Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, March 9, 2014

ANWAR YANG MELIWAT, TAPI PAS TUDUH BN ZALIM...!

Saya ada terbaca tulisan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang bertajuk "Kezaliman ini akan percepat tumbangnya BN, insya Allah". Dan di dalam tulisannya itu beliau ada menyebut mengenai "zalim" yang mungkin ditujukan pada pentadbiran BN yang ditunjangi UMNO...

Sedap betul Tuan Ibrahim berhujah di awal tulisannya mengenai "zalim". Tuan Ibrahim hiaskan pengenalan dengan hadis Rasulullah SAW dan firman Allah SWT di dalam Al-Quran mengenai kezaliman...

Malangnya, beliau tidak sebut pula tentang definisi sebenar erti "Zalim" mengikut Islam. Beliau bayangkan zalim itu seperti kerajaan Firaun di zaman Nabi Musa AS...Malah beliau sifatkan zalim itu kononnya seperti BN menzalimi Anwar yang dihukum penjara selama 5 tahun...



Kemudian, Tuan Ibrahim bariskan mereka-mereka yang zalim seperti Hamman, Qarun, Namruz dan Abu Lahab.... Ya..benar.. mereka yang terang-terang kafir itu tumbang dengan kuasa Allah SWT atas kezaliman mereka...

Mari kita rujuk apa kata definisi Islam mengenai perkataan dan perbuatan yang dianggap ZALIM...

Sebenarnya, Islam mendefinisikan ZALIM sebagai "TIDAK MELETAKKAN SESUATU ITU KENA PADA TEMPATNYA". 

Contohnya, Ahmad memakai kasut di kepala, atau memakai lebai di kakinya. Itu adalah satu tindakan yang zalim iaitu "tidak meletakkan sesuatu itu pada tempat yang sesuai"...

Zalim juga tidak terhad pada tindakan zalim oleh golongan kafir seperti yang dilakukan Namrud, Qarun, Hamman, Abu Lahab dan sebagainya. Orang Islam pun ada kalanya berlaku zalim dan ia pernah berlaku di zaman khalifah Islam sendiri...

Rasulullah SAW pernah menyuarakan kebimbangan baginda terhadap orang Islam yang bertindak zalim. Sebab itulah adanya hadis sebagaimana yang disebut Tuan Ibrahim itu...

Malangnya, cara menangani kezaliman dari pihak Islam itu selalunya bercanggah dengan konsep kezaliman. Maksud saya, kezaliman itu dibanteras dengan kezaliman. Satu tindakan yang salah pada saya...

Maksud saya, bila seorang Islam itu zalim, maka kita balas dengan kezaliman terhadapnya.

Contohnya, Ahmad maki hamun dan mencarut pada Ali, dan Ali pula membalas dengan maki hamun dan mencarut pada Ahmad. Pada saya, Ahmad dan Ali itu zalim. Mulanya Ahmad seorang saja yang zalim, tapi lepas Ali membalas dengan cara yang zalim, maka kedua mereka automatik zalim...

Berbalik pada tajuk dan isi tulisan Tuan Ibrahim. Saya kira maksud dan isi tulisan itu sendiri sudah bersifat zalim. Pertamanya, ia berniat mahu menggulingkan sebuah kerajaan Islam yang kononnya zalim. Keduanya, Tuan Ibrahim zalim dalam tulisannya itu...

Saya tidak nafikan ada kelemahan yang mungkin menunjukkan Kerajaan BN bertindak tidak sesuai pada tempatnya. Tapi dengan membalas dengan cara menumbangkan sebuah kerajaan yang menjadi sebuah negara Islam contoh berbanding negara lain, itu adalah tindakan yang zalim bagi saya...

Seadilnya, (atau sepatutnya), Tuan Ibrahim patut menggunakan konsep "islah" dan memperbetulkan ketidak sesuian yang dilakukan kerajaan BN. Ini adalah kerana kerajaan BN diketuai oleh UMNO yang jelas masih tegas mengamalkan dasar Islam secara fundemental berbanding cara liberal Pakatan Haram yang cenderung ke arah pluralisme, liberal dan "lebih sekular" dari sekular...

Saya yakin, walaupun mungkin pandangan saya mengenai pendekatan UMNO terhadap Islam itu tidak dipersetujui puak ekstrimis Pakatan Haram yang malas berfikir, namun saya yakin golongan terpelajar dan pemikir puak pembangkang mengakui kebenaran itu jauh di dalam sudut hati mereka. Sebabnya? Sebab ia memang hakikat sebenar dan fakta yang tidak dapat disangkal...

Kezaliman Tuan Ibrahim di dalam tulisannya pada saya disebabkan cara beliau memanipulasi perkataan "zalim" itu tanpa berteraskan konsep "zalim" dan "adil" menurut Islam. Kalau benar Tuan Ibrahim itu adil dalam tulisannya, maka beliau tidak akan memanipulasi hadis dan Al-Quran sebegitu rupa... 

Tuan Ibrahim menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuab itu zalim terhadap Anwar. Persoalannya, mengapa keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memihak pada Anwar tidak dikatakan zalim? Mengapa perlu Tuan Ibrahim bersikap "double standard" dalam hal ini?

Tidakkah perbuatan Tuan Ibrahim itu "berat sebelah" dan "tidak sesuai pada tempat dan keadaan"? Bukankah ia merupakan satu tindakan dan hukuman yang zalim dari Tuan Ibrahim?

Kalau Mahkamah putuskan Anwar tidak bersalah, maka mahkamah dikatakan "paling adil dalam dunia". Tapi kalau Mahkamah putuskan Anwar bersalah, maka dituduh pula "UMNO/BN paling zalim" dalam dunia dan wajib ditumbangkan.. apakah Tuan Ibrahim bersikap adil dalam keadaan ini?

Beginilah...

Kalau benar Tuan Ibrahim itu ikhlas dan benar, tak perlulah bercakap soal "zalim" kerana satu jarinya menunjuk ke arah UMNO/BN, maka 3 lagi jari akan tunjuk ke arah Tuan Ibrahim sendiri. PAS sendiri menzalimi diri sendiri kerana menyanggah sesuatu yang adil... itu tindakan yang zalim, kan?

Kalau benar Tuan Ibrahim itu adil, maka beliau perlu menggesa PAS tidak bersekongkol dengan seorang "peliwat tegar" yang sudah berkali-kali dibuktikan salahlaku moral dan bertindak zalim dalam soal peribadi, pentadbiran dan kegiatan "luar tabii"nya... 

Kalau benar Tuan Ibrahim berkonsepkan Islam yang adil dan menolak kezaliman, hentikan sikap gila kuasa PAS dan kembalilah ke jalan Islam yang sebenar. Berlaku adillah dalam soal politik kerana politik itu juga sebahagian dari muamalah Islam... Wallahu'alam...

15 comments:

Anonymous said...

Terdesak betul PAS...Nampak sangat dah hilang modal. Lupa ke pada kisah kisah dalam Al Quran mengenai kaum Nabi Luth? Ini hal Anwar Ibrahim dengan Saiful, apa pulak kena mengena dengan BN/UMNO?

Dia yang berkelakuan tak senonoh, buat dosa, buat maksiat BN/UMNO pulak yang kena. Dan yang Best PAS pulak yang BELA..

Buat ke longkang je lah kopiah putih tu...dan waras nanti pakai balik..

Anonymous said...

Kamus Pas dah lama berubah kalau dulu berkawan dgn kafir dan mempertahankan perlembagaan sekular boleh jadi kafir,tapi sekarang tidak lagi.Kalau dulu Negara Islam wajib,sekarang Negara Islam dah tak ada dalam al Quraan.Kalau dulu Hudu wajib di laksankan sekarang belum wajib lagi .Kalau dulu merokok haram tak boleh jadi calun tapi sekarang melwat macam Nuar ,boleh jadi PM, main pompuan dan ikut Syiah macam Mat SAPU,boleh jadi TP dan main pompuan macam Pak Mus boleh jadi SU.Itu baru betul,jadi sudah tentulah bila BN hukum peliwat macam Nuar BN jadi zalim.

Anonymous said...

Anuarlah yg zalim pada dirinya. Bersumpah tak nak,ambil DNAtak mahu,pepatah melayu kata "berani kerana benar,takut kerana bersalah"

Anonymous said...

Anuarlah yg zalim pada dirinya. Bersumpah tak nak,ambil DNA tak mahu,pepatah melayu kata "berani kerana benar,takut kerana bersalah"

Anonymous said...

Sikit-sikit zalim. Macam PAS tu bagus sangat.

I penggal Kedah di bawah PAS sudah cukup membuktikan bahawa PAS itu lebih zalim dari UMNO sebenarnya.

Rakyat hidup di kelilingi bau busuk sampah sarap, jalan berlubang sana-sini, projek-projek yang terbengkalai jadi tempat binatang melepas hajat. Pusat pengumpulan produk pertanian Kedah Agro. Kedah Agro dulu keluarkan minuman Jus nanas kini hanya keluarkan air minuma.

Mana pergi projek ikan keli, kebun rambutan dan banyak lagi projek yang di cekau oleh puak Pak Lebai PAS.

Arwah MB mereka pun dibalun. Ini semua jelmaan sifat munafiq pemimpin PAS yang menyembah seorang Peliwat.

Anonymous said...

Tulisan yang tepat lagi padat.

>>> "Padan dengan muka aku"...

Anonymous said...

Kalau kerajaan Malaysia zalim cepat2 lah migrat ke Negara lain. Kalau rasa diri tu orang ugama atau ulama, migrate lah ke Mesir, Syria, Palestine. Kepada semua orang PAS, korang boleh berparti politik, boleh cari rezeki, boleh beribadah, boleh berceramah, anak-anak dapat pergi sekolah, anak-anak dapat belajar di sekolah asrama penuh dan MRSM, dapat scholarship belajar luar Negara jadi doctor, engineer, economist dll. Masih zalim? Yang paling zalim adalah mereka-mereka, seperti pak lebai nie, yang tak pernah bersyukur di atas kemakmuran dan kemudahan yang di sediakan oleh kerajaan berbandingkan dengan pemerintah puak mereka. Zalim juga kepada mereka-mereka yang menuduh orang lain perasuah sedangkan puak mereka atau golongan mereka perasuah jugak. Zalim adalah mereka-mereka yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan hadith untuk menyeleweng fakta dan mendustak dan memfitnah orang lain. Puak PAS nie semua sudah tergadai MARUAH dan ISALMIK mereka demi mengejar kuasa pemerintahan di dunia. Benar firman ALLAH yang menyebut di akhir zaman akan ada golongan yang menjual agama mereka dengan harga yang sedikit. Ini salah satu contoh yang amat TEPAT. Sememang nya cakap-cakap bodoh dan fitnah.

Anonymous said...

Sebenarnya Pemimpin-Pemimpin PAS yang lebih zalim dari orang zalim. Mana tidaknya, kerana kepentingan politik dan metarial mereka sanggup heret pengikut-pengikutnya ke lembah hina dina menyokong dan menyebelahi manusia yang terbukti salah melakukan zina. Zina pulak dengan lelaki dan kaum sejenis....aduhhhhhhhhhh hai orang PAS kesianlah dengan diri kamu sendiri.

Anonymous said...

Ulama zalim.

anaQarbana said...

Orang yang melakukan jenayah ...dihukum dilabel sebagai yang kena zalim...manakala yang mnjadi mangsa pula tidak pernah dibela....malah dikutuk...dikecam...di mana keadilan dalam Islam.....apakah Islam membela orang yang melakukan jenayah, kekejaman..

Anonymous said...

Pas paling zalim kerana menggadai agama kerana kepentingan politik. Peliwat tegar seperti anwar masih disanjung, penjual nama Allah, kaki khalwat, kafir harbi semuanya sanjungan pas dan mereka tak sedar mereka menzalimi diri mereka.

Mohd Khairuddin said...

ape sudahnya bangsa ku.. asyik berbalah sesama sendiri.. kan elok klu kita bersatu memerangi musuh kita sebenar.. iaitu manusia yg terang2 kafir laknatullah...yg pura2 berlagak baik dgn kita.. tp ade agenda lain...mereka nak nyahkan bangsa melayu...bila mereka kutuk umno ..sebenarnya secara tak langsung mereka perlekehkan melayu.. puak pas tak sedar yg mereka pun terpalit...oleh itu sedarla wahai bangsa ku.. kita sedang menuju kehancuran.. semakin hari kita semakin renggang.. sebaliknya golongan kafir ni semakin gslak sbb mereka sudah nampak kelemahan kita...ayuh semua bersatu menentang manusia yg sebenar2 zalim...

Anonymous said...

Ini maknanya PAS rela diliwat walaupun berkali-kali. Dasar parti anak haram, memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Ustaz yang diberi gelaran ulamak sanggup menjadi pecacai politik kerana habuan dunia. Jika benar PAS hendak tegakkan Islam kenapa bersahabat dengan parti yang ternyata anti Islam. Sejak kerjasama PAS dengan mereka telah banyak hak Islam dipertikaikan. Fikir-fikirkanlah. PAS jangan jadi talibarut kepada agenda kafir.

Anonymous said...

Barua tetap barua,dah kata islam perbaiki lah kalau orang islam tak betul atau salah bukannya minta bala untuk mereka,yang sah kafir di sanjung, apa cerita........

Anonymous said...

Saudara Mohd khairuddin!,awak seorang insan yang mempunyai akal fikiran yang waras,dalam memberi pandangan.harapan saya dapatlah kita sama-sama fikir sejenak dengan apa yang diungkapkan.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!