Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, February 26, 2014

TUGAS GURU HANYA MENDIDIK, BUKAN KEY IN DATA..? SETUJU?

Ewah..ewah! Sebelum ni NUTP bersikap positif dan mahu KPM kaji balik sistem PBS. NUTP nak sistem tu dibaik pulih... tapi semalam NUTP dah keluarkan satu statement yang saya agak sangat tidak matang dan poyo...

"Sepatutnya guru menggunakan masa mereka di sekolah untuk mendidik pelajar bukan mengisi data di dalam sistem," -Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng.

Ye ke? Macam tu ke? Oooo.. kalau macam tu, apa kata KPM ikut kehendak Yim Pheng ni... kerja guru mendidik saja lepas ni... tak payah key ini data lagi lepas ni...

Lagi baik kalau...


Cikgu tak payah jaga disiplin, tak payah train sukan, tak payah buat hari guru, tak payah buat apa pun selain mengajar...periksa buku murid pun tak payah! Kalau boleh, buat lesson plan tak payah... Kiranya kerja cikgu ni MENGAJAR SAHAJA.. bunyi loceng terus boleh balik rumah...
  • KPM perlu lantik 5-6 orang polis jadi PEGAWAI DISIPLIN di semua sekolah. 
  • Kalau nak train sukan, letakkan satu team PEGAWAI BELIA & SUKAN di semua sekolah.
  • Kalau nak buat Hari Guru atau apa-apa event, KPM perlu upah syarikat Event Management buat event-event semua tu kat sekolah... kos ditanggung KPM...
  • Kalau nak periksa buku murid, KPM perlu lantik PEGAWAI-PEGAWAI dari Lembaga Peperiksaan Negara jadi pemeriksa.. satu sekolah letak la dalam 20 - 30 orang tolong periksa buku murid...
  • Boleh macam tu? Mengada-ngada betul la NUTP ni... kalau bonus nak banyak pulakkk...heh!
Saya takde la marah sangat kat NUTP. Tapi statement kali ni nampak tak pakai akal. Kalau cikgu kata tugasnya hanya mengajar, bagaimana dengan polis, tentera dan kakitangan awam yang lain? Adil ke? Habis tu polis kerjanya hanya jaga keamanan negara, bukan ambil report, key in report? Jangan tak tahu polis pun ada yang kerjanya pomen kenderaan PDRM..! 

Saya berpandangan, kalau guru-guru takde masalah nak key in data. Sebenarnya yang jadi masalah utama ialah website database tu yang selalu hanged dan congested. Lepas tu prasarana macam internet, kelengkapan dan peralatan terhad sangat.. Wifi pun lemah gila...

Cuba la atasi masalah tu semua. Cikgu pun jangan la lari dari tanggungjawab dan tugas yang diberikan. Memang la tugas utama guru adalah mendidik. Tak payah cerita la tu semua orang tahu.. tapi kena la jugak buat tugasan lain...

Kalau lorat sangat nak key in data, saya cadangkan supaya KPM lantik 2 orang kerani tukang key in data eviden bagi setiap tingkatan di semua sekolah. Guru tak payah key in eviden. Kasi gaji minimum tahap SPM pada kerani-kerani tu.. wujud jugak la peluang pekerjaan..kan? Amacam? heh!

6 comments:

Anonymous said...

apa ke bangang punya statement nutp ni. mcm bkn statement cikgu lah plak. kalau betul kau nak perjuangkan cikgu tok sah kata key in data pbs aje... byk lagi segala mak datuk e service yg cikgu sekarang kena buat. tu semuanya beban. itu pun kslsu berani... kalau tak cikgu terus je kerja mcm biasa. ngajar + kerja pengkeranian. lagipun bukannya tak biasa kan.... sejak mcm2 guna e aplikasi ni... itu je lah kerja yg cikgu kena buat !!!

Anonymous said...

Aku malaslah nak mengungkit. Tapi kalau dah sampai sekadar nak jadi cikgu jer, memang dah lebey la tu. Kalau tanya saya, dengan kadar beban dan gaji yang diterima, kira setimpallah tu. Kalau ikut logik, gaji banyak, kerja pon kenalah banyak jugak. Hehehe....lepas ni cekgu cekgi mesti nak hentam aku punya.

Anonymous said...

salam,
semasa pbs awal dilaksanakan, pihak sekolah, ppd, jpn dan seluruh warga kpm perlu menerima perubahan dengan baik. ianya satu transformasi pendidikan. bila terima, dilakukan sebaik mungkin dan menerima pelbagai maklum balas dan pelbagai pandangan dan tafsiran. guru sebagai pelaksana menerima banyak pandangan dan pelbagai cara untuk melaksanakan pbs. untuk memastikan pbs berjaya, kpm telah mengadakan pelbagai cara, tetapi masih ramai yang kabur. tetapi terpaksa menerima dan mengakui ianya baik kerana arahan daripada pihak atasan untuk melihat yang terbaik demi pendidikan.

kesatuan pun cuba melihat yang terbaik. sehinggalah ada guru yang tak sanggup untuk berbohong dan berkorban diri. mungkin terpengaruh dengan cara pembangkang. sebagai guru, setiap arahan akan dilaksanakan dengan baik kerana kepentingan pencapaian anak murid. murid ini akan dinilai oleh ibu bapa mereka. pbs tak dapat memuaskan hati ibu bapa kerana ibu bapa tak dapat melihat potensi diri anak dengan cara yang mereka faham. banyak lagi. hanya guru yang positif menerima pbs dengan baik tetapi tetap akan mengundang kritikan kerana terdapat banyak kelemahan yang perlu diatasi tetapi tidak nampak oleh pihak atasan.

Anonymous said...

I am a medical doctor but i have to teach medical students.. i have to prepare reports..i have to attend CME..i have to present cases..i have to do oncalls.. bla bla bla..
Enough of this. We all have our responsibilities. If you think you dont deserve to do extra works..then by all means just quit/ resign. I believe there are hundreds of thousands people out therebcan replace you..

Anonymous said...

Kerajaan dah bagi gaji besar, kenaikan secara time base, bagi masuk university buat degree peluang sebegini tidak didapati pada kt kerajaan lain ada degree pun terpaksa kerja sampai bersara jawatan rendah. Kalau kerja nak berkira sangat berhenti saja beri peluang bagi yg lain yg betul berminat.Masih ramai lagi yg berminat kerjaya guru.

Anonymous said...

Kerajaan dah bagi gaji besar, kenaikan secara time base, bagi masuk university buat degree peluang sebegini tidak didapati pada kt kerajaan lain ada degree pun terpaksa kerja sampai bersara jawatan rendah. Kalau kerja nak berkira sangat berhenti saja beri peluang bagi yg lain yg betul berminat.Masih ramai lagi yg berminat kerjaya guru.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!