Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, February 17, 2014

TOLONG JANGAN HANTAR ANAK-ANAK AZIZUL-SHALWATI KE SWEDEN SEMULA...

Hati saya tersentuh melihat anak-anak pasangan abang Azizul dan kak Shalwati menangis mintak maaf dan menyesal dengan apa yang berlaku pada ibu bapa mereka kat Buletin Utama, semalam. Berat mata memandang, berat lagi bahu anak-anak tu nak tanggung..kan?

Terkini, saya dapat tahu pasal kemungkinan anak-anak Azizul-Shalwati tu akan diminta kembali ke Sweden untuk beri keterangan di mahkamah kat Stolkholm. 

Dalam keadaan ini, saya lebih bersetuju dengan pandangan dan nasihat Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat. Kenapa?


Sebab memang betul katanya, pihak pendakwaan dari Sweden boleh hantar wakil depa ke Malaysia untuk mengambil keterangan empat beradik tu. Bukan satu keperluan pun untuk adik beradik tu ke sana...

Selain tu, saya risau jugak kalau depa patah balik ke sana, nanti Sweden tak mau lepaskan depa balik ke Malaysia semula. Setahu saya, birokrasi undang-undang ni kadang-kadang memang menyusahkan ramai pihak.. termasuk saksi kes...

Dalam kes ni, mungkin adik beradik tu akan keterangan adik-adik kita tu akan dicabar semula dalam mahkamah. Tapi sekarangkan dah ada "tele-conference". Gunakan la kemudahan yang ada. Lagi pun buat buang duit je kalau wakil pendakwaan Sweden nak datang sini dan sebaliknya.. kan?

Secara peribadi, saya mendoakan agar pasangan Azizul-Shalwati tabah menghadapi ujian Allah ni. Tak rugi kalau bersabar demi mempertahan suruhan Allah. Banyakkan solat hajat dan zikir ketika dalam tahanan..

Seperkara lagi, kalau wakil SukaGuam ke Sweden untuk beri sokongan pada Azizul-Shalwati, sampaikan salam saya, "Assalamualaikum..." dan beritahu depa majoriti umat Islam di Malaysia berdiri teguh menyokong depa... cuma kami tak mampu ke sana saja...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!