Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, March 9, 2014

MH370 TERKINI: TIADA PETUNJUK, MOHON DOAKAN KEAJAIBAN...

Sudah lebih 24 jam pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang, namun belum ada sebarang petunjuk mengenai pesawat itu.
  
Walaupun belum ada perkhabaran baik mengenai pesawat itu yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, semua orang di seluruh dunia mengharapkan dan mendoakan keajaiban berlaku supaya kesemua mereka dapat ditemui dan pulang dengan selamat.
  
Eksekutif Perhubungan Media dan Strategik Komunikasi MAS Malini Saudranrajan meminta semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia mendoakan keselamatan pesawat MH370.
    

"Sudah lebih 24 jam sejak kali terakhir saya mendengar mengenai MH370 pada 1.30 pagi. Pasukan mencari dan menyelamat masih belum dapat memutuskan di mana pesawat Boeing 777-200 berada," katanya dalam kenyataan pada jam 2.02 pagi ini.
  
Beliau berkata misi mencari dan menyelamat antarabangsa dari Malaysia, Singapura dan Vietnam digerakkan pagi.
  
"Pada peringkat ini, mereka gagal menemui bukti sebarang bangkai. Misi laut ini akan diteruskan semalaman manakala misi udara akan bermula semula pada waktu siang.
  
"Kami mendapatkan semua maklumat pada dan bila kami menerimanya. Situasi di Beijing juga dipantau dengan rapi," katanya.
  
Memadangkan banyak keluarga penumpang berada di China, beliau berkata pasukan  “Go Team” berlepas ke Beijing dengan sekumpulan sukarelawan untuk membantu anggota keluarga penumpang.
  
Menurutnya saudara mara penumpang dinasihatkan supaya berkumpul di  Kuala Lumpur, dan urusan serta perbelanjaan perjalanan akan ditanggung oleh MAS.
  
"Apabila kedudukan pesawat dapat ditentukan, Malaysia Airlines akan menerbangkan anggota keluarga penumpang ke lokasi berkenaan. Keutamaan kami ialah memberikan semua bentuk bantuan kepada keluarga penumpang dan pekerja kami.
  
"Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkenaan dalam operasi mencari dan menyelamat ini," katanya.
  
Malini berkata satu sidang berita akan diadakan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Hotel Sama Sama Hotel pada 9 pagi esok.
  
Anggota keluarga penumpang MH370 boleh menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut atau melayari  www.malaysiaairlines.com bagi maklumat terkini. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Kem. Luar diharap jgn. membenarkan perisik Amerika/British mahupun S'pura menyiasat - kerana CIA-MI6 dan perisikan S'pura dikuasai Mossad-ZIONIS! Baik panggil Kedutaan Russia utk. membantu - yg. punya pakar terkemuka dan bukan pengampu Barat-Zionis! Walaupun kita dalam kesedihan ini, jgn. lalai dgn. mempertahankan keselamatan agama, bangsa dan negara, dgn. memberi peluang kpd. musuh-musuh DALANG-DUA-MUKA KAPIR mengambil peluang!

Saya syaki, kejahatan perampasan pesawat MAS kita ini, mungkin perbuatan CIA-Mossad, yg. berkaitan politik Geopolitik yg. paling dajal, dgn. tujuan (lihat juga di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013), seumpama “killing two birds with one stone” (mensasarkan Malaysia dan China dgn. sekali gus):

1. Menghuru-harakan China dan menambah kebencian pd. Islam/umatnya, oleh rakyat China dan Bukan Islam di M'sia serta seluruh dunia, kerana 'PENGGANAS' akan dituduh dari umat Islam Xinjiang kononnya. Tengoklah tuduhan si BETINABANGKAIBABIDAP!

2. Maka, Malaysia dan China akan dipaksa utk. menerima kerjasama dari Barat-Zionis, terutamanya CIA dan MI6. dan inilah yg. dimahukan si PAP-DAPBANGKAI, yg. disyaki ditaja CIA-MI6-Mossad.

3. UMNO dan k'jaan Islam/Melayu kita akan terus dipersalahkan. Bahkan rakyat Cina di China juga akan dihasut membenci BUMIPUTERA Islam/Melayu di Tanah Melayu ini.

4. MAS akan dipaksa utk. bergabung dgn. syarikat Barat-Zionis - spt. sy. penerbangan Arab-Islam yg. telah di'Barat-Zionis'kan contohnya Emirate dan Etihad Airlines.

Saya juga berharap mana-mana pegawai k'jaan terutamanya yg. Islam/Melayu jgn. bagi lagi maklumat terutamanya di WhatsApp dan Facebook tentang maklumat peribadi yg. menyeluruh atau awam, terutamanya tentang tugasan diplomatik di luar negara dan dlm. negara juga. Facebk dan WhatsApp dikuasai Mark Zuckerberg, yg. disyaki antara Zionis plg. licik tapi plg. mrbahaya - yg. disyaki agen CIA-Mossad.

Semoga ALLAH SWT menyelamatkan penumpang MAS ini semua, INSYA-ALLAH, tapi memang sedih betul.

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Bila Kak Su Bersuara... Heh!