Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, March 2, 2014

GEMPARRR..!!! ANWAR TARIK DIRI PRK KAJANG? RAFIZI GANTI JADI CALON?

Kira-kira 9 hari dari sekarang, maka akan berlangsung hari penamaan calon bagi PRK DUN Kajang. 11 Mac penamaan calon dan 23 Mac hari mengundi. Pakatan Haram dah umum calon depa, Anwar Berahim, bapak Nurul Izzah, suami Wan Azizah...

Anwar berkempen awal. Tiap-tiap hari dia kempen. Tak cukup siang, malam-malam pun dia balun jugak. Kerja keras betul Anwar nak menang di PRK DUN Kajang..kan? Dan dia lantik pulak MB Selangor, Khalid Berahim jadi Pengarah PRK DUN Kajang...heh!

Mungkin Anwar fikir bila Khalid dilantik jadi Pengarah PRK kali ni, maka dia anggap berjaya "cucuk hidung" Khalid Berahim macam lembu.. Mungkin dia fikir Khalid Berahim boleh "dijinakkan" dengan mudah..

Anwar fikir Khalid tak tahu dia nak gulingkan Khalid dari kerusi MB?



Semua orang tahu Khalid gaduh besar dengan Azmin, lelaki paling disayangi Anwar. Bukan rahsia lagi, seluruh negara tahu. Malah diakui oleh sumber dalaman dan blogger-blogger Pakatan Haram sendiri... itu bukan lagi rahsia...

Kalau Anwar menang PRK Kajang, maka Khalid dijangka akan diguling serta merta. Anwar akan jadi MB dan paling tidak pun, dia akan jadi Exco paling "special" di mana Khalid hanya akan jadi "puppet" dan hilang harga diri...

Maka mungkin sebab tu Khalid memberontak. Masa nak buat penstrukturan air hari tu dengan Kerajaan Pusat, Khalid tak beritahu sepatah haram pun pada Anwar. Tiba-tiba je Khalid buat keputusan tanpa pengetahuan Anwar sebagai "punahsihat" ekonomi Selangor...

Penstrukturan air tu melibatkan kos lebih RM9 BILION.. sepatutnya "punahsihat" ekonomi diberitahu la kan... tapi sepatah haram pun Khalid tak inform Anwar.. dah mula nampak pemberontakan Khalid Berahim...

Sekarang ni kecoh pulak Khalid Berahim umum nak tanding Timbalan Presiden PKR. Jawatan tu sekarang disandang oleh Azmin, "kekasih" Anwar... khabarnya, Khalid dapat sokongan kuat dari ramai pihak termasuk Wan Azizah dan Nurul Izzah...

Tak tahu la kenapa Wan Azizan dan Nurul Izzah sokong Khalid. Tapi saya pernah difahamkan bahawa Ezam pernah mendakwa Kak Wan dan Izzah haramkan Azmin jejak kaki di rumah depa masa Anwar "dikandangkan" di Penjara Sg Buloh dulu... mungkin...

Itu adalah petanda kedua pemberontakan Pengarah Pilihanraya Pakatan Haram bagi PRK DUN Kajang. Dan Anwar adalah calonnya?

Lim Kit Siang terhidu perkara ni dan dia sempat nyatakan di sini... Menurut Kit Siang, Anwar mungkin kalah disebabkan masalah dalaman PKR...

Saya tak mahu sentuh sangat hal Kit Siang.. mungkin itu "reverse phsychology" dia untuk menangkan Anwar... mungkin Kit Siang takut BN menang sebab calonnya ialah Chew Mei Fun yang identitinya memang disenangi masyarakat Cina...

Pada saya, Anwar masih ada masa untuk selamatkan imej dia dari kalah di PRK DUN Kajang. Dari reaksi pemberontakan Khalid Berahim, reaksi PAS yang terkini, reaksi kemelut PKR, reaksi rakyat Selangor yang lega pasal air dan faktor Mei Fun yang menggerunkan DAP, Anwar masih sempat tarik diri...

Kalau Anwar kalah, habis la imej dia. Gagal la dia nak jadi MB. Kalau jadi MB pun Anwar gagal, macamana dia nak jadi PM? Bukan setakat jatuh imej, moral para pengikut Anwar pun boleh jatuh sekali.. depa mungkin hilang keyakinan pada Anwar!

Jadi, saya sarankan supaya Anwar tarik diri saja dalam PRK DUN Kajang ni. Belum lagi tiba hari penamaan calon, Anwar boleh "tarik diri" dan umumkan calon lain. Anwar boleh beri alasan dirinya adalah "taktik" untuk menangkan calon PKR.. 

Anwar boleh "tibai" Rafizi yang jadi mastermind PRK Kajang ni...heh! Biasalah..siapa tak kenal "pakar spin" yang bernama Anwar Berahim...! Pasal Rafizi, maruah Anwar hampir terjejas di PRK Kajang... idea gila Rafizi mampu menjerat Anwar... back fire!

Macamana? Anwar sedia tarik diri? Kasi je Rafizi lawan kat situ...habis cerita...heh! Amacam Rafizi? Ada berani lawan Mei Fun? Heh!

1 comment:

Anonymous said...

bilalah umno & BN nak ambil kesempatan kelalutan kepimpinan PR ni..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!