Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, March 12, 2014

DILEMMA: #MH370 VS PRK KAJANG, NAK PILIH MANA SATU?

Malaysia sedang mengalami 2 perkara yang menjadi perhatian umum buat ketika ini. Satunya ialah insiden kehilangan pesawat MAS, MH370, dan yang kedua ialah PRK DUN Kajang yang mula berkempen hari ini...

Terus terang saya katakan, sekiranya diberi peluang untuk memilih untuk membuat liputan antara kedua-dua perkara ini, saya lebih rela memilih membuat liputan insiden kehilangan pesawat MAS, MH370...

Nak tahu kenapa? Mari saya ceritakan sedikit...


Pada saya, PRK DUN Kajang merupakan satu drama yang dibuat-buat oleh Pakatan Haram. Satu pilihanraya kecil yang pada saya tak perlu pun dilakukan. Tapi mungkin pasal Rafizi dan Anwar fikir nak bantu Azmin kekalkan pengaruh dalam Selangor, maka berlaku la PRK DUN Kajang tu...

Pada saya, PRK Kajang tu buang masa, buang duit dan hanya memenuhi nafsu orang gila politik. Kalau boleh, tiap-tiap hari depa nak politik. Makan politik, tidur politik, semuanya depa nak politik. Selalunya orang yang gila kuasa saja buat macam tu...

Sekarang Anwar bakal masuk "kandang" semula. Tak tahu la dia akan ke mana, mungkin ke tempat lama di Sg Buloh atau mungkin Kajang. Kedua-dua tempat tu ada "kandang", kan? Mungkin orang paling tertekan dan perlukan kaunseling sekarang ialah Rafizi sebab plan dia tak menjadi...heh!

Saya lebih berminat untuk buat liputan pasal MH370. Bukan kerana "gila nama", tapi saya lebih gemar pada pengalaman seperti ini. Dulu saya pernah ke wilayah bergolak Rakhine di Myanmar dan saksikan dengan mata kepala saya sendiri bagaimana sengsaranya saudara kita etnik Rohingya.

Di sana, kami berdepan dengan pelbagai kerenah birokrasi, helah politik dan ancaman pihak tertentu. Tapi alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan saya membawa pulang satu pengalaman yang sangat berharga bagi diri saya...

Berbalik kepada MH370, kalaulah saya berada di KL, dah tentu saya akan cuba sedaya upaya untuk menyelitkan diri membuat liputan dalam insiden ini. 

Kalau saya terlibat operasi mencari MH370, saya sanggup naik kapal perang, kapal terbang, kapal friged, tapi jangan suruh saya naik kapal korek dah laaa... apa ke jadahnya naik kapal korek, kan? Heh! 

Dan sudah tentu detik yang paling dinantikan ialah ketika pesawat MH370 dijumpai. Kalau boleh, saya mahu berada di lokasi MH370 dijumpai. Kalau boleh saya mahu jejak kaki atau berenang tengah-tengah laut mengutip sisa barang MH370.. tu pun kalau terhempas kat laut laaa..kan? 

Betul. Saya lebih tertarik pada membuat liputan isu kemanusiaan, human interest. Terlalu banyak berpolitik pun kadang-kadang "tepu" jugak, kan? Sebagai manusia dan umat Islam, saya lebih tertarik pada sesuatu yang lebih holistik dan bermakna...

Maklum laa.. hidup kita kat dunia ni sekali je, kan? Jadi, buat la amal kebajikan dan dapatkan kehidupan yang menarik di bawah keredhaan Allah SWT....

Malangnya, saya positif mengatakan bahawa saya takkan berpeluang buat liputan secara live pasal MH370 tu. Sebab? Heh! Gila ke apa? Siapa saya nak ikut kapal perang semua tu? Blogger cabuk kampung je saya ni... mana layak bebbb! Kang kalau terpilih dah jadi "isu" pulakkk...kan? Heh!

Apa pun, saya ada menerima maklumat dari masa ke semasa mengenai MH370 ni. Maklumat rasmi pulak tu. Kadang-kadang info dari luar negara pun saya dapat. Selalunya dapat dari informer saya la... kalau tak dapat dari Brader Awani, saya dapat dari En Tee Vee Tri.. tak pun dari Cik Mai News Hab... Hahahahahahaaaaaa.... larikkkkkk...!!!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!