Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, February 24, 2014

TOLONGLAH JANGAN TEKAN PRESIDEN PAS BEGINI...

Kesian pulak saya bila Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi kita diperintah bayar saman RM2 juta. Mana dia nak cekau duit banyak tu? Duit terkumpul dari karung dan tin milo ceramah PAS pun belum tentu dapat kumpul banyak tu dalam masa yang singkat...

Hanya disebabkan cerita "pil kuda", Ayah Chik yang saya segani diperintah bayar duit RM2 juta. Alaaa... selesai kat luar mahkamah la. Tak payah la nak tekan Ayah Chik macam tu.. Dah teruk dia ditekan geng Liberal dalam PAS tu.. jangan la tambah blood pressure Ayah Chik...

Selesai kat luar. Kita orang Islam ni bersaudara. Mana yang silap tu, minta maaf dan berbaik-baik la. Lepas tu jangan ulang balik kesalahan tu. Memang la tak semudah tu.. tapi itulah hebatnya persaudaraan dalam Islam.. siapa yang boleh buat, maka memang dia hebat la...kan?


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

"Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok juga.

"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.

Abdul Hadi disaman oleh Shamsul ekoran dakwaan Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.

Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerudi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR.

Ia menghasilkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN Di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.

Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.

“Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” kata Shamsul dalam sidang media itu.

Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau telah memfailkan saman itu.

Permohonan saman Shamsul diuruskan oleh Tetuan Vasudevan & Co yang berpangkalan di Kajang, Selangor.

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!