Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, March 4, 2014

GEGARRR..!!! KIT SIANG MARAH..!!! TAKUTNYAAAA...!!!

Baru ni Awang Selamat dari Utusan "balun" Pihak Berkuasa Kita! Hasilnya, Kit Siang marah betul pada Utusan dan Awang Selamat... padahal yang "dibalun" ialah Pihak Berkuasa Kita dan bukannya DAP.. sejak bila DAP jadi Pihak Berkuasa Kita?

Artikel Awang Selamat tu memang agak pedas. Biasalah, sebagai penulis berpengalaman, penulisan sebegitu memang memberi kesan. Bak kata pepatah "siapa yang makan cili, maka dia la yang akan rasa pedas", kan? Heh!

Cuba baca artikel Awang Selamat kat bawah ni.. Apa pandangan anda? Setuju atau tidak dengan pandangan Awang Selamat? Jawapan saya ada di bawah artikel tersebut... anda bagaimana?


DI Malaysia, jika anda mahu menghina dan menyemarakkan ekstremisme, sertailah DAP. Sebagai parti paling rasis, DAP ada lesen besar untuk melakukan provokasi yang keterlaluan. 

Awang sudah tidak larat menggeleng kepala dengan perbuatan beberapa pemimpin parti itu yang menghina Islam, Melayu, pasukan keselamatan, kakitangan awam dan negara. 

Anehnya, pihak berkuasa meletakkan kayu ukur berbeza terhadap DAP. Kalau pihak lain berbuat demikian maka pantas sahaja tindakan diambil sehingga ada kalanya dilihat terlebih pro aktif.

Sampai hari ini misalnya, ramai tertanya-tanya apakah tindakan terhadap Red Bean Army (RBA) yang telah banyak melakukan fitnah, tohmahan dan provokasi yang dahsyat terutama semasa musim pilihan raya umum lalu. 

Semua tahu perbuatan mereka mengancam keselamatan negara tetapi mereka terlepas begitu sahaja. Awang berpendapat pihak berkuasa telah memberikan isyarat yang salah seolah-olah kumpulan kecil ekstremis seperti RBA dan DAP lebih diutamakan berbanding majoriti rakyat.

Sebenarnya orang ramai sudah bosan mendengar pelbagai alasan termasuk daripada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 

Awang bersimpati dengan apa yang menimpa Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia, Shen Yee Aun yang menerima ugutan bunuh ekoran pendedahan demi pendedahannya mengenai RBA. Kalau beliau seorang diri boleh berani dan cekal melawan ekstremisme, kenapa pihak berkuasa teragak-agak?

Tidakkah pendekatan berlembut dan kegagalan pihak berkuasa bertindak turut menjadikan DAP dan RBA semakin ekstrem. 

Terbaharu, Ketua Publisiti DAP, Hew Kuan Yau menghina isteri pemimpin negara dengan cara yang tidak boleh diterima. Mengharapkan kematian seseorang adalah pemikiran kotor yang selalu ada dalam kalangan ekstremis. Ini bukan kali pertama Kuan Yau bersikap melampau. Beliau pernah menunjukkan isyarat lucah yang ditujukan kepada pemimpin Melayu Barisan Nasional (BN). 

Mengapa DAP terus berani melakukan provokatif, jawapannya kerana pihak berkuasa kita yang beri mereka muka. 

Isu Lim Guan Eng mahukan penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam, klip video Teresa Kok, Jeff Oii gelar kakitangan MPPP sebagai kucing kurap; cubaan campur tangan Lim Kit Siang ke atas khutbah Jumaat; Tony Pua mempersoalkan larangan Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap sambutan Hari Kekasih, kenyataan Tony menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang majoriti orang Melayu sebagai ‘anjing’ dan banyak lagi - menampakkan DAP tidak gentar untuk terus menyemai kebencian.

Awang ingin mengucapkan ‘tahniah’ kepada pihak berkuasa kita kerana dalam sebahagian hal, telah memperkasakan pihak ekstrem.

- AWANG SELAMAT

SAYA SETUJU..!!!

5 comments:

anjingBaruababi said...

MEMANG BETUL...KERAJAAN BN , PDRM, SKMM TIDAK BERANI BERTINDAK KE ATAS DAP...KERANA ADA POWER..HINGGA KE HARI INI RAKYAT TERTUNGGU-TUNGGU..APA DAH JADI DENGAN TINDAKAN BERSIH MENTERBALIKKAN KERETA POLIS....APA SUDAH JADI....TAKKANLAH BOLEH DIAM MACAM TU SAJA..

Anonymous said...

Sebab itu pembangkang 'suka' ahjibgor...takut dgn TDM dan penyokongnya..sebab ahjibgor penakut dan lembik..Ajg cuma berani kritik perkasa..tp ekstremis yg mcm gajah didepan mata dia buta..malang sungguh

Anonymous said...

Ini lah bahayanya bila orang cina adalah pembyar cukai yg paling banyak.

Anonymous said...

Apesal lah pdrm ni takut bertindak ye? Rasa xselamat dah duk malaysia skrg. Sedih lah

Anonymous said...

Orang melayu ni baik sangat sampai jadi bodoh. Terlalu sangka baik pada orang kafir yg Allah terang2 mengatakan mereka tidak akan puas selagi kita belum kafir. Walaupun hanya tinggal satu peratus islam dlm diri kita, mereka masih menagihkannya. Kalau kita ketepikan apa Allah kata tentang mereka, macamana Allah nak tolong kita ��

Bila Kak Su Bersuara... Heh!