Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, March 15, 2014

KALAU LA ANWAR TAHU PASAL "RAHSIA" PAS NI... HABISSSS..!!!

Sebetulnya, ramai penyokong dan ahli PAS akar umbi yang hanya berani bersuara di belakang, tapi tak reti nak ke depan tegur kepimpinan PAS. Keadaan itu menyebabkan pemimpin PAS tidak peduli lagi "suara" akar umbi... 

Hakikatnya, PAS memilih untuk lebih mengutamakan rakan kongsi kuasa mereka, PKR dan DAP meskipun sedar PAS sebenarnya dibuli dan tak berkongsi kuasa pun bila Pakatan Haram menang... buktinya, dasar PAS selamba diketepikan...akar umbi PAS sedar perkara ni...

Terbaru, cuba baca reaksi para penyokong dan ahli PAS apabila Anwar dihukum penjara 5 tahun di bawah... semoga pemimpin PAS tak lagi menipu dan menafikan "suara" akar umbi mereka demi kepentingan politik mereka lagi... sila buka mata terang-terang...


Walaupun secara rasmi PAS menyatakan kesedihan dan simpati kepada Anwar Ibrahim dan ahli keluarganya berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang telah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun setelah keputusan Mahkamah Tinggi pada Disember 2012 diterbalikkan bersabit kes liwat, namun ramai orang PAS yang mengucap syukur, bertakbir dan bersujud syukur kepada Allah Taala kerana telah menunjukkan kebenaran yang selama ini terselindung di sebalik cakap pandai Anwar Ibrahim.

Tahaluf Siyasi dengan Anwar Ibrahim merupakan satu kesilapan besar bagi PAS. Walaupun PAS pada dasarnya hanya bersimpati dengan Anwar Ibrahim yang kehilangan segala jawatan dan kedudukan, namun keterujaan kerana sokongan yang diperolehi, menyebabkan PAS melangkah jauh dan akhirnya menjerat diri sendiri.

Tidak perlulah disenaraikan apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan PKR terhadap PAS dari tahun 2008 sehingga kini tetapi cukuplah kalau kita katakan, inilah padahnya kalau jemaah Islam dan perjuangan Islam diperkotak-katikkan demi kepentingan individu.

Masih ramai yang cuba menafikan, Anwar Ibrahim telah mempergunakan PAS untuk kepentingan dirinya. PAS sekiranya berstatus seperti ISMA, JATI atau HAMIM, tidak mungkin akan dipandang oleh Anwar Ibrahim. Anwar dan PKR rapat dan berbaik-baik dengan PAS sebab PAS besar, teguh dan ahli-ahlinya komited dengan perjuangan Islam.

Disebabkan itulah, Anwar apabila berada di kalangan PAS, akan lebih Islam berbanding orang Islam tetapi apabila berada di kalangan bukan Islam, dia menjadikan PAS sebagai bahan sesahannya.

Ramai penyokong Anwar yang sekarang ini sedang mengecam dan mencerca hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang telah mensabitkan kesalahan liwat kepada Anwar Ibrahim. Kata mereka, hakim-hakim tersebut bodoh.

Yang tidak mereka katakan ialah, mengapa para peguam Anwar Ibrahim langsung tidak dapat menerangkan bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh berada dalam jubur budak Saiful itu. Yang mereka langsung tidak mahu terangkan ialah mengapa Karpal Singh dan barisan peguambela yang diupah oleh Anwar Ibrahim lebih sibuk bermain-main dengan teknikal berbanding fakta sebenar kes.

Lebih malang lagi, ada pula yang cuba mengaitkan keputusan Mahkamah Rayuan dengan UMNO dan Najib Abdul Razak.

Sebenci mana pun kita kepada UMNO, seharusnya kita berfikir secara rasional. Itulah sebabnya, PAS dari awal lagi tidak banyak membuat pertikaian. PAS mengikuti perkembangan ini secara dekat dan dari awal 1999 lagi. Kita memang bersimpati dengan Anwar Ibrahim dan keluarganya, tetapi fakta kes selain bukti, pengakuan, maklumat hakim dan qarinah mahupun qosamah, kita kena akui dan terima.

Jangan kerana keputusan tidak berpihak kepada kita, maka kita kata mahkamah tidak adil. Apabila keputusan mahkamah berpihak kepada kita, maka kita baru nak kata itu keputusan adil. Itu namanya tak adil kepada diri tu.

Dari tahun 1999 sehingga 2014, sudah beratus-ratus kali solat hajat dan munajat kita pohonkan kepada Allah Taala agar ditunjukkan kebenaran. Sudah berkali-kali juga Allah Taala menunjukkan kebenaran, dan setiap kali itulah, apabila tidak kena dengan hati kita, kita menolak Allah Taala dan bergantung kepada manusia.

Kita tak betul dalam hal ini.

Sebagai umat Islam, kita kena percaya bahawa setiap kejadian itu Allah Taala yang gerakkan. Hukuman yang dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim adalah hukuman Allah Taala berasbabkan manusia.

Jangan pula ada yang nak merusuh dan mengheret orang PAS sekali memberi alasan, rusuhan yang mereka bakal lakukan nanti adalah RUSUHAN ALLAH TAALA. Jangan pula ada yang cuma menyamakan diri sendiri dengan Allah Taala.

Besar dosanya dan besar syiriknya tuh!

Jangan kerana seorang Anwar Ibrahim yang gagal menahan nafsunya, maka kita jatuh syirik dan mempermain-mainkan qada Allah Taala. Dan jangan pula kita jadi manusia Jabariyah atau Qadariyah yang telah sesat akhlak dan akidah mereka hanya kerana Anwar Ibrahim. - Blogger PAS

P/s: Dah banyak kali saya beritahu ramai akar umbi PAS menyampah kat PKR dan DAP, tapi ada yang tak percaya... kita pulak yang dituduh memfitnah dan jelessss... takde masa la saya nak jeles-jeles ni.. agama saya larang dengki-dengki ni...

2 comments:

Anonymous said...

Penyokong & Ahli PARTI ANGGUK SAJA (PAS) kan majoriti dari kalangan Ulama' yg sering menghukum umat Islam yg tak sehaluan dgn mreka sebagai "kafir" sedangkan mereka "berpelukan, bercium kulum lidah" dgn kafir lahanat. Apa diherankan?Kita jgn lupa perangai "umat Nabi Lut ahslm" sehinggakan (malaikat) yg diutus oleh Allah SWT pun mereka nak LIWAT. Pada masa tu Nabi Allah disisi mereka, mereka peduli apa!. Jadi kepada mereka yg masih taksub dgn PAS/PKR/PR sedar n bertaubat sebelum terlambat

Anonymous said...

Taatnya orang2 ni kepada Anuar rasanya sampai kalau anuar kata taik tu adalah kek, makan dimakannya tanpa bertanya lagi, ha ha ha

Bila Kak Su Bersuara... Heh!