Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, March 15, 2014

ANWAR TAK SALAH, PENJARA SEKS SUKA SAMA SUKA "LAPUK" - BAR COUNCIL

Ini macam pun boleh ka jadi Presiden Bar Council... "Kesian" Kak Wan...
Bar Council kata Seksyen 377A tak sesuai untuk penjarakan Anwar. Jadi Seksyen mana yang sesuai untuk hukum peliwat "paksa rela"?

Bar Council kata insiden Anwar liwat Saiful tu sebagai "suka sama suka orang dewasa" tak wajar dihukum. Jadi, Bar Council setuju rakyat dewasa di negara ni adakan "seks suka sama suka" secara bebas? Itu hak asasi manusia, kot?

Saya tahu kedudukan "moral" hanya berkait sikit je dalam undang-undang, tapi sebagai manusia dan rakyat Malaysia, apakah kita perlu setuju dan ketepikan kepentingan moral di negara kita? Bar Council pernah buat "seks suka sama suka" ke selama ni?


Majlis Peguam menyifatkan hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak wajar kerana perbuatan tersebut 'dilakukan atas dasar suka sama suka antara dua orang dewasa'.
Menurut Presidennya, Christopher Leong, kesalahan di bawah Seksyen 377A yang meletakkan liwat sebagai jenayah hanya diguna pakai jika perbuatan itu dilakukan atas dasar paksaan, sedangkan dalam kes Anwar, perbuatan itu dilakukan atas dasar kerelaan mangsa. 

"Tetapi adalah sesuatu yang 'luar biasa' untuk mengenakan hukuman sedemikian rupa sebanyak dua kali berturut-turut terhadap Anwar di negara ini atas kesalahan sebegini yang jarang diguna pakai. 

"Kanun Keseksaan ini sangat baik, namun undang-undang ini yang diperuntukkan untuk kes ini hanya boleh digunapakai sekiranya dikuatkuasakan secara konsisten," katanya.

Christopher berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar yang turut disiarkan laman web rasmi majlis berkenaan.

Pada 7 Mac lalu, Anwar dihukum penjara lima tahun setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan tersebut.

Panel tiga hakim berkenaan memutuskan demikian ketika membenarkan rayuan pihak pendakwaan setelah mendapati hakim bicara terkhilaf apabila menyatakan bahawa integriti sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes itu telah tercemar.

Christopher mendakwa, hukuman itu berasaskan kepada peruntukan 'lapuk' Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa satu jenayah.

"Melalui sabitan ini, kita boleh membuat persepsi bahawa Anwar telah dianiaya dan bukan didakwa. Kes ini juga telah banyak membazirkan wang rakyat dan masa selain menjadikan sistem perundangan negara tenggelam dalam ketidakadilan," dakwa beliau. -Utusan

2 comments:

Anonymous said...

Ada dua pencuri pergi mencuri. Satu report polis yang dia dipaksa mencuri dengan pencuri no.1. Pencuri no.1 tak ngaku mencuri. Mahkamah dapat bukti pencuri no.1 ada mencuri. Pencuri no.2 mengaku mencuri tapi tak rela. Sape Salah?

Anonymous said...

itu sebab anak dia sokong sangat COMONGAY !!
nak lepaskan kote papa dia ....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!