Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, March 11, 2014

MAHFUZ INGAT DYMM AGONG LEKEH MACAM DIA KAAA..?

Alamak... Mahfuz ni apahal? Dah tak mau balik Kedah lagi ke? Dah fikir panjang? Memang Mahfuz dah tak mau duduk di Kedah? Selamba saja dia perlekeh DYMM Yang DiPertuan Agong?

Semalam DYMM Agong rasmikan sidang Parlimen. Baginda bertitah di Dewan Rakyat dan menyentuh soal GST. Baginda jelas mahu rakyat dan Ahli Parlimen yakin dengan sistem tersebut...
"Kerajaan beta akan terus memperkukuh kedudukan kewangan dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang negara. Antara lain melalui peluasan asas cukai dan penambahbaikkan pentadbiran cukai termasuk pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)," 
Al-maklum laaaahhh..! Mahfuz memang dok bercakap dan bantah GST tu (padahal mungkin dia sendiri pun tak tahu apa benda GST tuuu!). Dah tentu la dia "bengang" bila DYMM Agong merangkap Sultan Kedah suruh sokong GST..! Heh!

Cuma yang tak tahan tu...Mahfuz balas titah tu mengatakan...

"Saya kesal apabila kerajaan mempergunakan titah Yang di-Pertuan Agong untuk meyakinkan rakyat, khususnya berkaitan GST. Nampak sangat kerajaan lemah untuk meyakinkan rakyat,"
Kalau dilihat apa yang Mahfuz maksudkan ialah Kerajaan BN mempergunakan Yang DiPertuan Agong dalam titah baginda itu, kan?

Apa Mahfuz fikir DYMM Agong tak reti fikir dan faham apa yang baginda titahkan? Apa Mahfuz fikir Najib yang buat teks titah Tuanku Sultan Kedah tu?

Apa Mahfuz fikir DYMM Agong lekeh sangat sampai begitu mudah untuk diperguna?

Apa Mahfuz fikir DYMM Yang DiPertuan Agong itu "samdol" sepertinya?

Agaknya Mahfuz ni mungkin dah takdak isu barangkali sampai tergamak secara tidak langsung menghina DYMM Yang DiPertuan Agong?

Datuk Mahfuz...kalau betul pun tak puas hati pada Kerajaan BN atau GST, jangan la perlekehkan DYMM Yang DiPertuan Agong. Bahas titah Tuanku tu dalam parlimen secara bertamadun.

Ikut suka DYMM Agong la nak titah apa pun. Baginda punya suka la nak titah pasal GST ke... apa ke.. Apa yang Mahfuz nak marah sangat? Dah Tuanku pilih sokong GST.. ikut suka Baginda laaa... Tuanku takde la se"megheput" Mahfuz... nak eja "lunch" pun tak reti! Heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!