Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, March 13, 2014

BAR COUNCIL SANGGUP CEMAR KEADILAN DEMI ANWAR..?

Saya terbaca mengenai kenyataan Majlis Peguam (Bar Council) mengenai Anwar Berahim yang dihukum penjara 5 tahun di Mahkamah Rayuan. Depa kata, cara Timbalan Pendaftar dan Mahkamah Rayuan kendalikan kes tu adalah tidak wajar dan menganiaya Anwar Berahim...

Presiden Bar Council, Christoper Leong memberi alasan bahawa kes berkenaan dipersetujui untuk didengar oleh Timbalan Pendaftar dan pihak Anwar pada awal April, tapi ia kononnya secara tiba-tiba diawalkan pada 6 dan 7 Mac.

Hujahnya, keadaan itu telah menyebabkan pihak Anwar hanya ada 7 hari untuk sediakan butiran hujah di Mahkamah Rayuan. Katanya tempoh itu tidak cukup sekaligus menganggap pendengaran kes tu sebagai tidak adil dan cuba menganiaya Anwar...


Itu saja alasan Majlis Peguam? Hanya kerana satu sebab tu maka Bar Council anggap bicara kes Anwar di Mahkamah Rayuan tu tak adil? Cukupkah dengan satu alasan yang pada saya sebenarnya tak layak dijadikan alasan? Alasan yang tak relevan pulak tu...!

Sebagaimana maklum, kes Anwar dikendalikan oleh Ramkarpal Singh dan kumpulannya. Manakala pihak pendakwaraya terpaksa menukar ketua pendakwaraya setelah Anwar berjaya "mencuri" ketua pendakwaraya ketika bicara di Mahkamah Tinggi...

Jadi, kalau nak dikira tempoh mengumpul butiran maklumat kes, rasanya pihak pendakwaraya la yang memerlukan lebih masa. Pendakwaraya tukar ketua, tapi Anwar tidak. Tapi Bar Council ni dah terbalik pulak pandangannya...kan?

Apa 7 hari tidak cukup untuk mengutip butiran kes? Jangan temberang la. Ada sesetengah kes yang memakan masa lebih lama dari kes liwat II Anwar tu, tapi steady je diorang boleh menang kes.. apahal?

Lagipun, bukan ke memang pasukan Anwar dah ada semua butiran, kan? Dah tentu la. Bukak je fail kes tu maka di dalamnya penuh dengan butiran kes tersebut. Lain la kalau pejabat lawyer Anwar tu macam tongkang pecah dan fail kes lintang pukang tak teratur, hilang sana sini, kan?

Pada saya, itu bukan masalah atau salah Timbalan Pendaftar atau Mahkamah Rayuan. Itu masalah peguam yang diupah Anwar untuk membelanya. Dah cukup baik dah team peguam politik tu diberi masa 7 hari... kalau beri 2 hari amacam? Boleh? Heh!

Lagipun, Anwar dah banyak kali tangguh. Asyik-asyik tangguh. Anwar je yang nak tangguh, Saiful nak keadilan cepat ditegakkan untuknya. Kenapa? Sebab Anwar takut dia lebih cepat disumbat ke "kandang"?

Jadi, kat mana yang tidak wajarnya? Kat mana yang aniayanya? Hanya kerana tempoh 7 hari? Alasan tu tak boleh diterima pakai... Cakap je peguam Anwar lembab... takkan Bar Council takut kot?

Aniaya? 5 tahun tu aniaya Anwar Berahim? Tu dah cukup baik duduk dalam "kandang" selama 5 tahun. Kalau 20 tahun, camana? Orang lain sampai kena penjara maksimum takde pulak Bar Council nak melalak mempertikai keputusan mahkamah!

Pada saya, Bar Council ni sebenarnya dah takde semangat mempertahan sistem keadilan. Sejak Bar Council dimonopoli dan diketuai puak pro-Pakatan Haram, keputusan Mahkamah tidak lagi dihormati. Peliknya, Bar Council buat kenyataan sokongan secara terpilih!

Contoh, masa Anwar tak bersalah di Mahkamah Tinggi, takde pulak dia kata Mahkamah tidak wajar dan aniaya Saiful Bukhari. Tapi bila Mahkamah lebih tinggi (Rayuan) kata Anwar salah, terus Ah Leong membela Anwar, kononnya Mahkamah tak wajar dan aniaya Anwar... adil ke macam tu?

Benarlah apa yang kawan saya rasa. Dia seorang peguam dan seorang ahli Bar Council (terpaksa jadi ahli), tapi dia malu dengan sikap dan perangai berat sebelah para pemimpin Bar Council sekarang. Katanya, badan peguam tu dah rosak teruk... dia nak sertai AGM Bar Council pun dia malu!

Nampaknya Bar Council semakin hilang kreadibiliti bila depa persoal tindakan Mahkamah dan membela tertuduh yang didapati bersalah. Dari pihak yang sepatutnya berfungsi membela keadilan, Bar Council kini lebih mirip dan cenderung membela pesalah tegar.. apa nak jadi ni bro? 

3 comments:

fazillah said...

Bar council is a disgrace to the lawyers who are members. Why the selective comments when the ruling is not in favour of their ' leader"

The bar council should be disbanded.

On another note, the bar council did make a comment that in a way confirms that anwar is a homosexual. They are of the opinion that in this case it was consensual and therefore should not have been taken to court in the first place.

The next question is directed to the Muslim citizens of Malaysia - do we want a homosexual leader. Islam forbids homosexuality thus does not allow the practise of lgbt which is what pakatan is rooting for.

Anonymous said...

Itu menunjukan peguam Anuar tiada kredibility,selepas tertangguh bagitu lama tiadakah persediaan di buat kerana telah tahu yang kes tersebut akan di bicarakan semula.Atau lain kata yang peguam Anuar sengaja mahu kenakan Anuar?

Anonymous said...

Memang lah tak adil sebab Anwar kena penjara 5 tahun je. Tak bebaloi pun. Tapi kalau tenggok kaum Nabi Luth dulu, habis satu kaum tu Allah tamatkan riwayat mereka. Allah lagi Maha Adil. Tapi di zaman Nabi Muhammad, Nabi hanya tak mengaku umat dia je.Memang adil sesangat gitu. Agak2nya kalau hukuman di Arab Saudi, peliwat ni kena hukum pancung kepala kot. Tu memang dua kali lagi adil lah. Nasib baik lah hukuman tu kat Malaysia. Panjang la lagi umur dia.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!