Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, February 8, 2014

TRENDING TERKINI..!!! IKAN KEMBUNG GANTI KANGKUNG..!

Alamak aiii... lepas kangkung, nampaknya giliran ikan kembung pulak! Glamour la ikan kembung lepas ni. Tapi kalau ada lagi harga barang yang turun lebih rendah dari harga ikan kembung lepas ni, maka dah tentu ikan kembung dah tak glamour dahhh...

55 sen sekilo? Perghhh..! Murah betul tu.. itu harga yang ditawarkan Sunshine Supermarket and Deparmental Store di Kepala Batas, Pulau Pinang, bagi sekilo ikan kembung. Saya rasa itu harga termurah bagi seluruh Malaysia...

Saya tak tahu la kenapa harganya 55 sen sekilo. Mungkin atas faktor nak tarik perhatian ramai atau stock yang banyak. Saya tak rasa permintaan bagi ikan kembung pernah merosot. Saya sendiri suka makan ikan kembung... mujur perut tak kembung! Heh!


Sunshine Supermarket and Deparmental Store di Kepala Batas, Pulau Pinang mungkin akan menjadi tumpuan penggemar makanan laut apabila pasar raya itu menawarkan harga 55 sen sekilogram bagi ikan kembung hitam/hijau saiz sederhana.

Bagaimanapun, harga itu jauh berbeza di negeri lain apabila ikan sama dijual pada harga RM2.30 sekilogram di Bilion Baling, Kedah; RM6.50 di Pasar Awam Taiping, Perak dan RM8.99 di Giant Pusat Bandar Damansara.

Harga barangan pengguna itu dipapar menerusi portal www.1pengguna.com Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini.

Ikan cencaru bersaiz sederhana pula dijual serendah RM4 sekilogram di Pasar Besar Dungun, Terengganu; RM4.90 di Pacific Alor Star Mall, Kedah dan Pasaraya Pantai Pantai Timur cawangan Kuala Krai, Kelantan.

Di ibu negara, ikan cencaru dijual pada harga RM5.99 di Pasaraya Ong Tai Kim, Sentul; RM6 di Pasar Pudu dan RM7 di Pasar Harian Selayang, Pasar Harian Seksyen 2, Wangsa Maju dan Pasar Chow Kit.

Sementara itu, ayam bersih standard dijual serendah RM5.98 sekilogram di pasar raya dan hypermarket berbanding RM6.80 sekilogram di pasar basah seluruh negara.

Pasaraya Tesco di kebanyakan negeri menawarkan harga berkenaan antaranya Tesco Extra Cheras, Tesco Jalan Tanjung Pinang, Pulau Pinang dan Tesco Kota Star, Kedah.

Pasar basah Fama di Tanah Merah, Kelantan pula menjual ayam standard pada harga RM6.80 sekilogram; RM7.20 di Pasar Awam Kluang, Johor dan RM7.50 di Pasar Basah Bandar Temerloh, Pahang dan Pasar Basah Kuala Perlis, Perlis.

Telur ayam Gred A pula dijual pada harga RM3.20 sepuluh biji di pasar raya dan RM3.60 di pasar basah kebanyakan negeri.

Bagi sayur-sayuran, cili merah dijual pada harga serendah RM6 di pasar basah Majlis Perbandaran Pulau Pinang diikuti RM6.49 di Pasaraya Besar Bilal, Kota Baharu, Kelantan; RM6.99 di pasaraya Maslee Wholesale, Pontian, Johor; RM7 di pasar Chow Kit dan RM7.88 di TLC Hypermarket, Taman Shamelin Perkasa.

Kacang panjang pula dijual pada harga serendah RM2 di pasar basah Ipoh, Perak; RM2.79 di Family Store, Jasin, Melaka dan RM3.90 di Pasaraya Aneka, Kangar, Perlis.- BERNAMA

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!