Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, March 30, 2014

CARI GLEMER DARI INSIDEN #MH370.. WAJAR KE?

Hampir 10 hari saya tak update blog. Hehehee... Bukan tak nak update. Tapi ada sebab saya tak update blog selama hampir 10 hari ni. Hanya sahabat handai yang terdekat saja yang tahu kenapa.. heh!

Lepas 10 hari, barulah reda sikit kesebokan saya... macam-macam yang saya tertinggal. Maksud saya, saya terlepas nak ulas isu, tapi saya masih ikut perkembangan semasa.. 

Sekarang ni baru ada kesempatan sikit. Tu pun curi-curi ruang yang ada... Dalam 10 hari ni, saya dapati bahawa...



Ramai pihak cuba ambil kesempatan dari insiden MH370. Tak kira la media asing macam CNN ke...apa ke.. sampai la bloggers, facebookers dan twitterians yang ambil kesempatan mempopularkan diri dengan mempergunakan insiden MH370 ni...

Saya tak kata semua. Tak semua yang poyo begitu. Tapi pada depa yang suka sebar spekulasi, buat teori itu dan ini, sebar macam-macam cerita yang takdak asas atau bukti, berdasarkan hearsay saja...pada saya semua tu "hampehhh"...

Maaf la kalau ada yang terasa. Insiden MH370 ni pada saya bukan perkara subjektif. Ia merupakan insiden berfakta. Tidak boleh main andaian. Kalau dok main "andai-andai" begitu, maka tak heran la sampai kena hentam macam Timbalan Menteri sorang tu...kan? heh!

Tapi yang peliknya, depa hentam Timbalan Menteri tu sebab dok sebut andaian... Tapi depa tak hentam pulak diri sendiri bila depa sebar andaian, spekulasi dan teori yang hanya berdasarkan hearsay... hampehhh...heh!

Sekarang ni, akibat andaian, spekulasi, teori dan cerita hearsay, maka ramai pihak yang salahka Kerajaan Malaysia. Padahal, semua negara dan pihak yang terbabit dalam usaha SAR pesawat MH370 tu semua puji negara kita... contra sangat tuuuu...

Pada saya, insiden MH370 ni macam matematik. Semuanya berfakta. Maksud saya, kalau disoal pesawat tu jenis apa? Maka kita jawab Boeing 777-200. Dari syarikat mana? Kita jawab MAS. Di mana lokasi kali terakhir dikesan terbang? Di Lautan Hindi. Semua berfakta atas siasatan, kan?

Insiden ni ada yang siasat. Bukan Malaysia saja, 14 negara yang siasat isu ni, termasuk negara paling canggih moden dan sofistikated! Jadi, bagi la depa siasat bagi habis dulu. Tak payah la nak tunjuk pandai sangat sebar spekulasi orang putih yang ntahapahapa tuuu...diorang memang tak suka kat Malaysia punnnn...

Ada orang bangga sangat sebab depa follow CNN. Tapi depa tak sedar CNN tu penipu besaq! Contoh dulu masa misi hantar bantuan ke Palestin yang mana kapal kita diserang tentera Israel dulu tu, CNN la yang paling hebat putar alam cerita tuuu... tu pun korang nak bangga dan percaya pada CNN???

So, tak payah la nak tunjuk siapa hebat. Tak payah la nak jadi siapa yang paling cepat sebar cerita MH370. Yang paling penting, kita sebarkan cerita yang betul, tepat dan relevan dari sumber rasmi pasukan SAR.. depa ada fakta dan berdasarkan bukti dari operasi SAR... 

Saya harap kita semua adil dalam hal ni. Bak kata arwah Ustaz Azizan dulu... buat kerja cara Islam la... (tapi puak PAS Kedah tak dengar, tu yang kalah kot!) Kalau buat kerja cara Islam, insyaAllah, semuanya berpaksikan kebenaran...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!