tengah santai-santai di Kampung Pantai Seberang Marang. Tiba-tiba depa ternampak cahaya aneh dan terdengar bunyi dentuman yang agak kuat dari arah Timur Laut Pulau Kapas pada hari MH370 dilaporkan hilang...

Depa ingat takde apa-apa yang berlaku. Depa balik rumah masing-masing dan tidur. Tapi esoknya bila dengar laporan media pasal MH370 tu, depa ramai-ramai pergi ke pantai tersebut.. mana la tahu apa yang depa nampak dan dengar malam tu berkait dengan MH370 tu...


Bila keadaan semakin kecoh pasal MH370 tu, maka depa terfikir la nak ceritakan pasal cahaya aneh dan bunyi kuat tu pada pihak berkuasa semalam. Mana la tahu dapat bantu siasatan kes MH370 tu..kan?

Pada masa yang sama, dua orang kaki pancing pun ada cerita yang lebih kurang brader-brader kita kat Marang tu... Cuma dua kaki pancing ni berada di Pantai Tok Jembal, Seberang Takir, Kuala Terengganu...

Depa kata, depa ada ternampak cahaya putih berkelip-kelip macam kapal terbang. Peliknya, cahaya putih yang macam kapal terbang tu terbang rendah dan kemudiaannya hilang lebih kurang pukul 2.30 pagi.

Lebih pelik lagi, tiba-tiba depa tengok pulak  cahaya terang berwarna kuning bentuk bulat selama kira-kira setengah jam pada jarak kira-kira 10 batu nautika dari kedudukan tempat depa memancing tu... cahaya apa agaknya tu sampai setengah jam?

Itulah cerita baru hari ke-4 insiden MH370 selain kenyataan ATM yang mendakwa MH370 berpatah balik dan melalui Selat Melaka...

Syabas dan terima kasih la pada brader-brader kita di Terengganu tu. Mungkin ada yang pandang remeh dan perlekeh maklumat dari brader-brader tu. Tapi pada saya, tindakan brader-brader tu memaklumkan maklumat berkenaan sangat wajar dipuji...

Itu bermaksud bahawa brader-brader kita tu prihatin dan sanggup tampil membantu siasatan mencari MH370. Berbanding dengan segelintir yang asyik dok bergebang di kedai kopi cakap politik kosong,  brader-brader kita di Terengganu tu jauh lebih berkualiti dari depa...kan? 

Apa pun, kita mengharapkan maklumat yang lebih positif dari pasukan SAR kita hari ni. Hari ni hari ke-5. Mohon Allah SWT beri petunjuk dan bantu misi SAR kita hari ni sampai pesawat MH370 tu ditemui...Aminnnn... insyaAllah...

Ditambah pulak dengan 4 laporan dari Kelantan kat bawah ni... insyaAllah... dah "dekat" dah kot...
KOTA BHARU 11 Mac - Empat laporan polis yang dibuat oleh orang awam di empat kawasan berbeza di negeri ini yang terlihat objek terbang rendah pada pagi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dilaporkan hilang menunjukkan arah yang sama iaitu 350 darjah utara ke arah Laut China Selatan. 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, berdasarkan laporan tersebut, individu-individu terbabit mendakwa melihat pesawat berkenaan masing-masing di Kuala Besar, Kampung Pasir Kasar, Sering, Kota Bharu, Geting, Tumpat dan Pantai Senok, Bachok.

"Keempat-empat laporan yang dibuat itu juga menunjukkan mereka melihat pesawat tersebut pada masa yang lebih kurang sama iaitu sekitar pukul 1 sehingga 2 pagi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sebelum menyerahkan laporan polis yang difailkan oleh saksi-saksi tersebut kepada Pengurus Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kota Bharu, Suaidi Yusoff di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE.

1 comment:

Anonymous said...

Good news. Tolong google map lapangan terbang pulau redang... landasan pesawat paling hampir dgn lokasi pesawat hilang. Pesawat mh370 'kemungkinan' mendarat kat situ waktu pagi sabtu. Parking dlm garaj pesawat supaya tidak ditangkap satelit. Pesawat mendarat tanpa disedari penduduk yg sedang nyenyak tidur dgn enjin pesawat dimatikan(FlyinG on empty)/ambil contoh Air Transat236. Pulau redang kini dimiliki vincent tan(berjaya). tolong hantar orang pergi periksa lapangan terbang tu.. pesawat mh370 'kemungkinan' ada kat situ... :)
-Tam pasar malam-

Bila Kak Su Bersuara... Heh!