Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, March 9, 2014

#MH370 TERHEMPAS SEBAB UMNO & ANWAR BERDAULAT?!!! @MukhrizMahathir @SabrinaAzizan

Saya tak tahu siapa budak ni... tapi nampaknya dia memang taksub sangat pada Anwar Berahim. Sampai insiden MH370 pun dia nak politikkan? Betul la orang kata puak-puak yang taksub pada Anwar ni agak kurang daya pemikiran depa...

Saya tak marah kalau nak sokong Anwar. Kita demokrasi. Tapi kalau perkara macam ni pun dia nak politikkan... nampak sangat la tak cerdiknya...mungkin sebab tu dia sokong Anwar kot?

Anwar berdaulat? Tragedi MH370 berlaku sebab Hakim UMNO jatuhkan hukuman penjara 5 tahun pada Anwar? Betul ke Anwar berdaulat? 


Saya tak tahu la budak ni Islam atau tidak. Tapi setahu saya, umat Islam percaya dan beriman pada qadha' dan qadar Allah SWT. Yang hidup tetap akan mati dan ajal masing-masing dah ditentukan Allah sejak di lauhul mahfuz lagi... bila ajal dah sampai, tidak akan dilengahkan walau sesaat...

Bila berlaku insiden MH370, dah tentulah tu semua qadha' dan qadar Allah. Kita terpaksa terima dan redha. Walaupun kita bukan saudara dekat mangsa-mangsa, kita tetap bersaudara, apatah lagi ada saudara kita yang beragama Islam terlibat dalam insiden ni...

Jadi, mengapa qadha dan qadar Allah tu dijadikan modal politik oleh penyokong Anwar ni? Maaf cakaplah... inikah mentaliti penyokong peliwat seperti Anwar? Mak bapak diorang tak ajar diorang sampai jadi kurang ajar macam ni ke?

Sampai kata Anwar berdaulat? Lebih dari Raja-Raja Kesultanan Melayu pulak Anwar ni, kan? Kenapa tak cakap Anwar ni maksum saja? Kenapa tak cakap semua ni adalah "mukjizat" Anwar saja? Bila Anwar kononnya dizalimi (padahal dia yang zalim pada diri sendiri dan orang lain), maka akan berlaku insiden macam ni? Agak-agak la brooo...

Seperkara lagi, kenapa perlu ada nama UMNO pada Hakim Mahkamah yang jatuhkan hukuman tu? Jadi masa Hakim Mahkamah Tinggi putuskan Anwar tak bersalah sebelum ni maka ada nama PKR pada Hakim tu? Hakim PKR dapati Anwar tak bersalah, begitu? Loya pulak dengar...

Ada pulak Hakim UMNO, Hakim PKR dan sebagainya? Kalau hakim tu menyebelahi PKR maka hakim tu diberi jolokan Hakim PKR? Adehhhh...Payah la lagu tu. Masa Anwar didapati tak bersalah sebelum ni, takde pulak orang UMNO kata hakim tu Hakim PKR...!

Pelik saya tengok pemikiran para penyokong Anwar ni... betul. Saya ikhlas. Dulu pun saya sokong Anwar jugak masa dia jadi TPM dan Timbalan Presiden UMNO.. tapi lepas tahu dan dapat maklumat pasal Anwar yang sebenar, saya gunakan akal untuk beralih arah... maksud saya, saya ada prinsip dan punya akal untuk berfikir...takde la sokong membuta tuli gitu...

Akhir kalam... tolonglah berfikir secara waras, adil dan rujuk pada Islam terlebih dahulu dalam semua perkara. InsyaAllah, segalanya akan terjawab. Kita belum dapat kesahihan berita pada insiden MH370 tu..tolong jangan sebar khabar angin... ia mampu jadi fitnah dan syubhah...

Tolonglah hormati keluarga mangsa-mangsa MH307. Kita tidak berada di tempat depa. Belajarlah hormati sensitiviti orang lain kalau nak sensitiviti kita pun dihormati... kita doakan yang terbaik...

2 comments:

Anonymous said...

BAHLOL GILA MAMAT NI.
TAMPOI ADA SATU BILIK KOSONG........

Anonymous said...

'Pelik saya tengok pemikiran para penyokong Anwar ni... betul. Saya ikhlas. Dulu pun saya sokong Anwar jugak masa dia jadi TPM dan Timbalan Presiden UMNO.. tapi lepas tahu dan dapat maklumat pasal Anwar yang sebenar, saya gunakan akal untuk beralih arah... maksud saya, saya ada prinsip dan punya akal untuk berfikir...takde la sokong membuta tuli gitu...'......same here.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!