Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, February 10, 2014

TIMBALAN MENTERI HINDRAF LETAK JAWATAN, SIAPA PENGGANTI..???

Nampaknya Wathya Moorthy sudah habis fikir. Rasanya dia dah buat keputusan muktamad, letak jawatan sebagai Timbalan Menteri Di JPM. Surat perletakan jawatan pun dah dihantar, cuma dia belum terima maklum balas saja lagi...

Saya rasa, ramai yang kenal nama pemimpin Hindraf ni. Masa dia dilantik jadi Timbalan Menteri dulu, ramai yang terkejut dan pertikai lantikan tu. Bukan apa.. Hindraf ni dah hina imej negara sampai ke England.. tiba-tiba ketuanya dilantik Timbalan Menteri? Betul panas time tu...

Tapi, jelas la pendekatan DS Najib tu berhikmah. Dia tak tolak Hindraf dan beri peluang. Kononnya ketua Hindraf nak berjuang untuk kaumnya. Maka dia dilantik jadi Timbalan Menteri untuk buktikan keupayaan membela nasib kaum India...

Tapi...



Baru saja beberapa tahun dilantik, dia resign sendiri tanpa dipaksa. Dia beri alasan kononnya dia gagal membela nasib kaum India walaupun berjawatan Timbalan Menteri... Heh! Itu hanya alasan dia saja... dia dah dapat pencen Timbalan Menteri pun... heh!

Pada saya, nak bela kaum sendiri, tak payah jadi menteri pun tak mengapa. Blogger tak payah jadi Menteri pun mampu berjuang membela nasib bangsa. Walaupun tak seberapa, tapi tetap ada sedikit kesan yang tidak boleh dipandang ringan, kan? Pak Lah sampai letak jawatan lerr...heh!

Jadi, perletakan jawatan Wathya Moorthy tu pada saya membuktikan kelemahan yang ada pada Wathya Moorthy sendiri, bukan kaum India. Orang India lain dalam MIC tak payah jadi Timbalan Menteri pun boleh bela kaum India, tapi Wathya pulak macamana?

Pada saya, Wathya sebenarnya hanya tahu bercakap, komplen sana, komplen sini, memekak sana, memekak sini...Tapi bila suruh jadi pemimpin handle keadaan, dia gagal! Cakap je lebihhhh.. tapi tak reti memimpin dan gunakan kuasa yang ada untuk bantu kaum India...

Ada sekali tu Wathya tiba-tiba "balun" PDRM sebab ambush geng kongsi gelap 04 kat Penang tu.. Lepas kena sembur dengan bloggers, terus senyap! Baru dia sedar kesilapan sendiri dan tahu bahawa bukan mudah nak jadi pemimpin Kerajaan ni...

Saya menantikan perletakan jawatan Wathya Moorthy secara rasmi gugur jawatan Timbalan Menteri. Saya nak dengar pulak apa dia nak kata lepas letak jawatan. Dia hentam kerajaan macam Zaid Ibrahim atau tidak? Dia masuk parti Pakatan Haram atau tidak... bukan boleh caya sangat tuhh...

Tapi siapa pula gantikan Wathya? Heh! Jeng! Jeng! Jeng! Saya dengar pemimpin dari utara, atau lebih tepat lagi dari Kedah, betul ke? Bukan apa.. khabar angin bertiup kencang sangat nihhh.. Tapi kalau betul "dia", saya nak ucapkan tahniah la.. buat kerja betul-betul Datuk.. heh!

Siapa agaknya calon pengganti Wathya tu? Hahahahaaaaa... larikkkkkk...!!!

1 comment:

Anonymous said...

Piraaaah....Blaaaa Pondek..Sendiri tidak apa-apa kat kaum India kata Jawatan kat JPM tidak memberi

Bila Kak Su Bersuara... Heh!