Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, March 31, 2014

ANTARA AZHAR IDRUS VS HARUSSANI: SIAPA WAJAR KITA IKUT?

Dua hari yang lalu, Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria bersuara memfatwakan bahawa tindakan "Raja Bomoh" Ibrahim Mat Zin sebagai mengelirukan dan bercanggah dengan hukum Islam.
Mencadangkan kepada Ibrahim supaya segera bertaubat, perbuatan "Raja Bomoh" melakukan ritual di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kononnya bagi membantu pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370, itu dianggap syirik oleh Mufti Perak tersebut.
"Bomoh ini wajib bertaubat.." kata ulama muktabar itu yang dipetik dari media pada 27 Mac lalu.
 
Fatwa Harussani itu pula "disambut" oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom yang menegaskan di Dewan Rakyat bahawa "Raja Bomoh" itu akan disiasat dan tidak menolak sekiranya dia ditahan pihak berkuasa atas tindakan yang dikatakan memalukan itu.
Menurut Jamil Khir, kertas siasatan telah dibuka dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dijangka akan bertindak sejurus selepas siasatan selesai dijalankan.
Merujuk kepada dua kenyataan di atas, penulis yakin bahawa Mufti Perak dan Menteri yang menjaga amanah mengenai hal ehwal agama Islam di negara ini sependapat mengenai Ibrahim yang teruk dikritik di dalam dan luar negara.
Bukan saja golongan ulama, malah masyarakat umum memandang sinis tindakan "Raja Bomoh" itu dan menyifatkan tindakan ritual itu sebagai khurafat dan mencemar nama baik Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.
Mungkin tidak senang dengan Ibrahim dan anak-anak muridnya, ramai golongan muda menyindir pedas ritual bomoh tersebut dengan pelbagai parodi berkonsepkan "tikar terbang Do Re Mi" serta menjadi "viral" di internet.
Pun begitu, penceramah agama-politik popular, Ustaz Azhar Idrus tidak sependapat dengan fatwa Mufti Perak dan para ulama muktabar lain di Jabatan Perdana Menteri mahu pun MAIS. 
Mengejutkan, Azhar dilihat seolah-olah membela "Raja Bomoh" itu dan "menghalalkan" ritual Ibrahim yang menggunakan pelbagai peralatan seperti bubu, kelapa muda, tongkat, teropong, sumpit dan sebagainya.
"Yang tikar terbang tikar terbang lah, tapi jangan kita kata syirik," kata Azhar yang dipetik dari satu rakaman di Youtube, Suara TV, semalam.
Persoalannya, pandangan dan fatwa siapakah yang wajar diikut oleh umat Islam di negara kita? Mufti Besar Perak, Jabatan Perdana Menteri, ulama-ulama muktabar dan MAIS? Atau kita harus percaya pada ceramah Ustaz Azhar Idrus?
Penulis yakin, Ustaz Azhar Idrus sememangnya popular dan ramai peminat. Apatah lagi dia yang dulu hanya glamour di internet, kini sudah menjadi "bintang filem" tersohor, sudah tentulah ramai yang akan terpengaruh dengannya berkenaan isu "Raja Bomoh" ini.
Tapi, apakah hukum Islam dan ilmu fiqh di dalam Mazhab As-Shafie itu berlandaskan "populariti" dan tahap "glamour" seseorang untuk menjadi rujukan hukum bagi umat Islam? Asalkan kita popular dan glamour, maka fatwa kita itu "betul dan tepat" dari sudut Islam, begitu?
Penulis yakin, para ulama muktabar di negara kita, termasuk Mufti Perak dan ustaz-ustaz di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), MAIS dan lain-lain agensi agama Islam di negara kita merujuk terlebih dahulu pada 2 sumber utama hukum Islam iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Sekiranya tidak dapat diputuskan tanpa dalil yang jelas dari sudut naqli, maka penulis positif mengatakan bahawa mereka akan merujuk pada sumber Qias dan Ijma' yang menjadi dua lagi sumber muktabar hukum hakam Islam di seluruh dunia, bukan?
Jadi, antara Harussani, Jamil Khir dan golongan ulama muktabar, berbanding dengan Azhar Idrus, ilmu siapa lebih tinggi, kefahaman Islam siapa lebih baik dan siapa yang wajar didengar umat Islam di negara kita?
Penulis enggan menulis lanjut atau memberi jawapan pada persoalan ini. Terserahkan pada penilaian pembaca. Jawablah soalan ini sejujur-jujurnya kerana Allah itu Maha Mendengar meskipun di dalam hati dan ingatlah ia berkaitan aqidah serta kesucian Islam di negara kita. Wallahu'alam. -UtaraNews.com

14 comments:

kluangman said...

Isi kassim ahmad, raja bomoh...itu kecil dan tiada pengaruh...itulah yg gemar sangat oleh jakim...

Isu ratusan artikel yg terangan menghina Islam di internet, bagaimana?
Pekak dan buta?

Anonymous said...

Bila nanti kita semua dihimpunkan di Mahsyar (18:99) dan bila kita lihat UAI dan raja bomoh dlm satu jama'ah sedang TSHS dan ahli ahli Majlis Fatwa lain dlm satu jama'ah yg berlainan (moga tak sedemikian) dan kita hanya diberi dua pilihan mk jama'ah manakah yg nak kita ikuti ?

Anonymous said...

....azhar idrus tu soalan yang paling popular setiap kali ceramah dia ialah " hokum melancap dalam islam" dan hokum isteri atau suamai jilat atau kulum batabg atap cipap bini....salan wajib dalam ceramah mek dee....cuba soal hokum pluralise dalam islam....

Pakcu Rantau Panjang. said...

Maaflah Pakcu masuk mencelah,,,
Dalam membandingkan dua tokoh ilmuan ni bagi Pakcu tak lah pelik sangat.

Yang jadi pelik bila sama-sama kata "orang yang berilmu" tapi bercanggah pendapat dan kenyataan. Kalau ulamak dulu percanggahan pendapat membawa rahmat kepada ummah tapi bukanlah atas dasar tauhid tapi cabang-cabang hukum. Tapi sekarang bab akidah pun dan tak serasi.

Jadi tak hairanlah kalau umat Islam sekarang seakan mabuk fatwa apalagi jika kenyataan itu keluar dari orang "yang glamour" dan ramai peminat apalagi jika dah belaga angin atau satu kapal maka tetap akan ikut belakang miskipun kenyataannya janggal ...

Kalau dah terasa jauh sangat pengikut melencong dari "radar" maka cara mudah "minta maaf" atas kekeliruan yang dicipta..habis cerita...Boleh sapu tangan.

Cuma kesannya pada pengikut amat parah apalagi perpecahan yang sukar dicantumkan.....maka tersenyumlah syaitan kerana telah berjaya menabur fitnah melalui lidah-lidah ini...walahualam.

anti-syiahGaban said...

Seorang tu 'ulama', seorang lagi tu 'ulaRmak'.......tepuk dada tanya iman.....

Anonymous said...

Ustaq idrus yg telah d beri warning oleh allah kerana terbabit dalam kemalangan kereta masih tak musahabah diri. Mungkin dah uzur macam nik aziz baru nak bertaubat. Berdakwah bukan kerana allah tetapi menggunakan ugama sebagai modal untuk mendapatkan keuntungan diri sepatutnya hasil dakwah itu d sederkah kepada anak yatim atau fakir miskin bukan untuk kepentingan dgn bermegah. Betul tak tahu malu pada allah, ugama allah ada percuma untuk semua umatnya.

Anonymous said...

ikut al quran n hadis sahih lee

Anonymous said...

Bukan berniat untuk membela bomoh atau UAI. Mulanya dulu keliru juga sebelum dapat pencerahan.
Raja Bomoh itu hanya membacakan ayat2 alQuran, bukannya mantera mambang, jin atau semangat dsb. Tidak juga dia memohon sesuatu itu selain drp Allah. Itu cara ikhtiar dia, jangan cepat melabelkan itu syirik. Ini adalah kerana tuduhan syirik itu amat berat, dikhuatiri berbalik kpd si penuduh. Hanya peralatan dan kaedah mengusahakan ikhtiarnya itu, tidak pula jelas untuk dikaitkan dgn iktikad syirik. Selagi dia membacakan ayat alQuran, memohon dan berserah HANYA kpd Allah dan tiada yg lain, selagi itulah tidak boleh dikategorikan syirik. Tindakan secara terbuka itulah punca salah faham timbul. Wallahu'alam.

Ijax74 said...

Dah lama tak suka UAI.

Anonymous said...

AZHAR ADRUS BERDAKWAH DENGAN MEMUTARBELIT AYAT QURAN DAN HADIS ATAS NIAT BERDENGKI DENGAN ORANG-ORANG ISLAM ATAU KUMPULAN ORANG-ORANG ISLAM LAIN YANG DIA TIDAK SUKA. AYAT AYAT YANG DIUCAP OLEHNYA TERSERLAH DENGAN PERASAAN BUSUK HATI DAN DENGKI. DIA TIDAK SUKA UMNO, JADI APA PUN YANG DIUCAPKAN NYA LEBIH MENGARAH KEPADA MENYALAHKAN UMNO. DIA TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN ANTARA ULAMAK DAN UMARAH. DIA NI SEORANG ULAMAK ATAU UMARAH..AGAKNYA DIA SENDIRI DAH CONFUSED.

Anonymous said...

Masalahnya semua nak keluar fatwa...sampai yang tak layak pon perasan layak.

Fatwa hanya dikeluarkan oleh org yang ber authority... masalahnya kita sudah diracun oleh pemikiran yg pemimpin sekarang bukannya pemimpin islam...yg patut ditentang. Peliknya... pemimpin sekarang yg mengucap kalimah syadah ..ditindas dan ditentang ..tapi pemimpin yg sudah sah kufur dan menentang Allah disanjung. Lebih utamakan politik dari islam....

Anonymous said...

Kebenaran yg mutlak hanya dr Allah dan ape yg diwahyukn kpd Rasul-Nya.. So sesape yg ckp atau berfatwa atau berijtihad bersumberkan Al-Quran dan hadis nabi yg sahih itu la yg kita pakai..
Setakat sikit2 ckp jumhur ulamak baik x pyh..bg tau la ulamak mane.. kita perlu dalil..
Dan x pyh la nk melampau dlm bermadzhab ni.. jgn fanatik..mane2 riwayat yg sahih yg disandarkan pd nabi itu la yg kita ikut dan amalkan.. imam syafie pn pesan jgn ikut ape yg dia fatwa atau ijtihad klu ade riwayat yg lbh sahih.. org kite ni mengaku syafie tp byk amalan x same syarah syafie pn.. lbh syiah

Anonymous said...

Azhar bin idrus ni bkn ulamak. Tah sapa lah mengangkat mertabat nya begitu. Hanya setakat mengaji dari beberapa org guru yang tidak diketahui...

Anonymous said...

Hukuman hudud ( حدود ) adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!